Tuesday, October 29, 2013

Apa ni???



Holla! bertemu lagi! tau apa gambaq kat atas ni??
haaa...ni laaa yang paling aku tak suke ni....itu nama nyer KUTU RAMBUT !!!

hoiiii !! stress mak! bila dapat tau anak aku kene kutu...stress wehh!! yang boleh aku tau..pagi senin lepas time pagi nak ke skolah..time nak ikat rambut...bagus nyer dok sikat... skaliiiii..terjelepok sekoq jatuh betoi2 atas blakang tengkok anak aku..huishh!!! sentap aku!! trus picik siap mengeluarkan bunyi 'tit'.. ayo ini punya kutu manyak besaq ooo....ni mmg sah nenek kutu ni...! dah brapa lama dia betapa kat kepala anak aku pun..aku tak tau!
terus aku pun rs ada makhluk yang melata atas kepala aku... tensi aku !!

trus lunch tu kuor beli ubat kutu dan malam tu jugakkk...balik opis trus aku melomoq kepala anak aku mengikut cara yang dicatat dekat botol tu... hahahahhaaa nasib laa kau nak!!! aku ajak potong rambut .. mmg mati2 tak mo..tp aku dh warning, by this weekend klu telur still ada, sila lah potong rambut.. tak daya aku nak tarik telur tu satu-satu. tensi mak!!!

jom kita tgk skit info pasal kutu ni..
sumber rujukan: www.http://kuturambut.org/ 

  • lebih MENYUKAI kepala yang sudah di cuci bersih daripada rambut yang terdampar dengan banyak serpihan ---> OMG!!!! jgn cuci rambutlah mcm tu!
  • akibat sengatan kutu mengakibatkan kegatalan --> ini mmg dah!
haaaa...part suka rambut bersih yang aku tak gemar ni... tu blom kes jangkitan dengan cara terbang kan?? betoi ka?? tensi mak! balik satg kene sisir dengan sikat kutu ni!
 ni pun salah satu punca kalau nak tau kepala ada kutu atau tak? tp kepala anak aku takde sampai macam ni punya teruk...maybe kutu tu baru start terbang dan baru mengeluarkan telur kot! sebab lepas bubuh ubat & sikat pun...yang aku jumpa 2 ekor ja yang masih halus lagi..yang lain takde...tp telur mmg ada.... geram aku..geram!!



 ini pulak fasa kehidupan kutu...
mmg sah! yang sekor terjelepok jatuh tu..mmg nenek kutu laaa..dia laa penbawa 'baka' yang tgh membiak kt rambut anak aku! hantu tul..dengan kepala aku skali..aku lomoq... hai laa...

geli pun ada..takut pun ada....


other info: - 
http://www.babycenter.com.my 

Apakah kutu kepala?

Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.

Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.

Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.

Berapa meluaskah kutu kepala?

Kutu kepala adalah sangat meluas: satu dalam lima kanak-kanak dijangka diserang kutu pada satu-satu masa (lihat Bagaimana kita mendapatnya?, di bawah).

Bagaimana saya boleh tahu yang anak saya mendapat kutu kepala?

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya.

Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain tanda-tanda yang nyata termasuk:
  • telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
  • sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
  • kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
  • kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah untuk menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus (see Pemusnahan kutu, di bawah).

Jangan gunakan sebarang rawatan serangga atas kulit kepala anak anda sehingga anda menjumpai kutu hidup.

Bagaimanakah kutu kepala dijangkiti?

Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.

Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko!

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.

Bagaimana untuk menghapuskan kutu kepala?

Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap setengah daripada racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang syampu rawat guna sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya.

Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga atau rakan rapat bagi memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu (lihat Rawatan Kimia, di bawah), atau menggunakan cara pemusnahan yang menghapuskan semua kutu hidup dengan menyikat-basah (lihat Pemusnahan Kutu, di bawah).

Rawatan kimia

Di Malaysia, racun kutu kepala yang boleh diperolehi ialah malathion (jenama A-Lice), yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.

Ada juga satu rawatan lagi, bernama dimeticone, yang bukan merupakan racun serangga tetapi agak berkesan untuk diguna di tempat-tempat di mana kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap rawatan racun serangga.

Rawatan menggunakan racun serangga atau dimeticone melibatkan dua aplikasi kimia itu dengan jarak tujuh hari antara aplikasi. Anda perlu membiarkan kimia menyerap di rambut antara 10 minit atau 12 jam, bergantung kepada arahan yang diberikan, kemudian bilas dan sikat basah untuk menghapuskan kutu-kutu yang sudah mati.

Walaupun rawatan ini akan membunuh sebarang kutu hidup (jika tidak mempunyai daya tahan terhadap kimia itu), ianya tidak semestinya menghapuskan telur kutu, jadi perlu diulangi seminggu selepas itu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.

Terdapat beberapa kelemahan berkaitan rawatan-rawatan ini, iaitu:
  • ianya mahal;
  • setengah kutu mempunyai daya tahan terhadapnya;
  • ia tidak boleh diulangi lebih daripada tiga kali;
  • ianya tidak dapat mengelakkan anak anda daripada diserang semula dalam masa antara rawatan, jadi anda perlu terus memeriksa rambutnya secara menyikat basah.

Jika anda hamil atau menyusu badan, tanyakan obstetrisian dahulu untuk memastikan samada ianya boleh diguna.

Jika anda mahu menggunakannya semasa bayi anda berusia bawah satu tahun atau untuk seorang yang menghidap asma atau alergi, tanya pakar pediatrik dahulu untuk mengetahui samada selamat untuk digunakan.

Pemusnahan kutu kepala

Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu.

  • Mulakan dengan membasuh rambut anak anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dan bubuh perapi rambut dengan banyak.
  • Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut supaya tidak kusut kemudian gunakan sikat telur kutu, dengan menyelitkan gigi sikat ke dalam sebahagian rambut pada bahagian pangkalnya dan menarikkannya sampai ke hujung rambut. Apabila basah, kutu yang berlumur dengan perapi rambut itu tidak akan bergerak dan akan terperangkap dalam gigi-gigi sikat. Sapu kedua-dua belah gigi sikat dengan tuala kertas dapur atau bilas di bawah paip mengalir untuk menanggalkan kutu.
  • Teruskan bagi seluruh kepala anak anda. Apabila selesai, bilas rambut dengan baik, leraikan kekusutan semula kemudian gunakan sikat telur kutu untuk mengutip semua kutu yang tertinggal pada rambut yang basah itu.
  • Jangan lupa untuk merawat semua ahli keluarga. Ulangi prosedur memusnahkan kutu tiga kali lagi, dengan membiarkan tiga hari penuh antara setiap sesi (dalam lain kata,lakukan pemusnahan kutu pada hari 1, kemudian hari 5, hari 9 dan hari 13). Ini akan melucutkan sebarang kutu yang menetas sebelum ia sempat membiak. Menjelang hari ke 17, rambut anak anda bebas dari semua kutu.
  • Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1mm dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula dan pemusnahan kutu mestilah diteruskan secara dua kali seminggu untuk tiga sesi lagi.

    Cara lain untuk memusnahkan kutu

  • Sikat elektronik
    Sikat bergigi halus menggunakan kuasa bateri, yang akan mematikan kutu dengan kejutan elektrik, boleh dibeli. Selalunya ia agak mahal dan tidak selamat untuk diguna untuk rambut basah, jadi terdapat kemungkinan kutu akan bergerak pantas dalam rambut yang kering dan terlepas dari dikesan.

    Cara natural
    Syampu dan losyen mengandungi minyak pati, seperti tea tree dan rosemary, kadangkala disyorkan, tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan ianya mujarab. Adalah penting untuk diingat bahawa minyak pati kadangkala amat keras dan tidak selamat untuk digunakan berkali-kali sebab boleh menyebabkan iritasi kulit kepala.

  • Penggunaan minyak tanah, cuka, peluntur rambut, antibiotik atau bawang putih tidak digalakkan.

    Patutkah anak saya tidak ke taska atau tempat asuhan?

    Bayi anda tak perlu menjauhkan diri dari taska, atau tempat asuhan jika anda sedang merawat serangan kutu itu secara giat. Hanya kutu yang penuh dewasa yang senang berpindah dari kepala ke kepala. Kutu yang baru menetas akan tinggal di kepala anak anda sekitar enam hari, jadi anda boleh memusnahkannya dengan menyikat sebelum ianya bersedia untuk berpindah.







  • Tuesday, October 22, 2013

    Hadiah diterima dari sifat 'Penunggu Office'

    syukur Alhamdulillah...berkat kesabaran & sifat penunggu,tahan di keji etc etc..akhirnya menampakkan sedikit hasil.

    3 kali tukaq CEO & bekerja direct under CEO, 1 kali bekerja direct under department bos and currently working under bossy bos, akhirnya ada juga 'hasil' dari semua tu..

    walau tak sehebat mana, tapi pengalaman yang diterima mmg berbaloi. pangkat tak melambangkan kita itu bijak dalam menyelesaikan masalah. masih banyak pengalaman/kejian/kesalahan perlu diraih atau dibuat demi mendapat pengetahuan dalam sesuatu bidang.

    semoga Allah terus memberi tahap kesabaran yang tinggi kepada aku untuk menggalas tugas yang diberikan..

      


    Amen!

    Tuesday, October 15, 2013

    Nasi Minyak & Gulai Daging ala Terengganu

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
     Macam biasa lah.. tahun ni still raya kat Penang! hihihi mcm biasa jugak, en husband ada meeting di hari raya... huhuhuuhuuu dan macam biasa jugaklah... menu di hari raya, sendiri masakkkk!!

    so kali raya... menu ialah paling simple iaitu NASI MINYAK & GULAI DAGING ALA TERENGGANU.
    tapi rate masakan kali ni average ja la... 1st time masak..so gulai itu agak kurang ummphh!! jom kita terjah menu...credit to dapur-digital.blogspot.com 

    Nasi Minyak:
    Bahan-bahan:

    3 cawan beras basmathi tp aku pakai beras biasa..
    4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
    1/2 cawan susu cair
    1 sudu kecil garam
    pewarna kuning
    2 helai daun pandan -disimpul

    Bahan utk menumis:


    1 sudu besar minyak sapi
    2 sudu besar majerin
    3 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    2 kuntum bunga lawang
    1 inci kulit kayu manis
    1/2 in halia ]
    3 ulas bawang merah] dimayang
    1 ulas bawang putih]

    Cara membuat:

    Beras dicuci kemudian ditoskan
    Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
    Goreng hingga naik bau/kekuningan
    Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
    Masukkan air dan susu
    Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
    Kemudian gemburkan nasi guna garpu
    Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

    Gulai Daging Bawang Goreng

    Bahan-bahan:

    1 kg daging lembu tp kali ni aku tukar ke ayam
    2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg tp MIL dah bawak stok aritu.
    4 ulas bawang merah ]
    2 ulas bawang putih ] kisar
    1/2 in halia]
    segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
    1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
    1 sudu kecil sos tomato
    3 ketul ubi kentang - ptong 4
    sket kismis
    air secukupnya

    Bahan tumis

    2 in kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    2 kuntum bunga lawang
    sket minyak

    Cara membuat:

    Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
    Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
    Masukkan daging. Renehkan seketika.
    Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
    Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan



    aku jugak buat bread pudding sebab nak 'balas bekas' yang diberikan oleh pengasuh anak aku... paling senang.bread pudding laa kot sebab roti butterscotch ada... resipi bley tgk dari entry sebelum nya...

    so jom makan !! 

    Monday, October 14, 2013

    Dekatnya Cinta ..

    Monday morning!! the very good morning! iyo lah...dah kul 11 kot..morning apa nya..
    arini aku menulis direct form workstation.. hahahahaha esok cuti kot!!! AidilAdha kan?? so apa nak buat kat opis.. mood sah-sah terbang ke laut..aku dh budget dari rumah tadi.. komfem! ada kerja pun malas nak buat..dah laa co. bg half day cuti...so merendek lah...

    so dari rumah aku dah bekalkan novel latest aku beli... "Dekatnya Cinta by Aisya Sofea" novelist kegemaran kot..dari zaman anak dara memang layan novel dia kan...so haruslah aku membelinya bila nampak kan...lagi pun ni sambungan dari novel "Adam & Hawa" haruslah aku beli! sambil terbayang bagaimana bila si Aaron Aziz berlakon kembali ngan Nadya Nisa. komfem meleleh airmata! baca novel pun ble touching... hahahahha..

    aku start baca dari hari Ahad... tp byk terhenti sebab tuntutan kerja kat rumah...tp bila mai malam, anak-anak tido aku pun sambung...lepas je bab touching...ada juga pengacau aku... si hubby..pi..mai..pi.. mai .. nasib dh lepas bab touching..! tp kacau kosentrasi sungguh! serius aku ckp...klu buat drama balik...konfem meroyan aku mendonlod kat tenet! hahahaha

    sapa yang dah baca novel & drama 'Adam & Hawa' memang patut baca buku ni... touching kot!!

    "my love for you dies when the last petal of these roses fall"

    apa yang ada dalam novel ni !
    • of course berhoney moon kt NZ..naik hot balloon lagikkkkk!
    • campur tangan secretary dalm hal rumahtangga..boleh jd penyebab masalah makin runcing...(hahahahaha mampos geng secretary maki hamun aku!)
    • cemburu terlebih boleh runtuhkan kebahgiaan...tak cemburu pun tak boleh jugak!
    • lain-lain?? sendiri baca lah...kalau tak..tak ler rasa touching!

    itu je lah...tunggu next review dari novel damya hanna pulak yea...
    byeee!!



    Wednesday, October 2, 2013

    Good question but...

    hoiii...tulis weh...tulis laa skit..sian dok senyap ja blog ni...

    hah..dalam hidup ni actually mesti ada je question yang 'agak' berkesan di hati. macam orang yang lambat kawin.. soalan maut ialah "bila mau kawin? umur dah berapa? ko tak de bf/gf ke?"  so pihak terlibat memang malas layan kalau dengar soalan tu kan?

    aku pulak..sgt bosan bila orang tanya berkenaan pangkat. yes!! pangkat!! sebab.. aku merupakan penunggu utama syarikat aku sekarang sejak syarikat dibangunkan.. tak percaya? hahahaha tak tipu lah! aku mmg malas nak cari keje lain.. resume submit saja...time org panggil interview..mesti aku tak p.. buat-buat lupa...en. laki pun dh naik muak.. masih laa jugak aku menjadi penunggu kat company ni.. gaji? tak dak laa besaq pun..tp boleh menampung kehidupan 'napsu besaq' aku ni.. masih mampu membayar hutang piutang cuma tak mampu nak beli kete sendiri ja... hahahahhaa (kedekut sebenarnya!!)

    berbalik kepada topic asal... aku paling benci..BENCI OKEH!!! when people ask me about promoting myself to boss!! YESSSS !!! i damn really hate that question! for me, promoting myself (just to get promoted) macam menyuruh aku mengampu bos, ikut tanpa usul periksa arahan bos..dlm erti kata lain seperti lembu dicucuk hidung nya.  and aku tak suka mcm tu !!! bagi aku..kalau bos nak naikkan pangkat aku...sila lah berdasarkan pencapaian & kredibiliti aku.. kalau bos aku nak aku ampu, just to get promoted... SORRY! I WON'T DO THAT!! 'm not that type of person. please look at my performance rather you want me to ampu you!

    aku tak kisah pun pasal pangkat yang diagungkan oleh sesetengah pihak.. tetapi kerja adalah hancus! kalau aku jenis mengampu..dah lama kot aku jadi MANAGER even SR. MANAGER! tak yah tunggu sekarang baru nak ampu..

    so..please STOP asking me about promoting my self..
    kalau Allah dah tetapkan rezeki aku macam ni.. terima ja la.. tak yah laa guna cara 'kotor' kang Allah tarik rezeki.. melopong lah engkau !!!

    that's me..please accept me as what i am today!