Thursday, February 27, 2014

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)

holla.. ari ni sesi godek menggodek dan juga sesi mencari maklumat.
tp mcm biasa, maklumat lain yang diperolehi. standard la kan?

masa sesi godek ni, aku terpaku pada rumah PR1MA.. semua tau kot apa rumah Pr1ma ni.. may be yang agak kaya-raya tak perlu tahu apa itu rumah Pr1ma..aku? PERLU tahu sebab RUMAH memang akan meningkat harga pada masa akan datang. so ada kesempatan ni marilah kita menyeru adik beradik kita untuk apply.. Apply ja kot..blom tentu lepas... hahahaha.. sbb aku kan tamak haloba haji bakhil semua... hahahah tapi mana tau kot rezeki berpihak... hihihii..

meh tengok apa itu PR1MA..

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk:

  1. merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. (Aku kategori sederhana duduk di bandar, wokehh!! so aku boleh)
  2. Kediaman PR1MA  yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz.
  3. harga rumah di antara RM 100,00 sehingga RM 400,00 dan di kawasan stategik. (hoi !! mahal kot umah macam ni!! Aku nak! sifat tamak menguasai diri dah !!)
  4. ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 sehingga RM7,500 (erk...ini tak bley tahan...lepas ke dak..lepas ke dak? balik kene check slip gaji laki aku!)
Bagaimana untuk memohon:

PR1MA


jom laa apply..  tak salah apply...dapat rezeki... tak dapat..takde rezeki..

tempat paling cantik bagi aku di Penang ialah....

-

-

-



tau kat mana??? jom weh kawan di area penang... rugi kot!! apply weh... bila tahunmau dapat JGN SOALAN! janji grab the opportunity!!!









Wednesday, February 26, 2014

komen isu peribadi skit..

Holla.. bersua kita kembali di pentas blogger ini.. lama sepi blog ni..(eh! Lama ke?) Sbb x sempat nak menulis.. byk isu kebelakangan ni kt opis aku especially kat my team members. But life must go on.. but today its not about my team members butttt.. its about hot topic ' Erra sah bercerai'.. eh.. jgn salah anggap..aku bukan nak komen pasal apa depa bercerai or anything yg berkaitan dgn punca penceraian mereka... but 'm writing my opinion on what people 's around talking about ' hak penjagaan anak yang diberikan kepada ex-husband erra'. 

Aku ada bc kt fb psl komen hak jaga anak bg kt ex dia..tp ada satu ni sebut... "erra bg ex jaga utk senang erra nk kuor jolly..kerja cr duit.. so ms byk boleh luang utk dpt glemer". Dlm erti kt melepaskan tangungjawap dia ,

Kita x tau apa situasi yg erra hadapi..sebb kita x kenal dia rapat. So we don't have rights to put a blame on her..
Kita tau ex hubby dia dari keturunan yang baik2.. so maybe erra lepaskan hak utk menjaga nama baik keluarga ex mertua dan juga menjaga latar belakang anak nyer sbb anak nyer carry the husband title.so she want the best for her daughter. Sapa x sayang anak tp kalau keluarga ex lebih berpengaruh & memang mampu jaga anak dgn baik.. mungkin tu jln terbaik.. lagi pun hak melawat & bermalam, tak kisah kan? So mmg erra buat semua utk kepentingan anak dia. Aku rs klu ikut hati dia  pn x mau bg... 

So jgn la tuduh yang bukan2 kat erra.. 
Walau punyg komen tu ada pengalaman perit tp apa yg jadi tak sama dengan apa yang pernah dia hadapi. Jgn sebb dia alami perkara perit dia anggap semua yg lepas hak tu adalah jahat..nasib setiap org tak sama dah telah ditentukan oleh yang Esa..

So mari kita doa yang terbaik utk diri kita, rumahtangga dan keluarrga kita. 


Friday, February 14, 2014

Apabila kes meroyan kembali ...

salam Jumaat..
penghulu segala hari..amin.. bertemu lagi kita...
dan juga.. setelah sekian lama... sifat meroyan kembali jua... huahahaa

kali ni kes meroyan..tak lain tak bukan... haaa... kepada ini haa...
hahhaha
-

-

-

-

-

nanges lagi..

-

-

-

-

-


tadaaaa!!!!!






chantek mak jemah oit....

aku dh start meroyan ke bag MJ/MK pulok...
naya laa poket mak.. kalau macam ni punya dok meroyan..
tp giilaaa babissss seriyes chantekkkk!!!!!!
so coach dah tak de dalam list...
masuk awal tahun ni ja.. dah 3 biji aku rembat handbag.. tak de nak reti insaf, taubat nasuha ka hah? aku ni....
tapi chantek kot... tak de ke sapa-sapa nak hadiah kat aku weh!!!
tulunnnn !!!!




Monday, February 10, 2014

Bengkang Roti ala tradisi Melayu Tok Kita!

yaribbaaa!!!! tora datang lagi!!!!
update ikut musim angin monsun.. gini laa jadinya... 

tak pa... jom tgk resipi baru ni pulak!

ini namanya BENGKANG ROTI TRADISI ALA TOK KITA!

memang dah lama teringin nak makan...ada pulak beli roti tapi tak makan... so..pikir-pikir balik... kita buat bengkang ja la... bawak ke opis... kalau kat rumah memang nan-ado yang nak makan kan? so aku godek resipi dari kakjee  pulak...janji simple dan sonang plus sodap...

Bahan-bahan:
1 buku roti
half tin susu pekat manis
sedikit mentega/butter
3 biji telur

cara nya:

1. roti di pecah-pecahkan dan rendam bersama 2 mug air (aku boh bg basah dan lembut sekata semua roti). biarkan 10 minit atau hingga roti kembang
2. pukul telur dan masukkan pada bancuhan roti tadi. gaul sekata
3. masukkan susu pekat manis. ikut kemanisan korang mau! rasa yea adunan td..
4. masukkan dalam bekas pembakar. tetapi sila sapukan mentega, tak mau bagi lekat kat pembakar
5. bakar lah dalam 10 mnt.. ikut kesesuaian

jom tgk hasil aku!


aku takde pembakar @ oven.. so aku pakai pembakar ajaib. sebab terlampau ajaib... bengkang aku sedikit hitam.. aku igt lmbt lagi nak masak.. rupanya kejap aja !!! hahahaha
nampak sangat tak reti kan? kan? kan?

so apa tunggu laagi...jom laa buat...senang ja kot!!!

Sunday, February 2, 2014

apa itu kengsom?

Salam !!

kali ni mak jemah nak update semua pasal masakan aja.. haha bukan apa... ni resipi jarang-jarang mak jemah masak.. so next time kalau mak jemah nak masak lagi...usha dari sini ja laa... kan senang...

kengsom ni, aku rasa kalau orang area utara (dekat ngan siam) mesti tak heran dengan masakan ni.. hahaha to aku still heran sebab aku tak penah makan. 1st aku dengar pasal kengsom.. sebab kawan opis yang masak time dia selsema.. then 2nd time, masa aku ke hatyai aritu... ada juga penduduk kampung masak ni.. sedap woi !!!!

so bila dan teringin nak makan.. sila laa google.. tp confirm ada banyak cara! dan macam biasa jugak lah..aku ambik yag paling simple!! dan disebabkan fridge aku pun selalu kurang bahan.. so ngko nampak lah... hidangan aku asyiklah TOGEL !!!! hahahhaa janji kenyang beb!!

jom try:

bahan-bahan:
2 ekor ikan.. **
2 ulas bawang putih **
2 ulas bawang merah **
3 biji cili api ** (kalau nak pedas lagi..tambahlah cili)
1 batang serai **
1 batang daun kesom & bunga kantan (aku sure tak bubuh sebab tak de bahan)
sedikit gula kabung(gula melaka)
air asam jawa (ikut kesesuaian)

caranya: 
1. kisar semua bahan bertanda **
2. tumis semua bahan kisar dalam periuk sampai wangi
3. masukkan air asam jawa dan air 
4. masukkan daum kesom & bunga kantan
5. masukkan sedikit gula kabung (gula melaka)
6. bila kuah dan mendidih, masukkan ikan.. dan masak. rasakan kuah. biar ada rasa masam/masin/manis/ pedas... baru terangkat !!!!

mari tengok pic aku yg togel.. hahahaaa...



selamat mencuba! makan time panas & selsema... masyuk ni!!