Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 1435H

As salam semua,





semoga kita semua dapat beribadat dengan baik tahun ni dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Ameen!





Friday, June 6, 2014

Percutian 2014 - Pulau Pangkor!

as salam...

uish..lama blog dibiarkan bersawang.. bukan apa busy ngan tugasan yang diberikan di pejabat.. kan nak buat  master aritu.... dah abis ada viva so free laa....

nak citer pasal g pangkor..1st time aku memang sure jejak kaki dan bermalam di Pangkor. bermalam okeh!!! yaa..sebelum ni p jalan sampai pekan je trus balik... ni baru 1st time bermalam dan pusing 1 pulau pangkor.

kali ni pu n bercuti bersama keluarga sebelah famili aku. dan alang cuti skolah so kita set terusss... percutian kali ni memang bercuti dari segala serabut, hiruk pikuk dan juga shopping complex.. kalau idak bercuti mesti buat jugak lawatan ke shopping mall.. so this year punya cuti.. memang cuti secuti-cuti nya... takde kenderaan ulang alik depa hotel, tak de jem etc-etc.. memang bercuti sungguh!

so aku amik package 3D2N kat Puteri Bayu Beach Resort Pangkor. itinery seperti di bawah...
package pun "Jom Santai" memang santai abis... memang lepak/tidoq/mkn/tidoq..


aku bertolak kul 9 dari penang. berhenti makan kat area lumut tu.. yang famos tepi jalan dekat dengan kauters TLDM. pastu trus drive straight to Jeti Marina untuk ke Pangkor. Yes! aku naik kat Jeti Marina sebab tak ramai kat situ. ferry kat sini 1 jam 1 trip. disebabkan memang aku request  nak naik kat sini.. sampai trus amik tiket ja... haa package aku amik ni memang skali tiket pegi-balik. so save masa di situ. memang sampai kat jeti trus ada feri so... sharp 2:30 memang dah sampai ke hotel. nasib ble trus check-in. hihihiii...
ini ialah rupa anak aku yang agak peghah, apabila masuk dalam bot! start je enjin bot, trus nangis, dah tak nak duduk. kene berdiri.. haiyoo laa anak!


Tapi ada sedikit kesilapan berlaku di sini... kesilapan bagi pihak aku laa... sebab tgk kat web bilik deluxe mcm besarrrr tapi bila pergi..bilik adalah kecik, hokey!!!! klu 3 org 1 bilik tu, memang solat atas katil lah jawapnya. disebabkan percutian ini bersifat lepak & relaks.. moh ler kita upgrade bilik ke garden view... nasib bilik ada so trus masuk je... aku pilih bilik bersebelahan bilik parents aku. sebab senang nk buka pintu bagi anak-anak melepak di bilik tok nya... hahahahha...nampak tak cara aku relaks di situ !!! wuahahahhaa...


so aku dapat Garden view bilik no 135, bersebelahan bilik parents aku. cuma bilik family abang aku terletak di depan bilik kami. but still ok dari deluxe room.


tapi duduk di garden view ni, satu je tak best..nyamuk weh.. dah laa tak sediakan ubat nyamuk. nasib aku bawak ubat nyamuk tampal kat baju tuh... lega skit nak tidoq nyer..
well, untuk package ni, semua makan minum adalah dibawah pihak hotel. so aku tak yah pening kepala nak cari makan.. elok masuk kul 8 malam...moh ler kita jalan ke cafe nan comel itu. masakan okeh la...tak byk pilihan but main ngan lapaq.. bedal je semua.

untuk 2nd day, lepas breakfast, terus aku inform pihak hotel untuk bawa famili aku pusing Pulau Pangkor. dah nama dalam package kan.. so book aja... jam 10 pagi, van merah jambu sampai terus jalan-jalan pusing pulau & melawat tempat-tempat yang ada di sini.


Pantai pasir Bogak

snorkling dan semua aktiviti mainan laut berlaku di sini. 

Tapi disebabkan anak-anak yang masih kecil, tengok saja laa....lagipun laki aku, tak de bini tak nak g mana... apa der... abg aku..lagi tak bley harap.. last2 semua orang melepak aja.. betoi relaks percutian kali ni.

tapi seriyes, kalau orang yang suka bercuti tp PERLUKAN aktiviti lain untuk dibuat. sila JANGAN ke sini, kecuali anda mempunyai group yang ramai dan dah atur semua aktiviti yang bakal dilakukan. kalau korang datang sini, and  hope sampai sini baru nak atur aktiviti, sila lah menyesal, wokeh! sebab pulau ini memang untuk percutian yang aman damai tanpa gangguan kenderaan dan juga hiruk pikuk orang ramai. dan juga silalah avoid from public holidays sebab memamg orang ramai giller. macam aku pegi hari kerja, so memang smooth and steady je perjalanan. tp time aku sampai pangkor, manusia yang nak balik dari pangkor, dah macam tunggu feri nak ke langkawi. siapa ada pengalaman terkandas di feri langkawi.. korang bayangkan sendiri... so sila rancang dengan teliti.