Monday, November 24, 2014

Cuti Sekolah pun Bermula !!!



As salam,

Yea...saya tahu..cuti skolah dah bermula...jalan pun agak lengang pagi ni... syiok je memandu tambahan pulak bila ber'car pool' ni...sebab arini bukan giliran saya memandu.....soooo lagi bertambah seronok...


yea... anak pun dah mula bertanya mana nak pegi sempena cuti skolah yang panjang ni..

jawapannya: Nehi!! ntah ler labu... tanya laa bapak hampa... kalau dia busy, pakat-pakat laa bertapa kat dalam gua tu sambil-sambil tunggu 'turun tanda'.


so untuk menggelakkan kebosanan, ya anak, sila lah pulang ke kampung terlebih dahulu. mama ikut kot blakang..nnt kalau ada plan, mama g amik kat sana. memang susah berbapak kan perdana menteri ni... hik hik hik..


mama? jangan risau, gamak aku bosan nanti, aku amik jek cuti balik kampung. tak pun pegi je mana-mana shopping complex, garis je kad yang bapak hampa kasik...


ok dak treatment macam tu???



Thursday, November 20, 2014

Kos Membina Sebiji Rumah..



aritu tetiba..terbaca dari post ni tentang kos untuk membina rumah. Almaklum harga rumah semakin mencanak naik nih... kita tgk alternative untuk membina rumah pulak... tanah aku kan banyak...tp hak orang melayu & kerajaan..bukan milik mutlak aku !!!!

jom jengah post ni http://www.lemonpic.com/berapa-kos-untuk-bina-sebiji-rumah/

mana tau tetiba dapat sekeping tanah ke?? boleh laa buat..besaq reban ayam pun jadik.. janji rumah sendiri..iyo dak??



p/s: nak tulis entry 8 baris pun amik masa berbulan... apa daa...

Additional Fav Blog



As salam..

ketemu  lagi di hari Khamis nih... mood update blog dah terjun ke laun bersama mood bekerja di hujung tahun.. hahahahaaa...takde nya holiday hujung tahun ni sebab 2 trip dah buat bulan Jun dan Oktober yang lepas. so budget untuk ber holiday secara besar-besar, yilekkss!!! sila duduk diam-diam sehingga hujung tahun.. tapi cuti banyak lagi nih!!!! haiyarkk.. ada lagi 12 hari!! apa mau buat? lepak tidoq kat rumah laa....

so terpaksa laa aku amik cuti 5 hari di minggu terakhir tahun 2014 untuk mem'badak'kan diri di istana agam nan indah persis istana aku tuh untuk tempoh 5 hari.. perghhh!! lap peloh! tolong laa... bila duit nak jatuh dari langit ni...hahahahahaa gila dah!!

disebab kan belum ada plan..so aku ada jumpa 2 blog yang terkenal pasal travel-travel, holiday-holiday ni... disebabkan tiada plan.. layan je laa blog diaorang ni sambil feeling-feeling dapat pergi...dalam mimpi pun jadik laa....
syiok blog dia orang ni...amik feel... hahahahaa..dah jadikan travel blog feberret aku!! lihat link ok!!!

jom feeling bersama... hahhahahaa

http://kyspeaks.com/

http://kampungboycitygal.com/



Tuesday, November 11, 2014

Nasi Kerabu Ekspress



as salam ..

saya memang salah seorang peminat nasi kerabu. and of course nak buat adalah MALAS sebab banyak bahan nak disediakan. nak buat isi ikan tumbuk & kelapa goreng yang agak malas. kalau tak bubuh tak sedap. Budu mmg dh stok sedia ada, so tak de hal. nak racik sayuran pun memerlukan kesabaran.. belom lagi lauk pauk pilihan hati seisi keluarga.

so sekarang, tak perlu risau lagi.. sebab saya dah ada ini !!!!



Nasi kerabu ekspress!!!

YES! senang kan? semudah 1,2,3!!!! tak payah risau-risau nak beli kelapa, nak goreng kering, tak perlu nak rebus ikan, tumbuk dan goreng isi ikan tu.. semua tu tak payah. dah disediakan dalam 1 bungkusan ajaib ni !!!!!

dalam bungkusan ini dsediakan: -
  • 1 paket budu
  • 1 paket isi ikan sedia dimakan
  • 1 paket isi kelapa goreng sedia dimakan
  • dan pewarna biru untuk membirukan nasi anda!!!


anda cuma perlu sediakan:
  1. ulam-ulaman like hirisan kubis, taugeh, racik halus bunga kantan, hiris halus kacang botol @ kacang panjang (semua tak perlu masak yea!!) dan sayur lain yang uoll nak gaul bersama nasi..
  2. ikan goreng celup tepung ke/ ayam atau daging bakar/ ayam sambal pun buleh!!!
  3. solok lada (resepi sila google... ambo tak buek!)
  4. air lada - resepi air lada di bawah yek!


dah buat semua tu... tadaaaa!!! jadi hasil di bawah!! sedap dak? sedap dak?? makan ler kamu sepuasnya.. sebab nyer, 1 paket ni boleh makan hingga 8 orang makan!!!! so seisi keluarga pun boleh makan. tak yah membazir RM kt pasar malam. 1 paket ni dh boleh kaver 1 family. 


ni hasilnya..sedap kan? buat untuk lunch kan best.. penuh khasiat.
pic kredit tu google: kalau tak salah salah sorang agen kami jugak!! hihihii tq yea!!

ni packaging untuk nasi kerabu ekspress.

haa..mudah kan??

harga?

RM18 inc postage.

pickup: area Georgetown- Bayan baru Pulau pinang & alor setar, kedah!

nak try? PM saya - 0134288028! jom try!!! tak nyesal hokeh!!!!

bye !!


resepi air lada:

cili padi +cuka+gula
blender skali..
rasakan...
tadaaaa!!! dah siap..

senang segoti !!!



kbai !







Wednesday, November 5, 2014

My Journey to Temerloh




As salam, Yes! agak susah nak habiskan satu entry. tetambah bab journey ke mana-mana saja. sebab mudah lupa.. hiashhh..faktor umur. tak mampu menepisnya..

kali ni writing about my 1st journey to Temerloh!! yeay!!! with my own family... Temerloh tu jauh kot..nun jauh di seberang lautan atlantik, kekdahnya... hohohohoo... 




Temerloh, bandar ikan patin.. tapi 1st time aku masa...bau sungai tu ada lagik...


holaaa..aku g Temerloh 1st time, masa aku skolah rendah. tak ingat darjah bape.. time tu follow arwah tok sebelah ayah ke sana melawat mak lang aku yang menetap di sana. before that, ngikut jugak arwah tok and arwah pakjang aku ke Kuantan, juga time skolah rendah..melawat family mak lang aku ni jugak.. kira follow orang je aku nih!! so time g Temerloh 1st time, abang aku ikut skali and 1st time jugak aku 2 beradik ikut kepala otak sendiri, naik bas dari Temerloh ke Sungai Petani, balik sendiri ke rumah sebab dok kat Temerloh tak seronok macam dok kat Kuantan. siap sampai kat Sungai Petani, turun bas, jalan kaki balik umah. terkejut mak bapak aku time tu.. tp dia dah tau perangai hangin anak-anak dia.. klu buat perangai gila, mesti ada benda yang tak suka....hahahahaaaa...agak dare gak laa time tu. yea laaa.. time tu temerloh bukan macam sekarang.. dah maju..aku g dulu, keliling is ladang kelapa sawit & hutan, hokey!!!!

journey aku start dari umah aku, bila mana mak ayah aku dtg penang.. kul 9.00, 24 Oktober trus zasss ke KL.. sampai KL jam 3++ trus check-in hotel. lepak tunggu abg aku mai lepak hotel, petang lak plan bawak budak-budak naik train ke Times Square. tak sampai 2 jam trus balik makan... tidoqqqq.. sebabnya esok udah mau ke temerloh.

perjalanan dari KL ke Temerloh amik masa dalam 2 jam jugak. tapi sebabkan travel kali ni memang tujuan menghadiri kenduri cousin keesokkan harinya, sebelom sampai rumah kenduri marilah kita bergumbira dulu. Disebabkan lunch di Temerloh juga akan ditaja oleh family abang aku... marilah kita tengok gajah dulu di Pusat Konvensi Gajah di Lanchang. Lanchang ini 30minit dari Temerloh. 

Dari exit Lanchang, agak jauh nak ke pusat konservasi Gajah ni. sebab jalan ikut kampung. tapi suasana kampung memang terasa. pusat ni jauh ke hujung kampung dan berdekatan hutan tebal. yea la.. tujuan pusat ni pun memang nak memulihara gajah dari pupus.. so habitat gajah memang di hutan tebal..jadi ke dalam hutan lah kita tuju yea! bayaran masuk ke pusat ni, buat masa sekarang adalah FREE. tapi pelawat perlu melaporkan diri ke kaunter masuk untuk lapor group korang dan pas pelekat lawatan akan diberikan untuk lekatkan di badan. selepas itu, teruskan berjalan menuju ke kandang gajah.

mengikut iterenary, sebenarnya ada time untuk aktiviti bersama gajah-gajah. tapi semua aktiviti bermula selepas 2:30 petang. disebabkan time aku sampai baru jam 11 pagi.. sila laa tengok apa yang ada. tak kuasa aku nak tunggu ke 2:30pm. dah laa panas, berdukung lagik.. memang idok lerrr... nak bagi sronok pulak.. aku membeli makanan untuk bagi gajah-gajah makan.. yang syion bukan anak teruja.. tokwan yang sronok skali... anak-anak dok jauh ja... sbb takut. nak suruh bg makan.. memang lagi tak laa...

lepas dah puas berpanas kat tempat gajah.. jom laa kita ke Deerland pulak. ini pun dekat je dengan pusat ni. merupakan tamat perseorangan. jarak dari pusat gajah dalam 15 minit rasa nyer. beselisih simpang aja. kat sini agak damai sebab hutan. yang jadi tarikan, of course lah 'deer' nya. sebab boleh bagi makan. masuk sini bayaran nya RM8 seorang (kalau tak salah) dan akan diberikan sebekas makanan untuk rusa-rusa ni.. makanan ni diberi ikut harga tiket kot. kupon akan diberikan untuk tujuan mengambil bekas makanan.  so sambil masuk tu, ada laa binatang lain. tapi sampai ke kandang rusa.. semua jadi excited. hahahaha.. dengan en. laki sendiri. tak caya tengok gambaq kat bawah. hihihihii.. banyak lagi binatang lain kat situ.. kira seronok laa jugak anak-anak aku ni..dari tensen berjam-jam naik kereta tak sampai-sampai. hahahahhaaa...

jom layan pic dulu...


kawasan reception. ada gambaq gajah..


bergambar kenangan di pintu masuk ke kawasan gajah.

bapak aku pun sronok.. hahaha se kecit tu.. mcm biasa.. brani kot jauh ja aaa..

see my daddy.... teruja dia!

pondok dimana gajah ditempatkan

see the kecit one! semangat dia pun.. nasib tak masuk tangan dalam mulut rusa!

see the bapak also teruja... hahahaha

betoi dak-betoi dak!!




ulaq sawa ni pun jadi salah satu tarikan. boleh pegang but nope! tq!


salah satu tempat yang aku lawat semasa di Temerloh, of course Pasar pagi yang diadakan di sepanjang sungai Temerloh. tahu apa yang di cari kalau datang Temerloh?? Ikan Patin!! yea..Temerloh kan dikenali dengan nama bandar ikan patin. rugi kalau datang sini tak makan. so ke pasar pagi lah kami keesokkan nyer. saja nak merasai kehebatan pasar ini. uniknya sebab banyak ikan sungai yang tak popular boleh dapat kat sini. harga?? PAHIT!!!! maksudnya MAHAL !! nama ikan pun sah tak kenal sebab tak penah tengok kan. sayuran kampung yang fresh pun banyak, hasil tanaman dan kutipan dari orang-orang kampung sekitar Temerloh. harga pun tak mahal. tapi aku lebih teruja cari ikan patin & sambal hitam Pahang!!!.. nasib jumpa... terliur mak!!

yang best kat sini, ikan patin bila ko nak beli, baru siang depan tu... memang fresh!!! isinya.. memang lembut.!!

golekan ikan patin hidup.. 

hasil tanaman dari kampung sekitar
 paling tak tahan, mak cik-mak cik ni jual hasil kampung.. main tebar surat khabar je atas jalan. payung pun tak dak. harap payung personal tu je. memang tahan betoi sampai ke tengahari menjuai. tak salah aku.. selonggok baru RM1..hahahhaha.. ikan yang terdampar tu, semua ikan sungai. nama cheq tak tau!!! tapi aku rasa yang besar tu patin liar sungai. orang cakap nak bezakan.. patin sangkar matanyer besar tapi patin sungai @ patin liar, mata nyer kecik. yang mata kecik tu laa sekilo RM70!! kan ada masuk paper dulu. katanyer kena tipu... padahal ikan patin liar. memang susah dapat and harga kebabommm mahal!


ikan golek lagi !!!

suasana pasar pagi

  

kalau orang tanya kenapa aku suka melawat tempat-tempat macam ni. seronok ke? ntah aku seronok sebab boleh tengok budaya tempat orang. budaya kat negeri lain, lain caranya. dari situ boleh belajar. lagipun unik kot. walaupun sama macam tempat lain. nature gitu!!

kalau tak kerana sepupu kawin, tak merasa laa nak ke Temerloh. gambar kenduri kawin?? sorry nan ado. cheq lupa nak amik pic sebab kalut jumpa adik-beradik. boleh gitu??

hihihiii..hope next time dapat p Temerloh lagi. teringat masakan mak lang cheq! masak tempoyak ikan patin & asam pedas ikan patin. sedap nya!!!!! sambal hitam jugak!! sedappp sedappp sedapp!!!!






Tuesday, November 4, 2014

Siapa Haram bagi saya!


as salam....

I'm HOT so please do not touch me!!

hihihiii...gagah gitu..aku laa nih patut baca benda-benda macam ni... tambah ilmu.. walau tak ketahap ustajah, dapat ilmu skit pun jadi la...


dulu penah jugak laa belajaq semua ni... masa zaman muda belia, skolah rendah, time masuk kelas KAFA kat skolah rendah Langgar dulu... hey! ingat aku tak blajaq ka kAFA-KAFA ni..zaman aku dulu pun ada, cuma tak banyak di buat di sekolah....itu aja... lepas skolah KAFA, abis semua ilmu menuntut kat situ..gone with the wind.... hohohohooo. BAGUS!! Syabas!!!


so baru-baru ni, terbaca balik mengenai halal-haram ini. ini hanya sebahagian dari ilmu/knowlegde mengenai halal-haram. banyak lagi sebenarnya.. tapi, sila JANGAN TAMAK!! fahami laa skit-skit...ok!!


YES! aku pun sebelum ni main je salam semua orang especially pak sedara & datuk sedara. Almaklum orang tua dari kita... depa huloq, kita pun sambut... katanyer anak sedare mistali... hahahhaa...


so crita banyak tak mau... jom study gambarajah.. hayati & fahami carta tersebut, maka akan ketemulah jawapan nya.


semoga kita semua dapat melindungi diri kita dari perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Ameen!!