as salam...
kali ni nak menulis untuk meluahkan rasa hati...
Ya! ini keadaan sekarang yang berlaku dalam my working area.
sukar di terima? ermm.... mengikut situasi ekonomi sekarang memang tak mustahil.. dan ditambah dengan masalah dalam syarikat...lagi tak mustahil.
so cabaran aku 2015 ini ialah...adakah aku bersedia untuk kehilangan kerja yang menjadi sumber utama pendapatan aku sejak 12 tahun yang lepas??
jawapan nya...memang tak bersedia. tapi aku masih mencari kekuatan untuk menerimanya. sebabnya..aku merupakan antara staff terawal yang dalam batch kedua company aku. setelah penyingkiran batch #1, 3 tahun sebelumnya. and aku bermula di tangga paling bawah. aku melalui bagaimana teruknya nak majukan syarikat. time aku kerja..semua kerja yang aku rasa aku boleh buat..aku buat. tanpa kira bayaran gaji yang aku dapat masa tu. kalau ikutkan memang tak berbaloi langsung, kerja byk gaji ciput. tapi aku still kerja memandangkan pada masa tu ekonomi negara pun baru pulih. banyak kot graduan kat luar sana yang tak dapat kerja. ko lagi nak demand?? kau dah dpt kerja.. kerja je..janji rezeki itu halal.....
berlambak jugak time tu syarikat-syarikat yang offer 'latihan graduasi' siap ada yang menipu. aku Alhamdulillah terlepas dari penipuan tersebut tak macam kawan-kawan aku yang lain. tp bukan semua syarikat ' latihan graduate' tu penipu. tapi ada sebahagian nya. so aku teruskan juga kerja aku ni.
tapi apabila dalam keadaan sekarang, syarikat tempat aku kerja kembali 'jatuh' seperti zaman aku mula bekerja. Yes! aku sgt sedih but Alhamdullilah aku masih mampu bertahan. tapi sejauh mana aku dapat bertahan, doakan kepadaNya..
sampai bila?
tekad aku..Insyallah aku akan tunggu hingga urusan aku selesai. sebagai seorang staff HR masih byk habuan untuk staff lain yang terbengkalai. aku hanya mampu doa aku bertahan sehingga urusan tersebut diselesaikan, so aku dapat berhenti dengan tenang. sebab nya yang terbengkalai itu adalah rezeki staff lain dan aku selaku pengurus kerja tersebut. insyallah aku doakan semoga aku dapat handle sampai staff dapat hak mereka. atau sekurang-kurangnya, staff tahu apa terjadi, ke mana mereka boleh rujuk. itu saja yang boleh aku lakukan.
Doakan yang terbaik untuk saya.
Ameen!