Sunday, May 4, 2014

Resepi Ketupat Sotong ala Rizs Zukri

Holla!!
Lama tak up pasal resepi kan?? kan??
disebabkan minggu ni jumpa sotong besaq-besaq kat Kedah (slalu jumpa kat T'ganu ja..ni musim sotong ni), jumpa pulak sekilo RM 12... selagulah en suami suruh buat ketupat sotong. selalu ketupat sotong ni orang T'ganu memang suka sangat buat time musim sotong (candat sotong) en suami pun nak p mencandat gak hjg minggu ni.. tp si bini macam biasa lah... jaga rumah & anak-anak... tp warning dah bagi..'pastikan balik bawak sotong byk2.. jgn blk tgn kosong.. klu tak dpt.. sila cari kat pasar payang' wuahahahahaa...bini ku gangster katernyer! so nanti kita tgk bape kilo en suami nak angkut dr T'ganu... hihihiii...

ckp byk tak mau.. jom tgk resepi Ketupat Sotong. dan macam biasa.. resepi ambo ni..konfem yg paling senang... hahahaha...

Resepi Ketupat Sotong (nasib ada sotong sekoq lg.. ble amik pic)

Bahan-bahan:-

  • 6 ekor sotong @ ikut suka laa nak bape ekoq pun (amik yang besaq syiok skit sebab nak sumbat pulut di dalamnya)
  •  segengam pulut  (sila masak yea sebab nak mudahkan proses masak sotong tu)
  • sedikit halba
  • 2 ulas bawang merah di mayang halus
  • 1 ketul serai diketuk2.
  • 1 cawan santan pekat (ikut kepekatan yang disukai)
  • 1 cawan santan cair (ikut kepekatan yang disukai)
  • sedikit garam dan gula perang (utk perasakan makanan)
 Cara masak: -

  • masak pulut dan biarkan sejuk.
  • sotong dicuci dan dibuang kulit(kalau rajin laa)
  • bila pulut dah sejuk.. kepal pulut dan sumbat masuk dlm perut sotong. tp jgn byk sgt sebab nanti dia mengembang.kelip  sotong yang disumbat dengan lidi (bukan lidi penyapu, wokeh!)
  • masukkan sotong dalam periuk. susun comel-comel. masukkan sedikit air & santan cair. masukkan halba, bawang dan serai tadi. masak sedikit.
  • bila sotong nampak menggelegak, masukkan santan pekat. sila kacau jgn bg pecah minyak.
  • perasakan dengan garam dan sedikit gula merah.
  • kacau sampai menggelegak dan tutup api dapur..
  • silalah makan!!

ketupat sotong ni rasa die lemak santan & manis sedikit..
memeng sedap..sila lah buat!!!


Wednesday, April 23, 2014

VRT Team punya psl...aku amik 'Master"

as salam... morning peeps!!! eek ek wahhh...
lama tak usha blog sawang ni yea..so arini meh laa kita write-up skit..at least nampak laa hidup senang skit blog aku ni kan?

kali ni jom aku write-up skit pasal assignment yang aku kene buat kat opis... assignment diberikan oleh tuan CEO syarikat. perlu disiapkan dalam tempoh 2 bulan. kata nya, assignment ni banyak diguna-pakai oleh company/kilang-kilang untuk meningkatkan daya saing kakitangan. nama assignment Virtual Team (VT). so opis aku yang ada staff seramai 49 orang (ramai gak noo!!) di pecahkan kepada 4 kumpulan. and of course all the top level management tak involve dalam assignment ni. TM hanya sebagai mentor kepada kami..

so kumpulan diberikan kepada semua so termasuk staff di Puchong & Penang. semua combine together to work as team. susah? memang agak susah la juga untuk komunikasi & monitor but still we trying hard to do this. macam mana kami meeting?? email aja.. untuk assignment ni..memang kami perlu menubuhkan 1 team lengkap terdiri dari CEO, COO,R&D, Sales Marketing & CFO untuk mencapai target yang diberikan. dan semua diberi tugas untuk sama-sama menonjolkan diri dalam VT ini.. dr situ nampak laa...team work..di mana semua boleh bekerja bersama walau dari bahagian berlainan dan kepakaran yang lain.

buat masa sekarang,, VT aku masih dalam proses R&D dan perlu dipercepatkan sebab masa dah suntuk... elok pulak.. ada 3 members yang akan keluar dari team.. 2 resigned dan 1 nak bersalin... owhhh.. lagi laa pecah peluh nak ligan time sebab akan tinggal bape kerat je yang kena membanting tulang nanti.. nasib dapat mento kasi idea... tak sia-sia celok idea mentor... hahahaha

apa yang diharapkan dari VT assignment ni?

  1. some ideas untuk propose some new technology to others,
  2. team work yang lagi kamceng
  3. juga dapat memberi peluang kepada staff untuk menonjolkan sisi tepi kebolehan masing-masing selain dari tertumpu kepada kerja yang sedia ada.. etc.. aku buat HR..may aku mampu buat R&D dengan baik, or mungkin aku ada kebolehan untuk buat marketing?? so kita akan tahu apa lagi kita boleh buat selain tumpu kepada kerja sedia ada..
baik kan??? tapi yang tak baik nya...

otak tidak berfungi dengan baik, sel-sel otak tidak berhubung antara satu sama lain... berikutan penyakit M yang tebal.. susah woii nak kikis.. kene lak nak buat keje out dari scope.. take times kot!!

hahah hopefully kami mampu buat.. dapat hadiah kot kalau menang.. rasa2 company nak bagi apa??? tiket cuti ke Paris??? syiok kot.....  #pejammatarapatrapat 
berangan laa oiiii !!! 

Monday, April 14, 2014

Resepi Apam Balik Ikut Suka Hati

haaa.. kali ni..jom cuba buat apam balik pulak..
buat sendiri senang... tak cantik lagu mana pun... telan masuk perut gak...
nak boh jagung byk mana pun boleh..nak tambah cheese?? free jaa...boh laa byk mana pun...
sumber ni i cilok dari FB akak Nora Hashim III 
senang je nihh !!!

Bahan nyer: -

2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.

Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.