Thursday, May 29, 2014

Dah masuk 10 tahun ghupanya..

Tiada kata yang mampu diucapkan..
Hanyalah ucapan 'Alhamdulillah' di atas kurniaan dariNya ini..
tak sangka dah memasuki tahun ke-10 usia perkahwinan cheq ni..Alhamdulillah.. boleh buat majlis Juli Emas dah ni... hahaha...

cerita bab lanjut usia... tiada yang boleh diungkapkan..semua masalah, suka-duka, pahit-manis, tempuhilah bersama.. gadoh?? jgn crita la... gila kawin tak gado, perfect gila! hahaha... walau apa pun masalah di hadapi.. belajarlah bersabar, berdoa kepada Yang Esa, kerana Dia yang mengatur perjalanan hidup kita sejak kita ditiupkan roh ke jasad yang dikandung ibu. Berserahlah kepadaNya..

 semoga perkahwinan ini sentiasa dalam lindungan dari Allah SWT.. Ameen!

Monday, May 19, 2014

Puteri Bayu Resort Langkawi

holaa...salam Isnin,

tetiba entry 'Puteri Bayu' .. huhuhu...cheq tgh usha tempat bercuti bersama family cheq untuk tahun 2014. almaklum, cuti sekolah... bawak p laa sat... ni pun last minit punya kheja... so ada request nak p Pulau Pangkor..so godek pa laa... pasai PP ni.. aku pun tak tau apa yang best.. ada budak kecik ni.. bg lepak tepi laut ok kot..

so cheq google Puteri Bayu, ada pulak package ini... pikiaq p mai p mai.. ok kot...
cheq amik package santai 3D2N...
boleh kot no.. sapa penah lepak pangkor? cer share skit syiook ka dak??
ini itenery  untuk cuti kali ni... ok dak??

Friday, May 9, 2014

Kegilaan terhadap Tudung Aidijuma..



Salam Jumaat..whuwaaaaa...dah Jumaat kan.. mcm tak sedaq je.. tetiba dah sampai Jumaat.. Penghulu segala hari..

haa, kali ni nak crita kegilaan bersama-sama kawan opis menshopping tudung aidijuma.... dah macam nak beli ikan kat pasar borong... terus semua macam 'adaku kisah bos disebelah atau tidak'. hahahahhaa..shopping nyer pasal bos pun dah tak nampak...hahahhaahaaa janji tudung yang diminati berjaya dirembat... matlamat harus dicapai... adoi mcm ni punya gaya memang lah susut segala 5 akaun kat bank yang berlainan..

macam pagi ni... kalut menshopping..dapat laa jugak rembat 15 helai wokeh!!!! dalam masa tak sampai 5 minit 15 helai korang (aku pun join) rembat... dasat punya penangan... tp jgn riso, tudung yang aku and geng rembat ni pun, bukan harga semacam harga tudung Fareeda Nyata Jelita tu..gila kalau mcm tu punya harga, aku rasa.. nama aku pun salah sorang yang tersenarai kat list Jabatan Insolvensi Negara.. hihihiii...Harga kami beli ni hat paling murah RM10 sahaja. sebab tu dah mcm 'goreng pisang panas' je membelinya... apalah sangat banding nak beli FNJ kan? kan? oleh beli lagi kan??

so pagi nie...sini lah geng aku terjah dulu.. selesai payment.. br sambung buat keje.. boleh??
hahahhahaa



haaa...ni sebahagian hasil rembatan pagi ni.. tak sampai bape minit dh sold out..
ganas jugak pembeli Aidijuma nih!
 .
Ni pulak tudung-tudung yang ada pagi tadi tp lepas 5 minit.. dah sold... tensi!!

ini kaaa keje aku pagi Jumaat ni... hahahhahahaaa...adoi laaa...parah !