Tuesday, October 18, 2016

Bila nak muncul semula!




Bila nak kembali menulis nih??
kenapa kena menulis?

asah bakal lerr!!!!

bila??


Doakan yang terbaik dan penyakit 'M' tidak terus menyerang!

Tuesday, March 22, 2016

Panaih Baq Hang !!

as salam.... muncul pulak dahh...

hoii... nak tulis ja.... panaih laaaaa nak baq hang!!!!! malam-malam sikit punya peluh menitik-nitik... adoi laa...siang hari..jangan cakap laa... nasib keje opis ekon.... syukur lah! kena keja tgk site buat rumah ka.. buat jambatan ka.... tak tau laa nak habaq!! hihiii.. so sila bersyukur yea.... tapi dalam dok keje opis ekon, boleh pulak ekon centralize pun tak on.. si maintainance office lupa ke hapa.... separuh hari kot hangat!! haishhh..


apa pun marilah kita berdoa semoga cepat sesi panaih ni berlangsung.. nak posa dah ni... musim-musim panas berpuasa memang amat mencabar kan?

so mari lah kita sama-sama berdoa..moga musim panas ni cepat berlalu...

Amin!! 

Friday, December 4, 2015

Chewy Choc Chip Cookies

As salam.. 

Tora datang lagi dengan resepi biskut! hoi !! semangat sangat ni kumpul resepi biskut.. resepi ja laa....tp buat belom lagi... pas ni nak cari resepi biskut oat ala-ala biskut dlm #TAM kan...tgk dak citer TAM???? tiap malam makan biskut & segelas susu yea... harap kurus laa klu makan macam tu tiap2 malam..

tapi ni bukan nak share biskut OAT! tp Choc Chip lagi....kali ni cara akak Kak Ita pulak. resepi kak Ita ni slalu sedap2.. even 1st time buat pun dah rasa macam terrer sgt! JANJI JANGAN MURKA resepi...huhuhuhuu

Bahan-Bahan:
115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka



Cara membuat:

Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita



Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai

Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar