den tertarik dengan entry ni... baca kat blog Nida (http://opida.blogspot.com/2011/12/ya.html) boleh buat pedoman bersama-sama....
Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?
Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?
Mudah sungguh anak muda melafaz
janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan
belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada
yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi,
pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?
Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.
Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan.
Sekarang, saya faham perasaan
mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya.
Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah
jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya
serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya.Rumahtangga saya
pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu.
Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak
mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya
duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak.
Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu
mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam
timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga…..walaupun ALLAH telah
menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.
Saya ingin bertanya kpada
adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang
berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan.
Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga
sepanjang kita bersama dia…..Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah
dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita
ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan
dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya bila dia melihat kekurangan
yang ada pada kita?
BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG. Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA……
Renungkanlah adik-adik ku semua….
*Bila
lihat anak-anak perempuan saya semua sudah membesar dan mula menjadi
remaja….saya terdetik tentang perkara ini….risaunya saya melihat masa
depan anak-anak yang saya tidak tahu, tapi saya wajib yakin pada ALLAH,
jadi , saya berserah……
INFO DR : http://www.gilerkentang.com/
No comments:
Post a Comment