Friday, March 2, 2012

Apabila baby ada kahak

salam..

tudiaa..muncui skali skala bwk tips utk diri sendiri...baguih punya dok search..jumpa laa jugak dr blog ni.... bukan apa...baby cheq ni...tetiba cheq dengar bernyawa dok bunyi-bunyi.. mmg sah kahak dah ni dok rasa... ayooo takut kene p spital... cheq cuba laa cara tradisional campur cara moden ni...nmpk gaya ok jugak bila kahak tu cair...tp mmg kene buat selalu kot noo... kesian jugak bila do dgr bunyi cemtu... terseksa nak minum..lepas 2-3 kali buat ni...nampak gaya mmg apa yg ditulis tu mmg jadi laa...tp rasa mmg kene buat kerap kot..

baby ni susah skit nak jaga...cheq takut nak kene g spital amik nap bagai...so cheq try buat skit-skit bg ilang...so mai cheq kongsi cara nak ilang kahak anak kecik ni...aku buat kt baby ok laa sbb die igt aku dok main ngan dia...tp budak besaq ni aku tak cuba laa lagi...

~ Teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi ~


Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.


"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah

sumber dari :  . http://whenmayend.blogspot.com

No comments:

Post a Comment