4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
salam selasa...mari kita skit tips nak didik anak kita..untuk bekalan bersama jugak...aku pun anak 2 kene laaa cari cara nak didik anak-anak agar mengikut landasan yang betul mengikut Islam... jom kita tgk
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak
berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk
mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh
mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh
tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini
masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang
anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang
muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam
keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman
disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua
sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam
berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan
diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal
ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil
berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun.
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar
menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan
nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang
diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang
tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu
memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan
menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja
enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg
tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung
diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk
ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja
dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan
iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini
kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka
terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat
perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya
membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
No comments:
Post a Comment