steambot..owh..steambot...
ni penangan aritu makan kat Jonny's.. tetiba datang request nak makan steambot.. tp kali ni better buat kat rumah sebab baru dapat makan dengan selesa... kalau idak.. 8-9 kali mak nyer kene kuor masuk kedai..ikut rentak anak dara sorang tu...
tapi nak buat steambot ni senang je.. yang susah ialah SOS.. sebab sup.. confirm macam biasa kan? tp kalau sos die sedap... mmg menjilat tapak tangan lah!
so kali ni aku search dan cuba masak sos dari blog ni: -
http://aisyrania.blogspot.com/2013/03/resepi-steamboat-di-rumah-dengan-sos.html
BAHAN :
8 tangkai lada merah4 ulas bawang putih5 sb minyak bijan5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 5 sb sos ikan2 sb sos tiram2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee1/2 cawan air1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...Bijan * disangai dulu yer1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..Daun ketumbar * racik halusGaram dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe
CARA :
Kisar lada bersama bawang putih..Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..okeh siap...senang kan...campak-campak jela.... :p
satu lagi dari sini
http://road-to-2011.blogspot.com/2012/04/177-resepi-steamboat-ala-johnnys.html?m=1
Sos cicah ala Johnny's:
1. Tumbuk 2-3 ulas bawang putih
2. Campurkan bawang putih tadi dgn sepaket pes Tomyam Adabi dan semangkuk air
3. Campur sedikit gula dan sesudu teh cuka
4. Masak sampai mendidih n adjust rasa dia mengikut citarasa masing2
5. Masukkan hirisan daun ketumbar
6. Kalau rajin, letak sekali bijan secukup rasa
p/s Kalau nak pekatkan lg kuah, campurkan sedikit tepung jagung yg dah dibancuh dgn air
actually banyak lagi resipi nya.. tapi sebabkan..aku ni dah terkenal dengan masakan 'kekurangan bahan janji sedap' so agak pasti aku cari cara masak yang paling simple. tp yes mmg sedap.. boleh cuba!
so terima kasih kepada tuan-tuan belog di atas... so korang apa lagi...jom laa cuba!! sedap!!!
No comments:
Post a Comment