travel tahun 2013 ni...aku plan join parents aku ke Satun, Thailand. hujung Nov lepas (21-23 Nov). travel pakai van yg mai pickup kat rumah parents aku kat Alor Star terus ke Satun melalui pintu Wang Kelian. masa lebih kurang 2 jam jugak perjalanan dari AS-Satun. actually sebab musabab kami ikut pintu Wang Kelian ialah sebab tak ramai orang lalu sini. lagi pun selain dari hari Ahad, Wang Kelian adalah sangat sunyi, wokeh..tapi kalau ko pegi Wang Kelian di hari Ahad, sila laa hadap orang ramai yang bershopping .sebab hari Ahad, akan ada pasar pagi yang amat panjang yang bersambung dari sempadan Malaysia-sempadan Thailand. time ni pun pintu sempadan ni memang dibuka tanpa sempadan. kiranya ko masuk 40 kali pun, imigresen tak heran, sebab pasar ni... tapi kalau hari lain.. kene laa ngadap imigresen thailand, yea!
macam aku pagi tu, queue tak brapa panjang tp disebabkan aku sampai sama time dengan satu couple dari rusia yg jenis ada trak padang pasir tu.. so masa yang diambil sangat lama dalam 15minit jugak laa beratur.. lepas tu semuanya berjalan smooth saja. kena pulak van yang dinaiki selesa (12 seater) so tak de hal lah..kena pulak anak tak buat perangai.. so just nice saja perjalanan untuk kali ni..
perjalanan dari Wang Kelian ke Satun, kalau tak salah amik masa 3 jam macam tu hingga kami ke check-point pertama iaitu ke Pak Bara. kat Pak Bara kami menyeberangi sungai ke sebuah pulau yang dihuni oleh penduduk Islam. eh! tapi Satun penduduknya adalah Islam ok! Pulau ni aku memang tak igt nama apa... tetapi perjalanan dari jeti Pak Bara ke sini dalam lebih kurang 20minit menaiki bot. hihihiii...tu..macam kat bawah tu...sampai ke ke Pulau tersebut memanglah bermula pengalaman kembali ke zaman silam, ok!! Close-to-Nature beb! pic nyer maca kat bawah. suasana memang amatlah aman damai tak dengar apa... gila sunyi..siap kul 9 dah tidoq!!! nasib semua anak-anak pun senang tidoq due to letih... hahahaha...toilet?? hahahahaa.. nature kot!!! dah macam zaman 40-an di Malaysia dulu... hahahhaa... ni sebahagian gambar nyer..
bot yang membawa kami ke pulau tersebut.. |
balik kampung mak!!! |
inilah teksi yang bawak kami ke chalet tersebut..ko penah naik kat M'sia??? hahahaha.. |
Kak Yati... orang kampung yg kelolakan pelancong yang melawat ke pulau tersebut. masakan mmg sedap!! |
sedikit pemandangan chalet! |
suasana sekeliling.. tenang sebab time ni 'air mati' |
No comments:
Post a Comment