Monday, April 14, 2014

Resepi Apam Balik Ikut Suka Hati

haaa.. kali ni..jom cuba buat apam balik pulak..
buat sendiri senang... tak cantik lagu mana pun... telan masuk perut gak...
nak boh jagung byk mana pun boleh..nak tambah cheese?? free jaa...boh laa byk mana pun...
sumber ni i cilok dari FB akak Nora Hashim III 
senang je nihh !!!

Bahan nyer: -

2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.

Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.

Tuesday, March 18, 2014

Bergumbira mengisi perut di Pasar Ikan a.ka. Manhattan Fish Market..

Ho..Ho..Ho...marilah kita berjima-jimba di hari Jumaat... 
disebabkan lama tak outing ngan geng opis.. balik-balik hari Jumaat je... asyiklah merantau ke KOMTAR..so agaklah bosan di situ... so ada laa geng yang p mengusha goupon.my and nampak this food...only RM49... so...jadik laa...janji p makan tempat jauh skit...

so trus la ahkak book 5 skali just... masing-masing perasan perut tong sampah...huhuhuuu
dia ada 2 pilihan dan disebabkan sifat tamak menguasai diri... dua-dua pilihan aku beli... kata tamak!! last-last... bawak laa balik...bukan balik opis...sampai bawak balik rumah skali, wokeh!!! so usha pic dah laa.... klu nak try sila godek-godek Groupon



should try laa... tp aku rasa macam muak skit..



makan kat Market Ikan

sampah sarap...geng lain memang makan...aku sapu skit-skit je..


geng makan kat opis... keje nyer makan aja...ko ckp nak makan apa...ajak je depa ni!
tp hat ujung pakai tdg biru tu, tak makan sangat...DIET kekdahnyer... Puihh!!!



yang ni memang sodappp......cheese die tu yang best!

ni platter nyer..main course.. yang ni seafood grill

ini adalah ahli jemaah pada hari tersebut..


so next time.. kita usha lagi groupon kot ada yang best lagi...
aku ada 1 lagi blom redeem iaitu...ayamas!!!!





Monday, March 10, 2014

Perangi Denggi

Monday morning,

hari ni, kita sembang pasal denggi. ini pun sebab baru terbuka hati nak sertai kempen #cukup setakat samson

first time baca aku ingat penyanyi kumpulan samson yang kene denggi. ooo rupa nyer pegawai Astro Awani (penyunting visual) yang meninggal disebabkan denggi.
memang banyak kes denggi didengari kebelakangan ini terutama di KL/Selangor. kes paling orang tau..sure Samsul Yusof yang pergi akad nikah dengan drip ditangan dan selesai majlis akad trus patah balik ke hospital. betapa sedih tengok keadaan macam tu.. so aku nak kongsi skit bab denggi sebab kempen ni pun aku buat kat opis.. kesedaran untuk semua kakitangan.. baik tahu sebelum kena kan?

apa itu denggi?
ia disebabkan oleh Virus Denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes(nyamuk belang-belang hitam putih tuuu). anggaran 100 juta kes setiap tahun di serata dunia... banyak wehhh)

Tanda & Gejala Denggi
 semua tanda ini hanya akan dikesan selepas 5 ke 6 hari selepas gigitan nyamuk. tanda yang perlu kita perhatikan ialah: -

  • demam panas
  • sakit kepala
  • sakit tulang belakang dan sendi
  • loya dan muntah
  • sakit biji mata dan
  • ruam

terdapat 2 jenis deman denggi iaitu: -

  • denggi biasa
  • denggi berdarah.
denggi berdarah lebih berbahaya dan tanda jika terkena denggi berdarah ialah: -

  • mudah lebam
  • pendarahan dibawah kulit, hidung dan gusi
  • boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Cara untuk mencegah denggi

  1. memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  2. membuang bekas yang boleh menakung air
  3. pastikan tangki air ditutup
  4. pastikan pasu bunga, bekas tadahan air dibuang seminggu sekali
  5. pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  6. membela ikan di dalam kolam untuk mengurangkan jentik-jentik
  7. menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  8. mengambil langkah melindungi diri dari gigitan nyamuk
  9. tingkap pintu sentiasa ditutup terutama waktu pagi dan senja
  10. memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
so itu tanda-tanda untuk denggi dan cara mencegah... eh! korang duduk bandar metropolitan... takde nyamuk yea...JANGAN SOMBONG! banyak kot kes semua kat KL tu.. metropolitan kan?? nyamuk dia tak heran kot duduk di mana.. aku di tingkat 15 pun ada nyamuk... so tak salah kita mencegah dari nak rawat... betul tak? tak salahkan hujung minggu, amik masa tengok kawasan sekeliling kita..

so marilah sokong kempen #cukup setakat samson 
dan marilah kita sama-sama menyedarkan sesama kita berkenaan bahaya denggi...