Monday, March 10, 2014

Perangi Denggi

Monday morning,

hari ni, kita sembang pasal denggi. ini pun sebab baru terbuka hati nak sertai kempen #cukup setakat samson

first time baca aku ingat penyanyi kumpulan samson yang kene denggi. ooo rupa nyer pegawai Astro Awani (penyunting visual) yang meninggal disebabkan denggi.
memang banyak kes denggi didengari kebelakangan ini terutama di KL/Selangor. kes paling orang tau..sure Samsul Yusof yang pergi akad nikah dengan drip ditangan dan selesai majlis akad trus patah balik ke hospital. betapa sedih tengok keadaan macam tu.. so aku nak kongsi skit bab denggi sebab kempen ni pun aku buat kat opis.. kesedaran untuk semua kakitangan.. baik tahu sebelum kena kan?

apa itu denggi?
ia disebabkan oleh Virus Denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes(nyamuk belang-belang hitam putih tuuu). anggaran 100 juta kes setiap tahun di serata dunia... banyak wehhh)

Tanda & Gejala Denggi
 semua tanda ini hanya akan dikesan selepas 5 ke 6 hari selepas gigitan nyamuk. tanda yang perlu kita perhatikan ialah: -

  • demam panas
  • sakit kepala
  • sakit tulang belakang dan sendi
  • loya dan muntah
  • sakit biji mata dan
  • ruam

terdapat 2 jenis deman denggi iaitu: -

  • denggi biasa
  • denggi berdarah.
denggi berdarah lebih berbahaya dan tanda jika terkena denggi berdarah ialah: -

  • mudah lebam
  • pendarahan dibawah kulit, hidung dan gusi
  • boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Cara untuk mencegah denggi

  1. memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  2. membuang bekas yang boleh menakung air
  3. pastikan tangki air ditutup
  4. pastikan pasu bunga, bekas tadahan air dibuang seminggu sekali
  5. pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  6. membela ikan di dalam kolam untuk mengurangkan jentik-jentik
  7. menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  8. mengambil langkah melindungi diri dari gigitan nyamuk
  9. tingkap pintu sentiasa ditutup terutama waktu pagi dan senja
  10. memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
so itu tanda-tanda untuk denggi dan cara mencegah... eh! korang duduk bandar metropolitan... takde nyamuk yea...JANGAN SOMBONG! banyak kot kes semua kat KL tu.. metropolitan kan?? nyamuk dia tak heran kot duduk di mana.. aku di tingkat 15 pun ada nyamuk... so tak salah kita mencegah dari nak rawat... betul tak? tak salahkan hujung minggu, amik masa tengok kawasan sekeliling kita..

so marilah sokong kempen #cukup setakat samson 
dan marilah kita sama-sama menyedarkan sesama kita berkenaan bahaya denggi...




No comments:

Post a Comment