Sunday, March 9, 2014

#Pray fot MH370

As salam...
hari ni dah masuk hari kedua, usaha mencari & menyelamat penumpang MH 370.
seriyes, on that day dengar pasal ni, mcm tak bape nak terkesan dihati but when come to the night and news still update the headline, trus rs sebak..macam tak percaya semua boleh berlaku kat M'sia..

baca setiap kronologi yang di'up'kan dalam Awani.. dan juga status yang di'up'kan dalam FB, memang yang dalam FB tu paling menyakitkan hati. baru realize.. byk sungguh warga M'sia yang berkebolehan & berkemampuan menjadi wartawan. (pas ni ble laa hantaq depa-depa ni p buat liputan kat syria, afganistan..mana lg yg dok bergolak... hantar depa ni je!) susah betoi nak percaya yang dalam FB ni..

semua orang boleh bagi pendapat tapi jangan lah yang SANGAT BANGANG!! okehhh!!! selamilah hati para keluarga mangsa yang terlibat. kita tak berada di dalam situasi itu. sebarang komen jika benar sekalipun.. biarlah pihak yang berwajib yang menyebarkan nya dulu. ko kalau teringin nak jadi yang PERTAMA update status pun.. agak-agak lah!! tetambah yang ada banyak follower tu.. pls! jgn update suka hati.. kasihanilah keluarga mangsa-mangsa ini.

kejadian ini pun boleh mungkin Allah turunkan untuk menyedarkan kita mengenai sesuatu yang kita abaikan atau lupa.. juga sebagai satu tanda penyatuan manusia dari seluruh negara tanpa mengira agama.. itu pun terbaik juga...tak de laa asyik gado je kan.. kita tengok semua orang berkongsi dan berdoa pada benda yang sama walau kepercayaan yang berlainan. itu menunjukkan kita masih ada sifat kasihan di dalam hati masing-masing. harap penyatuan ini akan kekal walau tiada insiden yang berlaku.

so hentikan andaian anda yang tak munasabah. kalau teringin update status TERHANGAT, please apply to be a 'legal reporter'... nnt stesen mana buat interview pergi la cuba.. kot-kot bakat awak-awak dikesan... pastu baru update status TOP KEBABOOM yea.. sekarang apa pun tak dak kan?? sila dok diam-diam dan sama-sama kita berdoa agar misteri kehilangan MH 370 ini terjawap. walau apa pun kemungkinan yang bakal berlaku, sama ada baik atau buruk.. lets' us pray for them!!! semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa kita..

PRAY FOR MH370



sama-sama kita doakan yang terbaik! Amen!

No comments:

Post a Comment