Monday, June 29, 2015

Resepi Parpu Teloq

haa... kali ni 'parking' dulu resepi ni...
aku pun tak penah buat. tp dengaq orang penang kata sedap.
apa pun.. kita salin dulu.. nnt kita buat..

ni copy en. Rizalman punya resepi. pak hincik tu masak macam sedap ja... tangan menjadi nih!!

Resipi Parpu Teloq Tomeh Daghat
Saya masak main agak2 ja, kuantiti lebih koghang jugak. Cara dia macam ni naaa
Rebuih parpu 5 genggam sampai setengah empuk,bila nak empuk bubuh pulak ubi mengala dalam 5 bijik jugak dan keghat dua atau empat bergantung kepada besaqnya mulut hangpa semua. Lepaih dah nak empuk ubi tu... 
Bubuh pulak bawang merah dgn bwg putih,jintan putih dan maneh dan sedikit halia dlm besaq ibu jari yang dah ditumbuk ke dalam pegheyok. Masukkan seghebok kunyit dan kacau bagi depa raksi. Masuk pulak santan.. 
Dan peselow api, lepaih masuk teloq dalam 8 bijik, kalau hanpa hantu teloq, buh banyak sikit( jgn pi kentot dalam masjid sudah). Bagi dia mendidih dengan api yang det det det( nanti teloq pecah.. Kuah jadi likat). 
Dalam kuali asing goreng bawah merah, biji sawi, daun karapole dgn minyak banyak sampai nak2 garing tu... 
Terap ataih kuah parpu tadi, tutup api dan tutup tudong pegheyok dan jangan lupa pakai‪#‎naelofarhijab‬ untuk tudung kepala anda dari minyak yang meghecik masa tomeh darat.
Bila dengaq oghang bang maghrib, hanpa pun bolehlah mentekedaghah‪#‎daridapurrizalman‬

Wednesday, April 22, 2015

Resepi Ayam Harum Thai


simpan dulu...buat kemudian... bahan tak cukup tak sedap... betoi dak!!!!!
tp menggiurkan betoi... cepat laaa pegi beli bahan masak!!!



Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai) ambe pun
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah) - ambe guna hijau je
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Sumber : Resepi Orang Kampung

Tuesday, April 21, 2015

Sakura Mask by Seqy Beauty

Saya #agensah Seqy Beauty kawasan Alor Setar.

ni produk paling masyuk skali. yang memudahkan kerja semua orang untuk make sure kulit muka lembap sentiasa. hhihihiiii




khasiat mask ni.. yang customer dok suka sangat-sangat tu..sebab..........

"Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract  dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum."

Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal

Ingredients :
  
Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin

Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)

atau

2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.

*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.


saya tak pakai cream malam..so saya pakai laa sakura ni 1 minggu 2- 3 kali....

Harga: RM110
berminat boleh wasap 0134288028 / 01129911090
pos seluruh malaysia..