Friday, October 31, 2014

Pendaftaran Perniagaan

Assalam..hola! tora muncul lagi...
haaaa..kali ni muncul terus update pasal perniagaan...bukan nyer apa... semua nya sebab ini...




kalut-kalut.....bukan apa..disebabkan GST akan dikenakan next year kan....so semua benda perlu diupdate untuk elakkan GST.. kalau tak kena saman..RM5000.00  weh...ko ingat skit ke? hoi...sebulan gaji pun tak cukup hokey!!!! mana mau cekup klu kena denda!! tak mo-takmo..

aku pulak dah laa suka menjuai-juai kan.. walaupun hanya shit-shit chicken shit .. tapi still dapat laa jugak menikmati hasil jualan itu...so disebabkan aku rasa, aku masih mahu meneruskan jugak jualan ala shit shit chicken shit ni, baiklah aku mendaftar je laa untuk syarikat aku ni.. so mari elakkan dari disaman tak tentu pasal. daftar jelah...

so membacalah aku tentang penubuhan syarikat. macam kan nak mendaftar syarikat yang besar kekdahnye..hahahhaaa..padahal keceput je pun....so setelah dibaca skit-skit..dan nak meniaga pun suka-suka jek (kena start meniaga ni sebab angan-angan nak resign umur 40) so amik je laa langkah ni.. mula dari skit-skit kan...  


Pemilikan Tunggal (Enterprise) 

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasuk rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

http://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam.html

so inilah yang aku pilih. semoga niat aku untuk resign ikut target dipermudahkan dengan adanya pemilikkan ini. harap akan terus bersemangat menjuai apa yang boleh dijuai di masa akan datang..

Ameen - doakan yang terbaik !!





Tuesday, October 7, 2014

Hari Raya Aidil Adha





assalam, masih mood Raya Qurban kan? so selamat hari raya Qurban.

1st time pak encek buat korban tahun ni.. so raya haku ni agak meriah sebabnyer nak kene laa melapah lembu setelah siap disembelih.. hahhaha.. 1st  time jugek cheq a.k.a mem besaq ni turun ke masjid melapah dan bergotong-royong dalam melaksanakan ibadah qurban ni.. insyallah.. pas ni giliran mem plak lah... doakan lah... ameen!

eh! bukan nak citer pasal pak encek berkorban.. nak citer pasal sambutan raya qurban. jeles haku tgk betapa berwarna-warni nya pakaian orang keliling time raya qurban ni. sebab aku pakai pakaian biasa je.. tak de pulak membeli baju baru. kuih raya pun tak dak. kalau tk buat qurban, rasa nya, ada nasi tomato/ayam/daging ja kot kat atas meja ni.. untuk makan di masa raya... hihihihi... kuih raya memang NONE lah! bila tgk orang lain nyer sambutan... uishhhh...meriah betoi...

orang kata kat tganu sambutan nyer meriah! tapi haku tak penah raya haji di sana so tak ble nak komen. mungkin pas ni ada peluang raya sana kot. 

yang pasti sup gear box seperiuk siap di masak pagi tu... untuk hidangan sessi keluarga saja.. hahahaha... dan juga gulai tulang batang pisang di hari kedua.. juga untuk santapan keluarga.. ketupat? lemang? memang tak de.. sadis sungguh.. bila mai balik opis baru teringat... hahahahhahahaa.....

jom cr lemang jom!!!






Friday, October 3, 2014

Kek Coklat

holaaaa...dah Jumaat.... 

dari last week craving for home-made choco cake and at last beli jugak (kirim dari kawan office) on wed... and TODAY BERJAYA habis kan jugak choc cake ni... hahahahaaa.. hebat tak?? cake nyer sebesar ini..



besaq dak cake cheq??? hahahhaha...lambat tul nak abiskan kek ni sebab aku bukan peminat tegar kek... hahahaha this time mmg craving gilaa...so rasa macam kejayaan besar dapat habiskan sendiri (tanpa share sesudu pun dgn kawan-kawan) sebekas kek ni.. rasa nyer boleh tahan setahun kot nak craving for cake lagi... huhuhuuu...
bagus cheq!!

so kita tgk...next!! craving for what type of food pulak erk!!!

JOM BALIK KAMPUNG!





Wednesday, October 1, 2014

Hari Raya Qurban

as salam... haaa cik tora muncul pulak... lama dok betapa dalam gua.. arini baru kluaq sat, hirup udara segar... hohohooo...

eh! dah tak lama kan nak raya Haji kan? syukur kali ni raya nyer jatuh di hari Ahad.. bermakna cuti bersambung lagi ke hari Isnin..kalau idak.. hari raya Qurban aku akan berlangsung seperti hari-hari biasa, cuma nyer pagi bangun untuk solat sunat sahaja.. sajian raya? memang nan ado! memang macam hari biasa cuma nyer, lunch menu agak 'heavy' skit dari hari biasa...

so untuk tahun ni jugak, en. laki berhajat nak buat qurban.. al-makulm tak penah buat sejak hampir 12 tahun bekerja (gila tak de erti bersyukur betoi).. nasib tahun ni tetiba semangat islamik en. laki agak tebal (faktor umur, mungkin) so dapat laa tunaikan hajat ni walau last minit br menempah bahagian nya.

so marilah kita 'melapah' tahun ni dan berdoa agar ibadat ini diterima olehNYA.

haaaa...aku menulis pasal qurban ni bukan nyer apa... tadi ada melawat kat blog 'blogger terkenal'  dianaishak.com. cerita pasal adat-adat menjalankan ibadah qurban yang ditulis oleh rakan nya.

memang betul la...apa kes nak pulak paksa si binatang tu nak ngadap qiblat selepas selesai di toreh  nyer pisau ke leher nya.. kan ke baik sebelum tu lagi ko posisi kan kedudukan dia ke arah yang betul? tak baik kot nyeksa dia macam tu.. apa pun betul la kata di penulis tu.. aku setuju sangat-sangat ok.. jaga lah adab-adab bila berhadapan dengan makhluk Allah tu. dia pun ada perasaan.. 

even aku ni pun... nak kena melapah sendiri si lembu tu nanti... harus dari hari en. laki buat bayaran aku dah plan... nak pergi nanti time semua lembu sudah disembelih dan ditempatkan di khemah masing-masing.. gila tak sanggup aku nak tengok lembu tu kena sembelih.. kesian dia... memang laa dia yang nak menjadi haiwan tunggangan di akhirat kelak. tapi aku masih tak sanggup nak tengok... kalau tengok aku rasa daging dia aku tak makan... huhuhu... so marilah kita mengatur strategi untuk menggelakkan diri dari tengok ibadah qurban itu. lepas selesai.. baru kita masuk khemah tu yea... hihihii..

so kepada sesiapa yang menjadi petugas untuk menyembelih binatang qurban ni, sila la baca blog diana tu dan jaga laa adab-adab ketika menjalankan ibadah tersebut.