as salam... haaa cik tora muncul pulak... lama dok betapa dalam gua.. arini baru kluaq sat, hirup udara segar... hohohooo...
eh! dah tak lama kan nak raya Haji kan? syukur kali ni raya nyer jatuh di hari Ahad.. bermakna cuti bersambung lagi ke hari Isnin..kalau idak.. hari raya Qurban aku akan berlangsung seperti hari-hari biasa, cuma nyer pagi bangun untuk solat sunat sahaja.. sajian raya? memang nan ado! memang macam hari biasa cuma nyer, lunch menu agak 'heavy' skit dari hari biasa...
so untuk tahun ni jugak, en. laki berhajat nak buat qurban.. al-makulm tak penah buat sejak hampir 12 tahun bekerja (gila tak de erti bersyukur betoi).. nasib tahun ni tetiba semangat islamik en. laki agak tebal (faktor umur, mungkin) so dapat laa tunaikan hajat ni walau last minit br menempah bahagian nya.
so marilah kita 'melapah' tahun ni dan berdoa agar ibadat ini diterima olehNYA.
haaaa...aku menulis pasal qurban ni bukan nyer apa... tadi ada melawat kat blog 'blogger terkenal' dianaishak.com. cerita pasal adat-adat menjalankan ibadah qurban yang ditulis oleh rakan nya.
memang betul la...apa kes nak pulak paksa si binatang tu nak ngadap qiblat selepas selesai di toreh nyer pisau ke leher nya.. kan ke baik sebelum tu lagi ko posisi kan kedudukan dia ke arah yang betul? tak baik kot nyeksa dia macam tu.. apa pun betul la kata di penulis tu.. aku setuju sangat-sangat ok.. jaga lah adab-adab bila berhadapan dengan makhluk Allah tu. dia pun ada perasaan..
even aku ni pun... nak kena melapah sendiri si lembu tu nanti... harus dari hari en. laki buat bayaran aku dah plan... nak pergi nanti time semua lembu sudah disembelih dan ditempatkan di khemah masing-masing.. gila tak sanggup aku nak tengok lembu tu kena sembelih.. kesian dia... memang laa dia yang nak menjadi haiwan tunggangan di akhirat kelak. tapi aku masih tak sanggup nak tengok... kalau tengok aku rasa daging dia aku tak makan... huhuhu... so marilah kita mengatur strategi untuk menggelakkan diri dari tengok ibadah qurban itu. lepas selesai.. baru kita masuk khemah tu yea... hihihii..
so kepada sesiapa yang menjadi petugas untuk menyembelih binatang qurban ni, sila la baca blog diana tu dan jaga laa adab-adab ketika menjalankan ibadah tersebut.
No comments:
Post a Comment