Friday, October 31, 2014

Pendaftaran Perniagaan

Assalam..hola! tora muncul lagi...
haaaa..kali ni muncul terus update pasal perniagaan...bukan nyer apa... semua nya sebab ini...




kalut-kalut.....bukan apa..disebabkan GST akan dikenakan next year kan....so semua benda perlu diupdate untuk elakkan GST.. kalau tak kena saman..RM5000.00  weh...ko ingat skit ke? hoi...sebulan gaji pun tak cukup hokey!!!! mana mau cekup klu kena denda!! tak mo-takmo..

aku pulak dah laa suka menjuai-juai kan.. walaupun hanya shit-shit chicken shit .. tapi still dapat laa jugak menikmati hasil jualan itu...so disebabkan aku rasa, aku masih mahu meneruskan jugak jualan ala shit shit chicken shit ni, baiklah aku mendaftar je laa untuk syarikat aku ni.. so mari elakkan dari disaman tak tentu pasal. daftar jelah...

so membacalah aku tentang penubuhan syarikat. macam kan nak mendaftar syarikat yang besar kekdahnye..hahahhaaa..padahal keceput je pun....so setelah dibaca skit-skit..dan nak meniaga pun suka-suka jek (kena start meniaga ni sebab angan-angan nak resign umur 40) so amik je laa langkah ni.. mula dari skit-skit kan...  


Pemilikan Tunggal (Enterprise) 

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasuk rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

http://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam.html

so inilah yang aku pilih. semoga niat aku untuk resign ikut target dipermudahkan dengan adanya pemilikkan ini. harap akan terus bersemangat menjuai apa yang boleh dijuai di masa akan datang..

Ameen - doakan yang terbaik !!





No comments:

Post a Comment