Friday, October 23, 2015

Greenaard - Testing



As salam...

Hokeyyy... sekarang saya sedang mencuba produk GreenAard untuk percubaan menurunkan berat badan saya ke berat ideal. please check your weight using BMI standard to get your ideal weight..

Huishhhhhhhhhhh.....banyak niiiii..... nak kena turun..semata-mata nak dapat berat ideal. 
Reason saya try produk ni... ialah untuk mendapatkan berat ideal saya... tak kurus dan tak juga chubby.. just for my own health...

so, ini merupakan hari ke-2 mencuba produk ni...  so tak ble komen banyak... so mari tunggu entry berikutnya.. apa yang berlaku... berkesan ke tak? ok !!





bertemu lagik !!!




Monday, October 19, 2015

Resepi Mee Kari


As salam, weekend lepas (semalam) try buat mee kari sebabbbbb...teringin sangat nak buat sendiri...so gigihlah ke pasar pagi Jumaat sebelum masuk opis... grab ini, grab itu... zasss... balik opis... dengan angan-angan, esok boleh makan mee kari...

so kita google resepi kak Ita, akak yang mencurahkan ilmu dan respi yang sedap-sedap. Insyallah, kalau ikut betul-betul memang sedap...

so ini yang saya cuba. tp memang konfem resepi dan bahan saya ada yang murtad sikit.. hihihi... but still sedap.

meh cuba resepi ni: -

Ini hasil air tangan saya time breakfast. sebab kuah dah buat malam sebelumnya!



STOCK AYAM 

2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa

Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.

Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti


CHILI OIL / SAMBAL

15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus 
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan

Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee


KUAH MEE

2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar

Bahan Lain

10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon


Cara-cara: 
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang,  dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna 

Nota kak Ita:"Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar"

Nota saya: saya hanya makan dengan mee saja.

Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur
jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power!


haaa...macam tu lah caranya... tapi memang sedap walau makan dengan mee saja pun.. janji kuah mee kari memang marveles!!

Cuba tau !!! 

thanks to Kak Ita sebab share resepi yang sangatttttt sedap!!

Friday, October 16, 2015

Laksa Penang versi Rizalman Pereka Fesyen....


Assalam....arini jengoi sebab nak share resepi laksa versi Rizalman.. pun amik dari FB tuan Rizalman ni...

nak try buat pesyen ni sebab dengaq kabaq...sedapp baghang!!!

jom tengok apa dia boh dalam laksa dia..





tp sebelom tu, Rizalman pesan :" Sebelom masak tanamkan niat untuk jamu oghang makan, baca alam nasyroh dan selawat banyak2 bagi jadi apa yang nak buat. "

bahan-bahan: -


  1. bawang merah, bawang putih, bawang besaq
  2. cabai kering di mesin (pakai ikut nak pedaih tara mana laa..)
  3. belacan dibakar, cabai melaka bg pedaih lagi klu nak
  4. ikan temenung fresh (nak pekat byk ler ikan)
  5. 1 tin kecik ikan sardin
  6. asam gelugoq ( 5 6 keping)
  7. 1/2 biji nenas
  8. gula melaka
  9. daum kesom/cenohom (bagi naik bau)
  10. bunga kantan

caranya: -

  1. sughoh maid kupaih bawang, sebab benda paling segan nak buat. Mishin cabai kering, belacan,cabai melaka dan semua bawang2( tak tepi dulu). cheq tak dak maid..so buat sendiri laa semua :d
  2. Sebelum tu,  rebuih ikan temenung, untuk sukatan ni dalam 30 ekoq. Rebuih sekali dengan asam gelugoq dalam lima nam kepin. Sejat naik ikan dan seghedak dia. Ayaq rebuih TOLONG jangan lempaq buang!. Sughuh maid lagi sekali perisi ikan tu( pun segan nak buat part tu). 
  3. Asingkan isi dan tulang2 semua ( letak tepi dulu). Hang bagi didih balik ayaq rebuih ikan tadi dan bubuh bahan2 yang di mishin tadi semua sekali ghumm dalam pegheyok. 
  4. Isi ikan dimishin bagi haluih dan bubuh satu tin sardin juga dimishin. Tulang2 ikan juga dimishin haluih dan ditapeh ayaq dia sebelum masuk pegheyok. 
  5. Nangnaih juga dimishin bersama asam gelugoq yang dah kembang masa rebuih dgn ikan tadi( resepi laksa banyak pakai blender sunguh).Batang nangnaih pun hang buh skali.
  6. Bubuh pulak lagi ayaq asam jawa dan ayaq gula melaka pekat. 
  7. Keghat bunga kantan belah dua dan lempaq masuk dengan daun cenohom sekali. Kacau dan ghasa. Kalau ada apa koghang hang tambah la sendighi.. Laksa sedap kalau kuah dia kita biaq semalaman. 


Tapi nampak gaya macam nak makan la ni ja?? #daridapurrizalman


terima kasih tuan rizalman !!!!! semoga terus murah rezeki tuan...