Friday, December 4, 2020

Business Baru..

 Assalam,  

Just nak annouce kan, ahkak ada menjual barangan berupa aromaterapi jenama SUTRA. 100% milik Bumiputera dan memiliki kilang di Masjid Tanah, Melaka.


Ahkak juga ada menjual baju batik kaftan a.k.a kelawar. Murah-murah je ahkak jual. 


Meh le support ahkak kat shopee. Tengok muka akak pakai baju pepel tu, betoi laa kedai kakak.

https://shopee.com.my/rizsonestop




kalau nak mencari kaften, jengok yea.. support ahkak yea...

Thursday, December 3, 2020

Lupa Hari ke berapa PKP

 Assalam semua...

Hari tu akak azam nak menulis dengan tertib mengikut turutan. Tapi nampak gaya, janji tinggal janji. Susah nak istiqamah kan.. kena pulak anak-anak berada di rumah, dan mak dan bapak nya WFH.. oiii mencabar kita!! tengah buat kerja.. anak nak makan, bapak naik air, time mak WFH semua tak reti nak mengambil air makan sendiri.. pening mak.

Sekarang mak pun dah lost track hari ke berapa berkurung di rumah.. sampai hari apa pun kekadang dah lost. doakan tak terus hilang.. huhu.. orang lain serupa ke macam mana??

Wednesday, July 15, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah Anak-Anak!

Ho ho....

Hari ni, 1st day anak anak kembali ke sekolah selepas stranded kat rumah dekat 4 bulan. So hari ni, yang besaq-besaq dah masuk sekolah. Lega dah hati mak. Baru laa anak-anak ku belajar elok sikit. Kalau kat rumah, ikut angin dia masuk kelas online pepagi tu. Mak kalut je time pagi, dia pun buat longlai tak masuk kelas. Hoiii!! Hangin aku! Jenis mak tak memetir pepagi, tak masuk kelas. tapi nasib homework buat.

Yang sekolah rendah nasib baik tak de online class. kalau tidak naya mak ni..sebab mak pun kalut ke opis. Memang confirm kehadiran anak aku '0' kalau buat online kelas ni. Homework pun mak balik keja, malam la baru nak guide anak dengan homework. Tak pe laa sekolah rendah. Yang sekolah menengah ni..akal panjang bak lirik lagu Dato Siti - 7 Nasihat.....

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Nak dilenturnya buluh
Biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka
'Kan terjaga akhlaknya

Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka
Sebelum kenal dunia
Habis main di tanah
Sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah

Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang
Sebab tu mak rasa kembali ke sekolah lebih baik...tapi dia buat jugak akal. Malas nak order menu makanan time rehat. Dah mengagau bawak biskut ke sekolah. Tak paham mak ni! Orang dah sedia menu pun cekadak banyak. Kalau mak ni.. aku order je! Dah laa makan dalam kelas kan..berhantar pulak tu. Sikit punya senang orang dah kasi. Masih tak nak order...

Kita tengok berapa lama dia bertahan bawak biskut tu. Pening mak ! Dah tu balik rumah menggelupur lapar. nasi lemak 3 bungkus dibedal belum kira nasi dalam periuk lagi.. Serius mak pelik... wait & see yea...
So selamat kembali bertugas kepada semua ibu-ibu. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan semua hal yang dipertanggungjawabkan...




Wednesday, June 17, 2020

Peminat Lee Min Ho!

writing....



Yea, akak peminat Lee Min Ho.. akak start tengok time drama Boys Over Flowers.. dan seterusnya, mesti tengok.. dan jugak godek drama apa lagi dia berlakon mesti layanzz... walau ramai muncul, LMH memang tak boleh bawak bincang. Ada lagi yang tak ble bawa bincang..tp LMH jugak la..teratas...

Latest drama, The King Eternal Monarch.
haish..memang helok laa...dia ni karisma bley tahan..suka pakai kot besaq-besaq macam citer 'Matrix'. penampilan kemas..yang pasti akak suka sebab dia muka masam..tapi bila tenung...cair...hahahha..
akak memang suka orang macam ni. hemsem walau masam.. nak tegoq pun takut.. memang taste akak laa ni..sekali senyum..adoi laa cair bah! 


laki akak pun macam ni la...memang sejenis muka tak dak senyum. kekadang akak pun pelik macam mana laa bercakap dengan orang pun jenis muka tak dak expression.. tapi itu laa laki akak..

berbalik pada citer TKEM ni, mula 1st-9th episode, memang hang rasa macam nak tidoq. tapi sebab Min Ho, akak buka mata dan tak skip citer, ok! Nampak gigih bagaimana... tapi start episode 10, akak stop kejap. tunggu sampai final episode, baru marathon semata-mata nak fefeeling tengok LMH... haish...




 Walau citer ni agak pening nak pikir, masuk dunia ni, keluar dunia tu, tapi time pokok buluh tu, akak suka...lawa..

 comei laaa depa ni...



ending citer, ok laa... tak de aaa best sangat tapi start episode 10 tu syiok, time dia dok cari pak menakan dia tu..hat ni berdebar tengok. rasa nye ni baru kemuncak drama ni.




Sinopsis citer, korang g tengok la..paling utama Lee Min Ho makin hemsem. lepas abis  program ketenteraan dia.. makin elok, muka pun dah makin steady....
dah malas laa citer. pegi laa tengok sana...

yea, akak tak brapa suka aktor korea muda-muda. nampak benor ubah wajah gila sampai kalah muka pompuan sejati. belom lagi tengok bibir..yang lelaki tu...kalau amik poster, dah akak tengok macam pompuan..betoi anak ikan ... hahahaha...

Monday, June 15, 2020

Tunggakan Birthdays Celebration

Pagiii...jam 9.47 pagi Isnin bersamaan 15 Jun 2020.

Hujung minggu lepas, setelah Abah PM kita bagi kelonggaran melepasi sempadan negeri, akak pun cargas bagi umah mak akak... setelah hampir 2 bulan tak tengok mak secara depan-depan, tercapai hajat. Mak akak dah kurus sangat tapi daya bertahan kuat lagi.. Kenapa tak tengok 2 bulan, kan ke PKP dah masuk 3 bulan plus? Yea, akak ada membuat lintasan negeri bulan Mac ritu, dizaman kegawatan, kekalutan dan kawalan kepolisian diserata pelusuk negeri, akak dengan ketakutan nya merentasi jugak sempadan negeri untuk menjaga emak akak yang suddenly dimasukkan ke hospital. Hampir 2 minggu jugak mak akak masuk spital. akak sempat laa meneman 1 minggu sebab menteri kawalan keselamatan umah akak lepas balik seminggu. sebab tu akak tak jumpa mak akak hampir 2 bulan... lama kali ni..walau 2 bulan..

So lepas Abah PM kasi balik, kita cargas balik ke Alor Setar. Yuhuuuu...malam Jumaat 13hb bertolak balik lepas kerjaan siap. Plan balik dah susun, nak makan nasi minyak gulai daging Terengganu-akak merap kak ipar masak. Then plan untuk buat birthday celebration utk adik dan join skali laa..yang siapa belum celebrate. Bukan apa..untuk ceriakan suasana.


so Sabtu, akak melepak aja sebab dah ragging akak ipar masak menu lunch.. cover sebab tak balik raya di Terengganu, so ragging akak ipar untuk masakan. buat jugak ayam masak merah dan sambal belacan pedas nak mampos pakaii cili habanero, dengan acar campur krup krap..lepas gian akak..

adoi sedap.

Hari Ahad, plan masak sup gearbox sama bihun sup dan nasi..ini menu mak request tapi misi mencari kaki lembu itu, sangat susah. Bukan akak cari, adik beradik akak yang cari. Merebus laa dari jam 9 pagi hingga kul 3, baru gearbox cantik untuk di kekah. Settle lunch akak plan beli kek send by grab food ja... cari kek Baskin Robbin tapi malangnya chiller rosak. tak pulak dijual kek untuk 2 hari tu. terpaksa laa membeli kek dari Secret Recipe. Kek pilihan ialah Creme Brulee...

sedap oii..
kita sambut untuk Mak-Mac, Alya-April, Aah-Jun, terlupa sorang Yana-Feb.
semua celebration untuk mereka yang birthday di musim MCO. ingat aritu plan sebelum MCO nak ajak makan ditempat-tempat istimewa. disebabkan MCO kita celebrate kat rumah je la..dengan menu istimewa Sup GearBox. Nanti kita plan makan-makan diluar yea. Bagi reda covid19 dulu.

apa pun minggu ni craving satisfied!! nyum nyum...










Sunday, June 14, 2020

Seqy Beauty

Semalam 13/6, akak join zoom meeting dengan new team SeqyBeauty.

New setup group untuk boomkan  jualan dan kembali ke track asal as seller.  Akak memang menuju ke lautan dalam bagi sesi online selling ni.. so kembali semula ke team. harap semangat menjuai kembali dipupuk ke dalam diri akak..

Welcome Back Seqy Team.


Tuesday, June 2, 2020

Menu Tunggakan Anniversary

Menu Anniversary kita bagi tahun 2020!!
Beli dan masak sendiri..
kul 11.30 baru decide nak beli dan nak masak..
menu paling mudah- stim limau follow resepi yatiekitchen(ig)

sebab wifey start puasa enam, maka rasa pun ala kadar. tetap syukur sebab dapat makan.. betul dak..

Lobster plus king crab!





Monday, June 1, 2020

Apa Jadi dengan Berat Badan Anda selepas Raya dan musim PKP

Salam Syawal ke 9 hari ni...

Ada sesiapa berpuasa? Yea, saya baru bermula pada Syawal ke 8, doakan saya istiqamah sehingga selesai puasa 6. lepas tu sambung la menghabiskan saki baki qada puasa yang masih berbaki. Haaa...time bulan puasa seronok tinggal kan.. sekarang, rasakan kenikmatan berpuasa.


Sepanjang musim PKP dan hari Raya ni, apa dah jadi dengan bentuk badan anda? adakah masih slim melim, boroi atau bagaimana?

Akak ni, takde rasa perubahan sebab badan dah start naik sejak setahun lepas. Istiqamah kontrol makan tak de.. cuma makan je...Eh tapi baju semua still padan, cuma bila ko naik ke penimbang tu.. kejap dia naik, kejap turun, dan kembali ke jarum asal lagi. dah macam mana ko nak rasa ko ada mengalami penurunan berat badan?

cer kasi solusi pada akak..

ke akak patut cuba ni




Wednesday, May 27, 2020

Menu Raya di rumah sendiri

Yes! Raya kali ni, memang merasa merancang menu raya sendiri.
selalu di rumah mak atau mertua, kita tolong memasak aja sebab plan menu telah disediakan. kita cuma bantu masak. kali ni, merempan laa bini tanya tok laki, menu apa nak makan di pagi raya. nak buat keputusan pun susah.

akak nak buat keja senang, 3 hari sebelum raya dah siap pesan & terima bahan mentah untuk masak. barang basah yang akak order, macam biasa selalu ada dirumah cuma tambah sikit serai, limau purut, santan etc la..

dan tetiba tok laki cakap suruh order satay untuk juadah raya ke-2. adeh..menggagau akak pun. nasib jumpa... kata duduk rumah sendiri, raya pun berempat, tetapi juadah raya plan sampai raya-3, ok!

menu raya pertama ialah : -

  1. mee sup perut ala Terengganu. Menggoogle laa akak. nasib menjadi...
  2. rendang ayam pedas plus masin( huahahahahaaa)
  3. ketupat palas (ori + jagung)
itu aja juadah di pagi raya-1.

raya 2, kita proceed dengan satay ayam yang diorder sebanyak 100 cucuk tapi terima 70 cucuk saja. rebus nasi impit untuk tambahan dan nasi mandy. nasi mandy di beri pada jiran dan guard . baru laa habis.

raya-3 kita masak menu biasa, lontong! ini licin sebab tok laki ambo memang suka menu lontong ni..dan juga nasi putih untuk budak2. settle day-3

macam tu lah menu raya kita di musim PKP ni.. lagi pun empat orang je nak makan. kuih muih pun ada 3 jenis, brownies tempah 1. cukup laa untuk isi perut. iye dak?

korang menu apa ja?

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 - musim PKPB

Selamat Hari Raya Semua..
Stay safe
Stay home

akak tak beraya ke mana kali ni.. betul-betul stay home..

so kepada yang berjalan beraya, jaga diri selalu.

Ucapan Aidilfitri

Monday, May 18, 2020

Muncul pulak!

Kah kah kah...

Muncul pulak lepas berminggu hilang. Kena kurung diknon! otak pun terkurung sekali.
Dalam bulan Ramadhan ni, memang berkurung teruk sebab pejabat pun tak pegi kan? Sambil mengenang nasib diri, lupa dah janji nak menulis merapu meraban kat sini. sebab nak meraban, nak kasi otak jalan skit.

so hari ni ramadhan ke 25 kan. Dah tak lama nak raya.. so apa yang dah siap? akak? hati tak siap lagi, rumah suku siap, baju siap!makanan dah plan apa nak masak. Hati tu kita tinggal tepi sebab hati akak memang tak siap tahun ni dan tahun-tahun mendatang. sebab tahun pertama raya tanpa insan bernama AYAH. kedua, tak dapat nak balik jengok MAK tapi kita jengok kot CCTV dan wasap je la.. boleh la.

tahun ni jugak tetiba terrajin nak pasang lampu raya di rumah. kah kah berbelas tahun duduk, tak terasa nak pasang, hikmah corona,panjat laa jugak grill rumah tu sebab nak bagi suasana raya.
so raya ni plan masak dan makan sendiri. satay dah pesan 100 cucuk, cukup laa habuan 4 perut nak makan , yea dok!

done bebel hari ni..

Sunday, May 17, 2020

The World Of Married

Sapa tengok citer ni?




Harre psyko gila mamat Lee Tae Oh gila ni. bengang plak aku tengok part last, siap boleh perasan nak balik kat ex-wife. hahahahaa mangkok tul..tak nak laa bebel banyak.. pegi layan je laa klu belum tengok.

tapi bagi akak, citer ni bagus untuk semua orang. korang amik pengajaran dari jalan citer. jangan ikut perangai setan tu.


  1. Yang belum kawin, nak try laki orang, selidik banyak..ko jangan main tangkap lentok ja. kang dah kawin, jadi macam si Da Kyung. perangai laki memang dah hantu macam tu kan.. susah nak ubah. yang nyata, engkau  ingat senang manusia nak berubah... sebelum dapat memang janji bulan bintang. nak pulak bini berpengaruh, si laki tiada pepe, tergugat ego beb.. ko tanya aaa laki mana tak terguagt ego kalau semua benda kene ikut cakap bini.. haishh!! klu ada pun 1 dlm 10000 kot! noktah!
  2. bini pulak, kena tetap pendirian. dalam Islam memang membenci talak. tapi kalau ko dah kena tipu, duit ko pun dilesapkan tapi dia hidup mewah,  siap curang pakai duit engkau. tak tahu laa nak cakap. ikut korang la..
  3. yang di laki. ukur baju pada badan sendiri la.. sebab sekali menipu memang berkali akan menipu. lepas tu ko berdoa laa banyak-banyak agar tak kantoi. kalau kantoi...tak nak laa cakap.
  4. parents memang kena pikir pasal anak-anak so sebelum berbuat apa-apa, Allah bagi logik akal, sila berfikir. betoi dak?
sapa tak tengok lagi, sila tengok.
bye!




Tuesday, April 14, 2020

Tragedi MCO days- 22nd

Tragedi..tragedi April .. bersamaan MCO day ke 22 bersamaan 8hb April 2020.

hoilaaaa.....

gegar gempita bila dapat WA dari famili, mak masuk emergency sebab najis berdarah. oi..ketor telinga nya... pastu WA lagi malam, dah ditukarkan ke Red Zone. arh.. lagi tak senang duduk. Dah pekehel nya ni... akak mengusha kt cctv, elok je takde sakit apa.

dah ke emergency tahu laa kisahnya, asid perut dah kacau usus, dan berdarah. nasib baik mudah dapat ward time-time pkp ni.. masuk red zone dalam 4 5 jam, lepas habis doc scan segala bagai, depa dah tolak mak ke wad. Bermula la episod ujikaji. kena scope, kena minum garam. macam-macam. since my mum memang ada penyakit kritikal rakyat Malaysia. so bermacam uji kaji.

bermula juga laa update melalui WA sekerap yang mungkin oleh para penjaga syurga kami di sana.

sejak masuk ward, suspect dr ulser, mmg betul, terus ganggu ke kencing manis terus langsung ke kidney. schedule operation for kidney tank off yang sepatutnya buat pada 29April. diawal untuk elak ulang alik ke hospital di musim covid19.

akak pun dah selamat pulang ke kampung pada 11hb april untuk jenguk mak n adik di hospital.
nasib melepasi kawalan PDRM di plaza tol. terima kasih PDRM. kalau tak lepas, entah macam mana laa nasib. dapat tengok mak sendiri, lega rasa.

sejak 11hb, akak hanya jaga mak kejap je since anak ada sekali dirumah. so memasak laa kita sebelum apa-apa berlaku yea.


hari ini - 14 April, 2020, suppose ada operation untuk buat tankoff. kita tunggu perkembangan. 

semalam 13 april- 1st time kot mak minta cuba nak minum air milo kotak. haa nasib akak beli sebelum tu... sebelum ni mak akak kurang minum susu kecuali nescafe. tapi minum milo, gula tinggi.. tapi takpe.. janji mak nk minum. kita cuba bagi apa yang beliau minta.

nnt update lagi...
bukan apa..utk catatan sendiri.
selalu lupa benda penting..
tulis sini je la



Tuesday, April 7, 2020

Roti Puri For Breakfast - MCO day 20th

MCO Hari ke-20.
Baru terasa lama tak menjengah ke luar. Since rumah di atas kayangan, peratusan nak keluar dari atas kayangan amatlah kurang. Lagipun semua barangan basah boleh didapati melalui online  dan hampir setiap kawasan menyediakan khidmat delivery barang basah pada musim MCO. So apa tunggu lagi, kita cuba saja khidmat yang disediakan. Kecualiiiii, nak cari roti, sila bawa diri ke kedai berhampiran yang menyebabkan hampir 2 minggu akak tak makan roti.

Maka tercetuslah kerajinan untuk membuat ROTI PURI !!!!! Sebab terlihat di IG #mamafami share resepi roti puri tak pakai yis. umah akak takde stok simpanan yis.. so kita cari resepi murah dan sedap dimakan.

resepi roti puri ni, memang jadi dan husband akak cakap sedap. siap cakap ' I rasa you kena buat roti puri saja dari buat roti canai' nampak sangat roti canai akak aritu keras..hahhahaa. Untuk roti puri ni, akak just bangun pagi, terus bancuh adunan, perap untuk 20 minit sambil sediakan sambal sardin yang banyak cili potong dan bawang. Siap sambal sardin, baru canai roti guna botol kaca disebabkan malas nak korek store. Alhamdulillah, memang menjadi. Tak salah resepi dan tak salah tangan menguli kali ni. So korang memang kena cuba...

thanks to #mamafami dan juga individu yang menyediakan resepi ini. So mesti cuba ok!! Kalau akak yang bukan pembuat/pemggemar/pemalas buat kuih muih ni, menjadi buat roti puri, korang yang terrer mesti jadi punya.. Cuba yea...

Bahan-bahan:

  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu besar gula
  3. 1 sudu kecik garam
  4. 1 sudu kecik marjerin
  5. 1 cawan air suam
  6. minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Masukkan tepung gandum, garam,gula dan gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga mendapat doh yang lembut. Bukan lembik yea.
  3. Uli hingga doh tidak melekat ditangan
  4. Bahagikan doh dalam bebola kecil.
  5. Rehatkan dalam 15- 20 minit
  6. Canai nipis dan goreng dalam minyak yang betul panas. Api sederhana yea.
  7. Sambil goreng, siramkan minyak panas pada roti puri dan biarkan roti menggelembing. roti boleh diangkat bila kekuningan. 
  8. HIdangkan dengan sambal sardin atau sambal ikan bilis.
ikut resepi ni, Insyallah jadi, J
Jika akak buat jadi, apakan pulak korang kan..

#staysafe #stayhome

Friday, April 3, 2020

Happy or Unhappy - MCO day 17th...

Hai..

Hari ke-17, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Macam mana #stayhome ni..
Mak-mak dah tak cari singa dah rasanya, Si ayah pun dah redha anak bermain-main dikaki sementara menyelesaikan kerja harian. Betul tak?

Akak...stress nak!! Bukan sebab memasak 4 kali sehari.. tetapi self-disipline gone tooooooooo farrr...(nmpk byk mana ooo tu). Haish..jadi surirumah biasa pun ada disiplin, tapi bila PKP ni... hoiiiii...hilang arah...tak tentu hala... pelik!

Tapi pelik lagi, bila ada parents dalam group sekolah anak akak, komplen why parents need to printed out all the worksheets given teacher.. alasan parent:

  1. tiada printer
  2. access internet terhad
  3. tiada laptop sampai 3 4 biji nak bagi anak study
  4. parents kene siapkan kerja semasa
  5. ibu sibuk masak 4 kali sehari.
bila sampai tahap macam ni parents soalkan. nothing to say... ikut laa parent nak buat ke tak kerja yang diberikan.

yes, tak semua family afford to buy 3 4 laptop. betul..agree.. but you do have smartphone kan... please be creative.. tak boleh tengok classroom google setiap hari. tak kisah tetapi malam ke, buka laa kejap dalam 1 jam untuk anak-anak browse the homework.both parent mesti ada smartphone and data kan? jangan bagi alasan...

Cikgu membantu memberi latihan untuk kita since nak keluar pun tak boleh. please respect them. kang tak bagi latihan, dicakapnya cikgu tak bertanggungjawap. Takkan cikgu kena menunggu disekolah untuk edarkan tugasan to parents. adakah cikgu itu adalah robot yang tidak disentuh virus?? kebal oi!! sedangkan robot pun ada virus, inikan manusia... Kesian jadi cikgu zaman sekarang...kekadang baca kat group...rasa nak &^&$(& pun ada parents macam ni.. bertabahlah...

just to say respect laa kepada guru yang cuba sedaya upaya bantu kita. sebagai ibu bapa, tolong cari jalan untuk sama-sama bantu cikgu dari hanya komplen itu-ini tanpa fikir panjang. Tahu semua orang stress bila kena lockdown kat rumah ni. tanpa boleh fikir panjang. still calm ok..

Akak pun stress, Hari ke 5 clog sinki tak baik-baik... sakit hati jantung perasaan, dah brapa kali mengamuk kat anak-anak sebab sentuh jugak sinki dapur tu...

Doakan akak tak jadi  harimau jadian.

#stillcalm
#stayhome

The NEW Google Classroom - Full Tutorial - YouTube

Thursday, March 26, 2020

Laksa Johor

Haaa..kita share resepi Laksa Johor pulak dari Majalah Wanita kalau tak salah.

Bahan Utama:

  1. 1 bungkus spegeti
  2. 200 gram minyak masak
  3. 200 gram isi ikan tenggiri
  4. 1 liter santan
  5. garam dan gula secukup rasa


Bahan B:

  1. 150 gram bawang merah dikisar
  2. 30 gram bawang putih dikisar
  3. 1-2 batang serai dikisar
  4. 200 gram pes cili
  5. jintan putih
  6. belacan seinci


Bahan hiasan:

  1. bawang dihiris
  2. timun dihiris
  3. kacang panjang dihiris
  4. bunga kantan dihiris
  5. telur rebus
  6.  daun kesom
  7. limau nipis
  8. daun pudina
  9. sambal belacan


Cara Memasak

  1. rebus spegeti,angkat dan toskan
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga garing kemudian masukkan santan
  3. masukkan isi ikan dan masak hingga mendidih
  4. masuk garam dan gula secukup rasa
untuk hidangan, masukkan spegeti dan bahan hiasan dan tung kuah..

selamat mencuba..

Wednesday, March 25, 2020

PKP lanjut sehingga 14 April





hooolaaa.... 
macam mana lepak rumah hampir 2 minggu ni? Seronok? Serabut? Jadi cikgu singa? huahahahhahaaa...sabo je laaa..

Nampak siaran langsung tadi kan? Selamat laa kita menyambung ke-serabut-an menjadi guru kepada anak kita lagi 7 hari... 

dan TOLONG DENGAR SARANAN KERAJAAN. JANGAN KELAUR RUMAH. SILA BERADA DI RUMAH MASING-MASING..

Hok alohhhh...tak yah laa kalut nak balik ke rumah sendiri lagiii .. Masa ini laa nak abiskan masa dekat kampung. Moga raya nanti (kalau diberi rezeki) kita pakat-pakat raya di rumah sendiri.

Akak risau jugaj bertambahnya  PKP ni... 'anak-anak ikan' akak kat pejabat tu, gajinya belum dibayar..tunggu BOS kasi green-light untuk approved payment. Kesian 'anak-anak ikan' tau... doakan BOS cepat approved semuanya.

Cuti panjang yang bertambah ni, apa pulak nak buat. nasib baik cikgu sekolah bagi tambahan latihan melalui google classroom. ada jugak benda akak nak bertempik minta anak settlekan keja. Kalau idak... you tube je kejanya...

Akak pulak nak buat apa yea... PRA-HOUSEWIFE untuk akak ni...Moga nanti betul-betul jadi housewife, kepala otak tak binggung yea!!

Akak nak mengemas laa, tetiba rasa cupboard semua macam ada banyak kosong sebab dah separuh ku mengemas.. kah kah kah... Rahmat di sebalik PKP ni... 

so semua, pesanan biasa TOLONG DUDUK RUMAH YEA

Harap kerjasama semua rakyat Malaysia yang dikasihi..
doakan juga kesihatan adik akak yang di frontline dan semua frontline KKM..

sayang semua  frontline KKM.

ps: korang jangan main-main, adik akak sampai terpaksa asingkan diri dari anak dan suami tau sebab COVID19 ni. korang tak kesian ke? tolong laa bertimbang rasa.... JANGAN JADI BUTA PEGHOT - bak kata Dato'Rizalman...



Wednesday, March 18, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2020

Wooohaaaa....... Assalamualaikum....

1st dalam sejarah hidup akak selama 40 tahun, kena perintah kawalan perjalanan (PKP). Eh! sebelum ni pernah juga sebab bersalin..kena PKP jugak... sampai depan pintu rumah je, melangut je tengok orang kelaur. Tapi pun 44 hari je la... gedik hari ke-45 keluar gi bank amik duit. 😜 Mencabar ke idok? So, rasanya geng wanita boleh tahan kot (kalau yang dah pernah bersalin) kalau wanita yang masih single, bawak-bawak la belajar.... huahahahahaa...

Kali ni memang PKP paling mencabar sebab nak PKP anak-anak sekali. Emak percaya elok seminggu duduk rumah, anak dah rindu nak pegi skolah... kah kah..

Selamatlah kita menghadapi PKP ini yang start dari 18hb yea.. elok ngam-ngam akak balik dari melawat mertua kat Terengganu. Jangan riso, semalam akak sampai rumah jam 7:00 petang. Memang dengar je news 16hb berkenaan PKP, kalut dan akak dan husband nak balik. Walau pun tak payah masuk office, tapi husband still bekerja dari rumah. Memang pihak kilang dah plan untuk semua staff workfromhome start minggu 16hb tu. Memang kena betul dengan PKP ni. 

Walau dengan pertanyaan yang banyak dari MIL, kami bergerak jugak ke rumah masing-masing pagi 17hb tu. Maaf Mi, Bak, urusan harian perlu diteruskan. Rezeki kami juga perjalanan dilancarkan Allah SWT. Just stop untuk toilet di last petrol pump sebelum keluar Kelantan (new petrol station) melalui Gerik, terus sampai Gerik dan stop for lunch at 4:30pm. then trus shoot balik ke Penang. 

Dah sampai Penang bermula laa episod kita berpantang yea anak-anak..
so catatlah sejarah 18hb Mac sebagai hari bersejarah kena PKP.

Marilah kita merancang aktiviti dan juga megambilalih tugas guru di sekolah untuk mengajar anak-anak kita. Masa ni baru tau kan..susah senang nak kasi anak duduk belajar. Bila dah rasa susah nak mengajar anak, sila jangan salahkan guru kalau guru terkasar pada anak kita. Muhasabahlah diri kita. Masa ni laa kita nak merasa apa yang guru anak-anak kita rasa.. elok kan Allah bagi plan untuk kita..

Selamat Menjadi GURU dan juga IBU yang baik kepada semua.

JANGAN KELUAR,SILA BERADA DI RUMAH MASING-MASING.
SILA BERI KERJASAMA KEPADA ARAHAN.

love you all...

ps: sian adik kita berada di frontline KKM. TOLONG  yea... bagi kerjasama...


Sunday, March 15, 2020

Cuti Sekolah 2020

Hi...

Kali ni cuti..seawal hari pertama terus drive ke sini..

Yeaaaa...balik kampung. Baru jumpa jalan pulang.. sebelum balik rumah  singgah menikmati keindahan alam sambil melayan perut dengan bekalan dan hasil tangkapan di tepi pantai penarik..

Memang setiap kali balik mesti singgah menghayati laut biru... haishhh bila plan nak ke Redang ni... 

Laut kalau time bulan mac to july ni..memang Subhanallah....cantik ya amat. Indah betul ciptaan Maha Esa. Walau akak duduk di Pulau Pinang dan dikelilingi laut, tapi kalau lalu ke Penarik, pantai Rhu 10. Memang tak boleh lepas dari melepak amik angin laut.. damai tengok pemandangan laut..
Syukran ya Allah..

Tuesday, March 10, 2020

Hand Sanitizer..Mana nak cariiiiii

Hola..hola... Assalamualaikum...

Mesti semua orang tengah pikir mana nak cari hand sanitizer kan?
Akak pun habis merata farmasi kat Penang pergi singgah sebab nak top-up stock. Akak memang bekalkan anak akak dengan hand sanitizer ni sebab pihak sekolah memang dari tahun satu galakkan untuk bawa ke sekolah dan digunakan, terutama masa lepas PJ. So memang menjadi kebiasaannya, akan ada stok. Cuma masalah UTAMA, anak akak tu tak suka pakai tapi tolong pakaikan pada kawan-kawan. ngko raseeerrrrr.....

Tapi disebabkan sekarang musim Covid-19, rasa tanggungjawap anak akak nak pakai untuk diri sendiri, tercapai... kih kih kih... api itulah..stok pulak yileks kat farmasi, bagi jenama yang biasa digunakan, yang jenama lain ada jek... Jenama mana pun OK, asalkan..diguna pakai..bukan di simpan.. iye dok?

Sekarang, akak bekalkan pada anak akak hand sanitizer dari SUTRA. Hand sanitizer ni ada kandungan alovera dan tea tree oil selain bahan-bahan lain la..buatan Bumiputera yea dengan kilang terletak di Melaka. Ini merupakan salah satu produk baru jugak dan pembuatan sangat terhad, dibotolkan mengikut standard yang memudahkan sesiapa saja nak angkut masuk beg tangan, beg sekolah. Husband akak letak dekat poket di moto dia yea.. pun muat..tak de hal!! Mudah di bawa ke mana-mana. Yang penting sila gunakan.

Jadi kalau sesiapa tak de hand sanitizer lagi, boleh cuba hand sanitizer keluaran SUTRA ni. Sejuk dan wangi bila pakai..Betul..tiada mainan perasaan punya. Akak dengan yang batch baru ni, wangi macam bunga champa...adui..menggoda..

Kalau korang nak boleh cari di shoppe akak - Rizsonestop atau agen SUTRA seluruh Malaysia. Korang search..so jumpa punya.



Disebabkan lambakan Hand Sanitizer di Pasaran..Ramai Pulak yang tanya..SUTRA HAND SANITIZER ni berdaftar dengan Kementerian Kesihatan ke?


Of course sayang..
No Pendaftaran Hand Sanitizer dengan KKM ialah
NOT200302563K


Semoga anda tetap terus support SUTRA!

#gosutra



Wednesday, March 4, 2020

Free Gift - Every Year

hai..harap berkekalan laa hendaknya semangat menulis.
bertahun berhenti, sebab tak fokus.

tahun ni harapan nak menulis untuk elak otak tepu since kat office pun dah tak banyak menulis. Mengarah je kerja nya...kih kih kih

Seperti tahun sebelumnya, bila masuk time nak raya, mula laa aku gelabah dog pikir budget untuk kelengkapan raya. Paling utama baju budak-budak so bermesralah dengan sang suami demi mendapatkan kupon-kupon yang disediakan oleh pihak syarikat beliau. Tempat sang suami ni, tak guna pakai sistem 'siapa datang awal,dapat token atau sapa takde cuti dalam sebulan, dapat hadiah'. Tempat dia, semua akan dapat token/hadiah berupa pointer from supervisor/manager based on achievement atau tenaga yang engkau sumbangkan dalam sesuatu projek yang engkau terlibat. Even kalau engkau terlibat dalam 'oncall' and engkau cepat bantu selesaikan masalah semasa itu. yes usaha engkau di recognize by supervisor. end of projek ke apa, engkau nanti dapat laa pointer yang engkau boleh tukar kepada apa-apa barangan yang disenaraikan dalam web syarikat engkau. Nampak seronok kan?? tapiiiiii kerja nya... aku tidur, dia jaga,aku nak makan, dia masih ngadap laptop. kalau ko rasa mampu, boleh laa try..

So 2020, si isteri pun mencuba sedikit nasib dicampur rezeki tahun lepas yang masih berbaki...kali ni kita try sunshine square-only in penang, AEON dan IKEA!!


Tak sabaq nak perabis kat IKEA. 1st time nak guna.. macam mana lah yea...
IKEA ni mission untuk bilik anak.. makin besar, kena makin kemas.. haish..mak jugak kena kemas... kita tengok dengan kupon RM500.00 IKEA apa boleh kita beli seminimum mungkin.

tungguuu..







Tuesday, March 3, 2020

Pulau Perhentian 2017


Hola.... Kisah #balingbelakang saya... teruk punya balingbelakang #entrytaksiap

Catatkan juga untuk kemudahan bersama.

Actually, decide untuk bercuti ke Pulau Perhentian ni, dah lama. Dari setahun ke setahun.... ada saja kekangan...tak cuti sem la...duit dah labur tempat lain lah.. pastu memasing dah "bila nak pegi ni?"

Last skali, lepas majlis kawin adik ipar on Mac 2017, terus decide ngan adik sendiri.. "mau ke dak..bulan Ogos..jalan... kalau idok... hang tunggu laa lagi 2 thn..thn 2018, aku kena kurangkan travel sbb UPSR.." amaran trus kat adik.. Barulah gedik cek cuti sem. dah dapat trus booked hotel sebab selagi tak amik apa-apa tindakan, duit itu akan berkubur. Dari 2016 lagi, plan kumpul skit-skit sebab nak ke Perhentian. Non-ada ler...selagi tak de buat booking. Haru sungguh!

So searching-searching, asking-asking kat kawan-kawan yang dah penah pegi... kita baca review kat internet,FB jugak, so I,myself and me, decide nak gunakan travel agent Sealife Travel & Tours Sdn Bhd. since adikku pemalas cakap... mana-mana pun boleh... so trus contact(whatsapp jek) Cik Nor.  Peramah dan senang bawak bincang cik Nur ni. Siap diberi pilihan nak hotel yang mana... so i choose hotel Shari-la Hotel ...

Shari-La Resort ini, tidak laa hotel bertaraf 5 bintang tapi agak selesa untuk menginap. Motel pun banyak. Hotel ni dia bagi rumah-rumah kecil tau..bukan bilik macam hostel tu. Cuma nak berjalan menaiki bukit agak susah bagi parents aku. Even untuk makan pun, my parents kena berjalan menyusuri rumah dan bukit sikit. Sebab all food served kat coffee house kat depan entrance tadi. so kena berjalan pergi dan balik lah...

Untuk stay kat sini, aku amik package  full board 3h2m with 4 kali makan sehari. So means parents aku tak susah nak cari makan when aku g sknorling. Kalau dak susah hati nak tinggal parents with budak-budak bila mana makanan tak disediakan.

Buat overall 5 stars aku bagi. Dan yang paling syiok.... ada private pantai, which means aku nak terjun laut takde la bercampur dengan mat dan minah saleh yang bersidai tepi laut. and its 100% sure -very sure (its depend on season yang korang pegi la), sunset scenery memang terbaik dari ladang, taken from pantai hotel ni. 





















Thursday, February 20, 2020

Down to Cameron Highland 2020

Down to Cameron Highland in 2020...with my siblings.
13/02/2020 - 16/2/2020
.

1st trip selepas Bonda ku abis eddah 4 bulan 10 hari.
Disebabkan lama berkurung, kita bawa Bonda untuk merasai angin luar dan melepaskan lelah di hati. Moga percutian singkat dapat meredakan lelah hati Bonda. Juga hati adik-beradik lain. Orang kata tukaq angin satttt...

as usual, percutian kali ni masih memilih homestay Impiana DRoyal, di Golden Hills. Apartment 2 bilik, Muslim owner, paling penting bawah nya ialah Pasar Malam Cameron. Since ini merupakan kali ke dua duduk sini, dan gap antara 1st percutian hari tu adalah tak sampai setahun, so excited nak explore kurang skit. Berbanding 1st percutian hari tu. Lagi pun percutian untuk famili, so tak de apa yang diexplore sangat..

Tapi my Bonda dan adik abang semua nampak happy bila banyak berbelanja. My Bonda pun makan lalu juga dari sebelumnya, boleh berjalan slow2 dari sebelumnya. so I guess, plan went well la kan.. walau hanya 4 hari 3 malam, tukar angin sejuk, rasa berbaloi jugak datang CH kali ni.

Moga ada kelapangan lagi dan dimurahkan rezeki untuk Bonda ku untuk berjalan-jalan lagi masa depan. Juga murahkan juga rezeki saya adik beradik untuk bawa Bonda berjalan-jalan lagi. Merancang percutian untuk ibu yang uzur, memang banyak perkara perlu dititikberatkan terutama dari segi kebersihan dan masa perjalanan. tak gitu?

so, sapa nak try Impiana DRoyal, boleh cari FB mereka. Dijamin puas hati..




sampai jumpa lagi..

Wednesday, January 1, 2020

Happy 2020!

Happy New Year Guy!
Year of Rat!
TQ Google for pic.


apa menanti kita tahun 2020 ini.
semoga semua yang baik2-baik saja..

untuk saya, try to learn on writing again.
focus..focus.