Wednesday, December 31, 2014

Resepi Sawi Masak Lemak

Assalam... 

kali ni nak share resepi ringkas tahap gaban. cheq  ni bukan makan sangat sawi masak lemak ni.. tapi kekadang cuba mcm best gak.. so baik tulis skit catatan agar tak lupa... gile kentang resepi senang pun nak kene rujuk hahahaha..nanti anak nak guna senang... 

tapi ni, of cause la paling ringkas bahan nya.. janji rasa... hahahaha

Bahan:

  1. sawi putih - 2 rumpun (rumpun ka org panggil?)
  2. bawang putih - 2 ulas diketuk & cincang halus
  3. bawang merah - 1 ulang dihiris
  4. serai - 1 @ 2 batang di ketuk
  5. sedikit santan pekat dalam 2 sudu besar
  6. sedikit ikan bilis/udang kering- ditubuk halus (haku pemalas.. tak letak pun!)
  7. air

Cara Masak:
  1. tumis bawang putih, bawang merah, serai sampai naik bau, masukkan ikan bilis tumbuk.
  2. masukkan ait secukupnya. didih skit, masukkan batang sawi dulu.
  3. bilis mendidih skit, masukkan santan, kacau skit bagi sebati & masukkan sayur.
  4. perasakan dengan garam...didih je trus angkat & sila jamu selera.

aku kalau masak ini kena makan dengan sambal belacan yang kaw-kaw punya pedas  & ikan/ayam goreng garing... meme sedap...

gambaq? macam biasa...imagine sendiri laa sebab aku malas nk letak gambaq. nama pun utk simpanan sendiri kan??

chiow!!

Saturday, December 27, 2014

Resepi KEK KUKUS COKLAT

Hihihiii...banyak pulak resepi lately ni yea...

hahahaha kali ni resepi kek kukus coklat pulak..
buat untuk birthday..apa..ingat koman sgt ka aku ni tak reti buat kek!!
cuma aku mls nak buat sebab takde penggemar kek dikalangan famili aku..dari keras kejung dalam peti sejuk... baik g beli sepotong kek kat kedai je!!

ni pun colek dari chef Izyan  Masterchef jugak!

Bahan-bahan 
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar


Cara-Cara 

Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then b0leh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. dh siap...bleh la makan....



Thursday, December 11, 2014

Green Spring Cleaning Recipe for the Grout


Petua nak cuci lantai..boleh cuba nih... sumber internet.




  1. 7 cups water, 
  2. 1/2 cup baking soda, 
  3. 1/3 cup lemon juice and 
  4. 1/4 cup vinegar 
Throw in a spray bottle and spray your floor, let it sit for a minute or two... then scrub 

tadaaaaa !!!!

Monday, November 24, 2014

Cuti Sekolah pun Bermula !!!



As salam,

Yea...saya tahu..cuti skolah dah bermula...jalan pun agak lengang pagi ni... syiok je memandu tambahan pulak bila ber'car pool' ni...sebab arini bukan giliran saya memandu.....soooo lagi bertambah seronok...


yea... anak pun dah mula bertanya mana nak pegi sempena cuti skolah yang panjang ni..

jawapannya: Nehi!! ntah ler labu... tanya laa bapak hampa... kalau dia busy, pakat-pakat laa bertapa kat dalam gua tu sambil-sambil tunggu 'turun tanda'.


so untuk menggelakkan kebosanan, ya anak, sila lah pulang ke kampung terlebih dahulu. mama ikut kot blakang..nnt kalau ada plan, mama g amik kat sana. memang susah berbapak kan perdana menteri ni... hik hik hik..


mama? jangan risau, gamak aku bosan nanti, aku amik jek cuti balik kampung. tak pun pegi je mana-mana shopping complex, garis je kad yang bapak hampa kasik...


ok dak treatment macam tu???



Thursday, November 20, 2014

Kos Membina Sebiji Rumah..



aritu tetiba..terbaca dari post ni tentang kos untuk membina rumah. Almaklum harga rumah semakin mencanak naik nih... kita tgk alternative untuk membina rumah pulak... tanah aku kan banyak...tp hak orang melayu & kerajaan..bukan milik mutlak aku !!!!

jom jengah post ni http://www.lemonpic.com/berapa-kos-untuk-bina-sebiji-rumah/

mana tau tetiba dapat sekeping tanah ke?? boleh laa buat..besaq reban ayam pun jadik.. janji rumah sendiri..iyo dak??



p/s: nak tulis entry 8 baris pun amik masa berbulan... apa daa...

Additional Fav Blog



As salam..

ketemu  lagi di hari Khamis nih... mood update blog dah terjun ke laun bersama mood bekerja di hujung tahun.. hahahahaaa...takde nya holiday hujung tahun ni sebab 2 trip dah buat bulan Jun dan Oktober yang lepas. so budget untuk ber holiday secara besar-besar, yilekkss!!! sila duduk diam-diam sehingga hujung tahun.. tapi cuti banyak lagi nih!!!! haiyarkk.. ada lagi 12 hari!! apa mau buat? lepak tidoq kat rumah laa....

so terpaksa laa aku amik cuti 5 hari di minggu terakhir tahun 2014 untuk mem'badak'kan diri di istana agam nan indah persis istana aku tuh untuk tempoh 5 hari.. perghhh!! lap peloh! tolong laa... bila duit nak jatuh dari langit ni...hahahahahaa gila dah!!

disebab kan belum ada plan..so aku ada jumpa 2 blog yang terkenal pasal travel-travel, holiday-holiday ni... disebabkan tiada plan.. layan je laa blog diaorang ni sambil feeling-feeling dapat pergi...dalam mimpi pun jadik laa....
syiok blog dia orang ni...amik feel... hahahahaa..dah jadikan travel blog feberret aku!! lihat link ok!!!

jom feeling bersama... hahhahahaa

http://kyspeaks.com/

http://kampungboycitygal.com/



Tuesday, November 11, 2014

Nasi Kerabu Ekspress



as salam ..

saya memang salah seorang peminat nasi kerabu. and of course nak buat adalah MALAS sebab banyak bahan nak disediakan. nak buat isi ikan tumbuk & kelapa goreng yang agak malas. kalau tak bubuh tak sedap. Budu mmg dh stok sedia ada, so tak de hal. nak racik sayuran pun memerlukan kesabaran.. belom lagi lauk pauk pilihan hati seisi keluarga.

so sekarang, tak perlu risau lagi.. sebab saya dah ada ini !!!!



Nasi kerabu ekspress!!!

YES! senang kan? semudah 1,2,3!!!! tak payah risau-risau nak beli kelapa, nak goreng kering, tak perlu nak rebus ikan, tumbuk dan goreng isi ikan tu.. semua tu tak payah. dah disediakan dalam 1 bungkusan ajaib ni !!!!!

dalam bungkusan ini dsediakan: -
  • 1 paket budu
  • 1 paket isi ikan sedia dimakan
  • 1 paket isi kelapa goreng sedia dimakan
  • dan pewarna biru untuk membirukan nasi anda!!!


anda cuma perlu sediakan:
  1. ulam-ulaman like hirisan kubis, taugeh, racik halus bunga kantan, hiris halus kacang botol @ kacang panjang (semua tak perlu masak yea!!) dan sayur lain yang uoll nak gaul bersama nasi..
  2. ikan goreng celup tepung ke/ ayam atau daging bakar/ ayam sambal pun buleh!!!
  3. solok lada (resepi sila google... ambo tak buek!)
  4. air lada - resepi air lada di bawah yek!


dah buat semua tu... tadaaaa!!! jadi hasil di bawah!! sedap dak? sedap dak?? makan ler kamu sepuasnya.. sebab nyer, 1 paket ni boleh makan hingga 8 orang makan!!!! so seisi keluarga pun boleh makan. tak yah membazir RM kt pasar malam. 1 paket ni dh boleh kaver 1 family. 


ni hasilnya..sedap kan? buat untuk lunch kan best.. penuh khasiat.
pic kredit tu google: kalau tak salah salah sorang agen kami jugak!! hihihii tq yea!!

ni packaging untuk nasi kerabu ekspress.

haa..mudah kan??

harga?

RM18 inc postage.

pickup: area Georgetown- Bayan baru Pulau pinang & alor setar, kedah!

nak try? PM saya - 0134288028! jom try!!! tak nyesal hokeh!!!!

bye !!


resepi air lada:

cili padi +cuka+gula
blender skali..
rasakan...
tadaaaa!!! dah siap..

senang segoti !!!



kbai !







Wednesday, November 5, 2014

My Journey to Temerloh




As salam, Yes! agak susah nak habiskan satu entry. tetambah bab journey ke mana-mana saja. sebab mudah lupa.. hiashhh..faktor umur. tak mampu menepisnya..

kali ni writing about my 1st journey to Temerloh!! yeay!!! with my own family... Temerloh tu jauh kot..nun jauh di seberang lautan atlantik, kekdahnya... hohohohoo... 




Temerloh, bandar ikan patin.. tapi 1st time aku masa...bau sungai tu ada lagik...


holaaa..aku g Temerloh 1st time, masa aku skolah rendah. tak ingat darjah bape.. time tu follow arwah tok sebelah ayah ke sana melawat mak lang aku yang menetap di sana. before that, ngikut jugak arwah tok and arwah pakjang aku ke Kuantan, juga time skolah rendah..melawat family mak lang aku ni jugak.. kira follow orang je aku nih!! so time g Temerloh 1st time, abang aku ikut skali and 1st time jugak aku 2 beradik ikut kepala otak sendiri, naik bas dari Temerloh ke Sungai Petani, balik sendiri ke rumah sebab dok kat Temerloh tak seronok macam dok kat Kuantan. siap sampai kat Sungai Petani, turun bas, jalan kaki balik umah. terkejut mak bapak aku time tu.. tp dia dah tau perangai hangin anak-anak dia.. klu buat perangai gila, mesti ada benda yang tak suka....hahahahaaaa...agak dare gak laa time tu. yea laaa.. time tu temerloh bukan macam sekarang.. dah maju..aku g dulu, keliling is ladang kelapa sawit & hutan, hokey!!!!

journey aku start dari umah aku, bila mana mak ayah aku dtg penang.. kul 9.00, 24 Oktober trus zasss ke KL.. sampai KL jam 3++ trus check-in hotel. lepak tunggu abg aku mai lepak hotel, petang lak plan bawak budak-budak naik train ke Times Square. tak sampai 2 jam trus balik makan... tidoqqqq.. sebabnya esok udah mau ke temerloh.

perjalanan dari KL ke Temerloh amik masa dalam 2 jam jugak. tapi sebabkan travel kali ni memang tujuan menghadiri kenduri cousin keesokkan harinya, sebelom sampai rumah kenduri marilah kita bergumbira dulu. Disebabkan lunch di Temerloh juga akan ditaja oleh family abang aku... marilah kita tengok gajah dulu di Pusat Konvensi Gajah di Lanchang. Lanchang ini 30minit dari Temerloh. 

Dari exit Lanchang, agak jauh nak ke pusat konservasi Gajah ni. sebab jalan ikut kampung. tapi suasana kampung memang terasa. pusat ni jauh ke hujung kampung dan berdekatan hutan tebal. yea la.. tujuan pusat ni pun memang nak memulihara gajah dari pupus.. so habitat gajah memang di hutan tebal..jadi ke dalam hutan lah kita tuju yea! bayaran masuk ke pusat ni, buat masa sekarang adalah FREE. tapi pelawat perlu melaporkan diri ke kaunter masuk untuk lapor group korang dan pas pelekat lawatan akan diberikan untuk lekatkan di badan. selepas itu, teruskan berjalan menuju ke kandang gajah.

mengikut iterenary, sebenarnya ada time untuk aktiviti bersama gajah-gajah. tapi semua aktiviti bermula selepas 2:30 petang. disebabkan time aku sampai baru jam 11 pagi.. sila laa tengok apa yang ada. tak kuasa aku nak tunggu ke 2:30pm. dah laa panas, berdukung lagik.. memang idok lerrr... nak bagi sronok pulak.. aku membeli makanan untuk bagi gajah-gajah makan.. yang syion bukan anak teruja.. tokwan yang sronok skali... anak-anak dok jauh ja... sbb takut. nak suruh bg makan.. memang lagi tak laa...

lepas dah puas berpanas kat tempat gajah.. jom laa kita ke Deerland pulak. ini pun dekat je dengan pusat ni. merupakan tamat perseorangan. jarak dari pusat gajah dalam 15 minit rasa nyer. beselisih simpang aja. kat sini agak damai sebab hutan. yang jadi tarikan, of course lah 'deer' nya. sebab boleh bagi makan. masuk sini bayaran nya RM8 seorang (kalau tak salah) dan akan diberikan sebekas makanan untuk rusa-rusa ni.. makanan ni diberi ikut harga tiket kot. kupon akan diberikan untuk tujuan mengambil bekas makanan.  so sambil masuk tu, ada laa binatang lain. tapi sampai ke kandang rusa.. semua jadi excited. hahahaha.. dengan en. laki sendiri. tak caya tengok gambaq kat bawah. hihihihii.. banyak lagi binatang lain kat situ.. kira seronok laa jugak anak-anak aku ni..dari tensen berjam-jam naik kereta tak sampai-sampai. hahahahhaaa...

jom layan pic dulu...


kawasan reception. ada gambaq gajah..


bergambar kenangan di pintu masuk ke kawasan gajah.

bapak aku pun sronok.. hahaha se kecit tu.. mcm biasa.. brani kot jauh ja aaa..

see my daddy.... teruja dia!

pondok dimana gajah ditempatkan

see the kecit one! semangat dia pun.. nasib tak masuk tangan dalam mulut rusa!

see the bapak also teruja... hahahaha

betoi dak-betoi dak!!




ulaq sawa ni pun jadi salah satu tarikan. boleh pegang but nope! tq!


salah satu tempat yang aku lawat semasa di Temerloh, of course Pasar pagi yang diadakan di sepanjang sungai Temerloh. tahu apa yang di cari kalau datang Temerloh?? Ikan Patin!! yea..Temerloh kan dikenali dengan nama bandar ikan patin. rugi kalau datang sini tak makan. so ke pasar pagi lah kami keesokkan nyer. saja nak merasai kehebatan pasar ini. uniknya sebab banyak ikan sungai yang tak popular boleh dapat kat sini. harga?? PAHIT!!!! maksudnya MAHAL !! nama ikan pun sah tak kenal sebab tak penah tengok kan. sayuran kampung yang fresh pun banyak, hasil tanaman dan kutipan dari orang-orang kampung sekitar Temerloh. harga pun tak mahal. tapi aku lebih teruja cari ikan patin & sambal hitam Pahang!!!.. nasib jumpa... terliur mak!!

yang best kat sini, ikan patin bila ko nak beli, baru siang depan tu... memang fresh!!! isinya.. memang lembut.!!

golekan ikan patin hidup.. 

hasil tanaman dari kampung sekitar
 paling tak tahan, mak cik-mak cik ni jual hasil kampung.. main tebar surat khabar je atas jalan. payung pun tak dak. harap payung personal tu je. memang tahan betoi sampai ke tengahari menjuai. tak salah aku.. selonggok baru RM1..hahahhaha.. ikan yang terdampar tu, semua ikan sungai. nama cheq tak tau!!! tapi aku rasa yang besar tu patin liar sungai. orang cakap nak bezakan.. patin sangkar matanyer besar tapi patin sungai @ patin liar, mata nyer kecik. yang mata kecik tu laa sekilo RM70!! kan ada masuk paper dulu. katanyer kena tipu... padahal ikan patin liar. memang susah dapat and harga kebabommm mahal!


ikan golek lagi !!!

suasana pasar pagi

  

kalau orang tanya kenapa aku suka melawat tempat-tempat macam ni. seronok ke? ntah aku seronok sebab boleh tengok budaya tempat orang. budaya kat negeri lain, lain caranya. dari situ boleh belajar. lagipun unik kot. walaupun sama macam tempat lain. nature gitu!!

kalau tak kerana sepupu kawin, tak merasa laa nak ke Temerloh. gambar kenduri kawin?? sorry nan ado. cheq lupa nak amik pic sebab kalut jumpa adik-beradik. boleh gitu??

hihihiii..hope next time dapat p Temerloh lagi. teringat masakan mak lang cheq! masak tempoyak ikan patin & asam pedas ikan patin. sedap nya!!!!! sambal hitam jugak!! sedappp sedappp sedapp!!!!






Tuesday, November 4, 2014

Siapa Haram bagi saya!


as salam....

I'm HOT so please do not touch me!!

hihihiii...gagah gitu..aku laa nih patut baca benda-benda macam ni... tambah ilmu.. walau tak ketahap ustajah, dapat ilmu skit pun jadi la...


dulu penah jugak laa belajaq semua ni... masa zaman muda belia, skolah rendah, time masuk kelas KAFA kat skolah rendah Langgar dulu... hey! ingat aku tak blajaq ka kAFA-KAFA ni..zaman aku dulu pun ada, cuma tak banyak di buat di sekolah....itu aja... lepas skolah KAFA, abis semua ilmu menuntut kat situ..gone with the wind.... hohohohooo. BAGUS!! Syabas!!!


so baru-baru ni, terbaca balik mengenai halal-haram ini. ini hanya sebahagian dari ilmu/knowlegde mengenai halal-haram. banyak lagi sebenarnya.. tapi, sila JANGAN TAMAK!! fahami laa skit-skit...ok!!


YES! aku pun sebelum ni main je salam semua orang especially pak sedara & datuk sedara. Almaklum orang tua dari kita... depa huloq, kita pun sambut... katanyer anak sedare mistali... hahahhaa...


so crita banyak tak mau... jom study gambarajah.. hayati & fahami carta tersebut, maka akan ketemulah jawapan nya.


semoga kita semua dapat melindungi diri kita dari perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Ameen!!









Friday, October 31, 2014

Pendaftaran Perniagaan

Assalam..hola! tora muncul lagi...
haaaa..kali ni muncul terus update pasal perniagaan...bukan nyer apa... semua nya sebab ini...




kalut-kalut.....bukan apa..disebabkan GST akan dikenakan next year kan....so semua benda perlu diupdate untuk elakkan GST.. kalau tak kena saman..RM5000.00  weh...ko ingat skit ke? hoi...sebulan gaji pun tak cukup hokey!!!! mana mau cekup klu kena denda!! tak mo-takmo..

aku pulak dah laa suka menjuai-juai kan.. walaupun hanya shit-shit chicken shit .. tapi still dapat laa jugak menikmati hasil jualan itu...so disebabkan aku rasa, aku masih mahu meneruskan jugak jualan ala shit shit chicken shit ni, baiklah aku mendaftar je laa untuk syarikat aku ni.. so mari elakkan dari disaman tak tentu pasal. daftar jelah...

so membacalah aku tentang penubuhan syarikat. macam kan nak mendaftar syarikat yang besar kekdahnye..hahahhaaa..padahal keceput je pun....so setelah dibaca skit-skit..dan nak meniaga pun suka-suka jek (kena start meniaga ni sebab angan-angan nak resign umur 40) so amik je laa langkah ni.. mula dari skit-skit kan...  


Pemilikan Tunggal (Enterprise) 

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasuk rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.

http://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam.html

so inilah yang aku pilih. semoga niat aku untuk resign ikut target dipermudahkan dengan adanya pemilikkan ini. harap akan terus bersemangat menjuai apa yang boleh dijuai di masa akan datang..

Ameen - doakan yang terbaik !!





Tuesday, October 7, 2014

Hari Raya Aidil Adha





assalam, masih mood Raya Qurban kan? so selamat hari raya Qurban.

1st time pak encek buat korban tahun ni.. so raya haku ni agak meriah sebabnyer nak kene laa melapah lembu setelah siap disembelih.. hahhaha.. 1st  time jugek cheq a.k.a mem besaq ni turun ke masjid melapah dan bergotong-royong dalam melaksanakan ibadah qurban ni.. insyallah.. pas ni giliran mem plak lah... doakan lah... ameen!

eh! bukan nak citer pasal pak encek berkorban.. nak citer pasal sambutan raya qurban. jeles haku tgk betapa berwarna-warni nya pakaian orang keliling time raya qurban ni. sebab aku pakai pakaian biasa je.. tak de pulak membeli baju baru. kuih raya pun tak dak. kalau tk buat qurban, rasa nya, ada nasi tomato/ayam/daging ja kot kat atas meja ni.. untuk makan di masa raya... hihihihi... kuih raya memang NONE lah! bila tgk orang lain nyer sambutan... uishhhh...meriah betoi...

orang kata kat tganu sambutan nyer meriah! tapi haku tak penah raya haji di sana so tak ble nak komen. mungkin pas ni ada peluang raya sana kot. 

yang pasti sup gear box seperiuk siap di masak pagi tu... untuk hidangan sessi keluarga saja.. hahahaha... dan juga gulai tulang batang pisang di hari kedua.. juga untuk santapan keluarga.. ketupat? lemang? memang tak de.. sadis sungguh.. bila mai balik opis baru teringat... hahahahhahahaa.....

jom cr lemang jom!!!






Friday, October 3, 2014

Kek Coklat

holaaaa...dah Jumaat.... 

dari last week craving for home-made choco cake and at last beli jugak (kirim dari kawan office) on wed... and TODAY BERJAYA habis kan jugak choc cake ni... hahahahaaa.. hebat tak?? cake nyer sebesar ini..



besaq dak cake cheq??? hahahhaha...lambat tul nak abiskan kek ni sebab aku bukan peminat tegar kek... hahahaha this time mmg craving gilaa...so rasa macam kejayaan besar dapat habiskan sendiri (tanpa share sesudu pun dgn kawan-kawan) sebekas kek ni.. rasa nyer boleh tahan setahun kot nak craving for cake lagi... huhuhuuu...
bagus cheq!!

so kita tgk...next!! craving for what type of food pulak erk!!!

JOM BALIK KAMPUNG!





Wednesday, October 1, 2014

Hari Raya Qurban

as salam... haaa cik tora muncul pulak... lama dok betapa dalam gua.. arini baru kluaq sat, hirup udara segar... hohohooo...

eh! dah tak lama kan nak raya Haji kan? syukur kali ni raya nyer jatuh di hari Ahad.. bermakna cuti bersambung lagi ke hari Isnin..kalau idak.. hari raya Qurban aku akan berlangsung seperti hari-hari biasa, cuma nyer pagi bangun untuk solat sunat sahaja.. sajian raya? memang nan ado! memang macam hari biasa cuma nyer, lunch menu agak 'heavy' skit dari hari biasa...

so untuk tahun ni jugak, en. laki berhajat nak buat qurban.. al-makulm tak penah buat sejak hampir 12 tahun bekerja (gila tak de erti bersyukur betoi).. nasib tahun ni tetiba semangat islamik en. laki agak tebal (faktor umur, mungkin) so dapat laa tunaikan hajat ni walau last minit br menempah bahagian nya.

so marilah kita 'melapah' tahun ni dan berdoa agar ibadat ini diterima olehNYA.

haaaa...aku menulis pasal qurban ni bukan nyer apa... tadi ada melawat kat blog 'blogger terkenal'  dianaishak.com. cerita pasal adat-adat menjalankan ibadah qurban yang ditulis oleh rakan nya.

memang betul la...apa kes nak pulak paksa si binatang tu nak ngadap qiblat selepas selesai di toreh  nyer pisau ke leher nya.. kan ke baik sebelum tu lagi ko posisi kan kedudukan dia ke arah yang betul? tak baik kot nyeksa dia macam tu.. apa pun betul la kata di penulis tu.. aku setuju sangat-sangat ok.. jaga lah adab-adab bila berhadapan dengan makhluk Allah tu. dia pun ada perasaan.. 

even aku ni pun... nak kena melapah sendiri si lembu tu nanti... harus dari hari en. laki buat bayaran aku dah plan... nak pergi nanti time semua lembu sudah disembelih dan ditempatkan di khemah masing-masing.. gila tak sanggup aku nak tengok lembu tu kena sembelih.. kesian dia... memang laa dia yang nak menjadi haiwan tunggangan di akhirat kelak. tapi aku masih tak sanggup nak tengok... kalau tengok aku rasa daging dia aku tak makan... huhuhu... so marilah kita mengatur strategi untuk menggelakkan diri dari tengok ibadah qurban itu. lepas selesai.. baru kita masuk khemah tu yea... hihihii..

so kepada sesiapa yang menjadi petugas untuk menyembelih binatang qurban ni, sila la baca blog diana tu dan jaga laa adab-adab ketika menjalankan ibadah tersebut.





Wednesday, September 24, 2014

Be a good supervisor


wuwooohohohooo.... baik punya tajuk!!!

yolahh tu...

as salam,

see the differences.. and please come to the conclusions.



haa..ini lah yang agak susah untuk dilakukan. setiap orang yang ditugaskan untuk menjaga 'kerja orang lain' memang akan mempunyai dilema seperti di atas. sebab semua ingin jadi seorang leader yang baik, disukai ramai dan dapat handle people dengan mudah & selesa.

macam tu jugak aku. bila ditugaskan untuk menjaga 'sesetengah kerja orang lain' aku pun terpikir untuk menjadi seorang leader yang mudah disenangi oleh rakan setugas. i'll my best. but what will happen if .......

'sesetengah orang' itu tidak mampu 'digest' kan relationship bila  masa bekerja dan bila masa senggang. dalam erti kata lain.. tidak mampu menerima teguran orang lain dalam masa kerja? 

contoh ' aku memang rakan taulan kau, boleh sembang, sepak, terajang, tapi bila masa kerja, kau ada buat silap, aku tegur, kau tak bley nak trima..kau mau tarik muka masam 44 kali, even itu adalah teguran untuk membina path kau.. 

kalau kekdah nyer tarik muka masam, aku yang jadi supervisor kau pun malas nak layan.. kalau setakat tegur skit nak tarik muka..kalau kau ada prob rumahtangga ke, apa ke.. jangan lah sampai aku tegur skit kau nak tarik muka. sebab nyer kalau kau ada masalah dalam kerja, kau cari aku jugak.. sebelum masalah timbul baik kau terima je teguran aku..

so, aku kalau boleh, tak nak jadi like a 'boss' even im not a bos.. but when u need to handle people, you need to have keys of boss. i want to be a leader nor boss. aku kene terapkan ciri leader dalam diri aku.. tapi bila kene colleques yang perangai macam ni.. kau rasa perlu ke aku jadi BOSS...

tapi aku rasa yang penting dia kena belajar 'respect' people.. teguran membina, sila amik penting. bukan 'buat muka'.




 tapi, mau buat muka dengan aku... ada aaa habuan aku hadiah.
sebabnya.. aku bukan seorang yang suka sangat melayan hati dan perasaan orang sebab perasaan aku pun tak de orang nak layan, kan? so kalau kau nak bertahan dalam sesuatu pekerjaan..belajar terima teguran dengan positif way walau dari orang terdekat kau..bukan BUAT PERANGAI..

BELAJAR RESPECT, KAWAN MENEGUR BUKAN UNTUK CARI KESALAHAN TAPI UNTUK JADI YANG TERBAIK...








Tuesday, September 16, 2014

Uishhh....lama sangat nih..

as salam... cik tora muncul kembali...

hailaa... lama sungguh nak amik mood nak tulis something untuk simpanan sendiri.. rasa maam takde apa yang berlaku dalam real life kebelakangan ini.. agak dasat hidup aku kan?? hahahahhaaa...

well, apa patut aku buat untuk hidupkan kembali tulisan aku di alam maya ini.. bukan untuk ligan follower, just untuk write down apa yang berlaku... at least dah tua-tua nanti boleh laa jugak imbas kembali apa berlaku..kan??

so nak mula macam mana yek?

bila laa nak dpt mood ni??





ke nak kene tengok mamat hensem ni dulu baru ada mood? 




lama tak layan anak ikan ni berlakon... hahahhaaa .. 
citer korea apa tgk IN sekarang and of course hero mesti hemsem... hahahhaa
group kumpulan aku tak minat sgt.... hahahahha


so nanti kita cari bahan tulisan skit erk.. ada je nak bahan nak coret-coret..tp kita susun silang kata ayat dulu lah yea...




bye!

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!!

as salam semua,

saya dah siap packing barang dan on the way balik kg dah... hihihii ..sronok2..
kali ni balik yang dekat dulu sebelum balik yang jauh.. pehh..lelah jugak kemas beg balik kg ni...

apa pun saya nak ucapkan 


SILA BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN..


Jumpa lagi!!

Wednesday, July 23, 2014

Resepi Daging Masak Merah ala Thai

as salam...
tudiaqqq..tudiaq... arini baru dan update blog sawang ni... posa laa katakan.. so blog pun kena posa jugaksss...

sepanjang ramadhan ni, blom lagi merasa singgah ke PARAM. alhamdulillah.. masih diberi kekuatan memasak walaupun sampai kat rumah jam 530ptg. juadah nya pulak..macam biasa..hamtam saja lah... janji kenyang dan save budget. so kali cheq bagi resepi yang paling comment sepanjang ramadhan ni... 

Daging Masak Merah ala Thai - resepi www.fizalgk.blogspot.com

and YES memang jadi lah...

Bahan-bahannya:

  • 1/2 kilo daging (ikut sukala nk buat byk mana tp pastikan sukatan bahan pun kurang skit)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 labu bawang putih
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besaq sos tiram
  • 1/4 cawan sos tomato
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. rebus daging sampai empuk. klu nak nampak merah masukkan sedikit pewarna merah.
  2. bila empuk, toskan goreng sedikit daging biar masak.
  3. ketepikan daging, tumis bawang putih, cili giling. biar pecah minyak
  4. masukkan semua sos, gaul rata,
  5. masukkan daging dan gaul rata. sy tambah sedikit air sebab nak kasi berair skit
  6. pastu masukkan bawang. kacau dan perasakan dengan gula dan garam.
  7. sedia untuk dihidangkan.. yeay!!!

selamat mencuba.. macam biasa.. pic memang tak dak sebab malas nak amik.. janji perut adalah kenyang dan boleh repeat time sahur..
budget banget!!



Friday, July 4, 2014

Samperit Susu !!!!

Salam Jumaat...

haaa..baru posa hari ke-6 kan? dah dok tayang kuih raya? haaaa..bukan apa.. ni semua penyakit sebab dalam group FB resepi ringkas..asyik laa dok tayang orang dok buat biskut samperit susu ni.. dah laa memang faberet..adoi laa... dah tu, semua yang buat tu menjadi pulak tu.. siap chomel loteh lagii... ai is tergugat.. terus rs nak g beli oven, nak membakar pulak... adeh! tp nmpk memang ringkas... rasa-rasa bley dak cuba bua utk raya nanti?

resepi biskut ni - sumber dr resepi ringkas FB
resepi sila rujuk gambar di bawah... hihihiii

saudara ni pun baru buat, kira 1st trial ble jadi.. takkan aku buat takmo jadi kot??? kita cuba lah dulu yea..

sekarang kita amik resepi dulu...




apa macam? comel kan? jom try!




Thursday, July 3, 2014

Ini buku ke belacan?

As salam,

Ada tgk tak dlm FB pasal cikgu skolah rakam pic anak murid die yang loya buruk..
yang cikgu die tanya ' ini buku ke belacan? budak tu jawap buku boleh, belacan pun boleh' hhahaha.. memang kedengaran nya lawak & comel kan?? tapi bagi aku tak baik laa cikgu ni buat mcm tu.. ko takyah laa sebar kat utube tu.. ko tunjuk skit-skit dah laa... tapi padan laa jugak budak tu jawap macam tu..

aku rasa memang laa cikgu tu nak tunjuk peel anak murid nya, tapi kene gak tgk latar belakang budak ku kan? maybe dtg dari keluarga yang kurang mampu, so buku tu yang dilenjan baca adik beradik, sebab tu jadi mcm tu..so bila up video tu dah macam nak jatuhkan maruah orang laa pulak... so hope cikgu kat luar sana, kalau nak tunjuk pel anak-anak murid pun, tak yah laaa boh dlm utube.. malu dia..cer kalau anak kita orang buat cemtu.. marah kan? kalau anak aku..memang makan rotan dah...terus pas tu tiap2 malam aku telek buku skolah anak aku.. bukan telek kerja sekolah tau..telek buku sekolah.. apa kejadah nyer tak de keje kan?

so hope cikgu-cikgu..jangan buat macam ni lagi yea...
simpan sendiri sudah la...
kan lebih manis!






Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 1435H

As salam semua,





semoga kita semua dapat beribadat dengan baik tahun ni dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Ameen!





Friday, June 6, 2014

Percutian 2014 - Pulau Pangkor!

as salam...

uish..lama blog dibiarkan bersawang.. bukan apa busy ngan tugasan yang diberikan di pejabat.. kan nak buat  master aritu.... dah abis ada viva so free laa....

nak citer pasal g pangkor..1st time aku memang sure jejak kaki dan bermalam di Pangkor. bermalam okeh!!! yaa..sebelum ni p jalan sampai pekan je trus balik... ni baru 1st time bermalam dan pusing 1 pulau pangkor.

kali ni pu n bercuti bersama keluarga sebelah famili aku. dan alang cuti skolah so kita set terusss... percutian kali ni memang bercuti dari segala serabut, hiruk pikuk dan juga shopping complex.. kalau idak bercuti mesti buat jugak lawatan ke shopping mall.. so this year punya cuti.. memang cuti secuti-cuti nya... takde kenderaan ulang alik depa hotel, tak de jem etc-etc.. memang bercuti sungguh!

so aku amik package 3D2N kat Puteri Bayu Beach Resort Pangkor. itinery seperti di bawah...
package pun "Jom Santai" memang santai abis... memang lepak/tidoq/mkn/tidoq..


aku bertolak kul 9 dari penang. berhenti makan kat area lumut tu.. yang famos tepi jalan dekat dengan kauters TLDM. pastu trus drive straight to Jeti Marina untuk ke Pangkor. Yes! aku naik kat Jeti Marina sebab tak ramai kat situ. ferry kat sini 1 jam 1 trip. disebabkan memang aku request  nak naik kat sini.. sampai trus amik tiket ja... haa package aku amik ni memang skali tiket pegi-balik. so save masa di situ. memang sampai kat jeti trus ada feri so... sharp 2:30 memang dah sampai ke hotel. nasib ble trus check-in. hihihiii...
ini ialah rupa anak aku yang agak peghah, apabila masuk dalam bot! start je enjin bot, trus nangis, dah tak nak duduk. kene berdiri.. haiyoo laa anak!


Tapi ada sedikit kesilapan berlaku di sini... kesilapan bagi pihak aku laa... sebab tgk kat web bilik deluxe mcm besarrrr tapi bila pergi..bilik adalah kecik, hokey!!!! klu 3 org 1 bilik tu, memang solat atas katil lah jawapnya. disebabkan percutian ini bersifat lepak & relaks.. moh ler kita upgrade bilik ke garden view... nasib bilik ada so trus masuk je... aku pilih bilik bersebelahan bilik parents aku. sebab senang nk buka pintu bagi anak-anak melepak di bilik tok nya... hahahahha...nampak tak cara aku relaks di situ !!! wuahahahhaa...


so aku dapat Garden view bilik no 135, bersebelahan bilik parents aku. cuma bilik family abang aku terletak di depan bilik kami. but still ok dari deluxe room.


tapi duduk di garden view ni, satu je tak best..nyamuk weh.. dah laa tak sediakan ubat nyamuk. nasib aku bawak ubat nyamuk tampal kat baju tuh... lega skit nak tidoq nyer..
well, untuk package ni, semua makan minum adalah dibawah pihak hotel. so aku tak yah pening kepala nak cari makan.. elok masuk kul 8 malam...moh ler kita jalan ke cafe nan comel itu. masakan okeh la...tak byk pilihan but main ngan lapaq.. bedal je semua.

untuk 2nd day, lepas breakfast, terus aku inform pihak hotel untuk bawa famili aku pusing Pulau Pangkor. dah nama dalam package kan.. so book aja... jam 10 pagi, van merah jambu sampai terus jalan-jalan pusing pulau & melawat tempat-tempat yang ada di sini.


Pantai pasir Bogak

snorkling dan semua aktiviti mainan laut berlaku di sini. 

Tapi disebabkan anak-anak yang masih kecil, tengok saja laa....lagipun laki aku, tak de bini tak nak g mana... apa der... abg aku..lagi tak bley harap.. last2 semua orang melepak aja.. betoi relaks percutian kali ni.

tapi seriyes, kalau orang yang suka bercuti tp PERLUKAN aktiviti lain untuk dibuat. sila JANGAN ke sini, kecuali anda mempunyai group yang ramai dan dah atur semua aktiviti yang bakal dilakukan. kalau korang datang sini, and  hope sampai sini baru nak atur aktiviti, sila lah menyesal, wokeh! sebab pulau ini memang untuk percutian yang aman damai tanpa gangguan kenderaan dan juga hiruk pikuk orang ramai. dan juga silalah avoid from public holidays sebab memamg orang ramai giller. macam aku pegi hari kerja, so memang smooth and steady je perjalanan. tp time aku sampai pangkor, manusia yang nak balik dari pangkor, dah macam tunggu feri nak ke langkawi. siapa ada pengalaman terkandas di feri langkawi.. korang bayangkan sendiri... so sila rancang dengan teliti.