As salam..
Tora datang lagi dengan resepi biskut! hoi !! semangat sangat ni kumpul resepi biskut.. resepi ja laa....tp buat belom lagi... pas ni nak cari resepi biskut oat ala-ala biskut dlm #TAM kan...tgk dak citer TAM???? tiap malam makan biskut & segelas susu yea... harap kurus laa klu makan macam tu tiap2 malam..
tapi ni bukan nak share biskut OAT! tp Choc Chip lagi....kali ni cara akak Kak Ita pulak. resepi kak Ita ni slalu sedap2.. even 1st time buat pun dah rasa macam terrer sgt! JANJI JANGAN MURKA resepi...huhuhuhuu
Bahan-Bahan:
115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka
Cara membuat:
Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak
Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar
Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai
Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar
Friday, December 4, 2015
Sunday, November 29, 2015
Biskut Famous Amos
as salam....
kali ni muncul nak share resepi biskut famous amos versi akak Azie ....pasai pa tetiba nak share resepi biskut? sebab tetiba laki kita terbaik hati, terbeli oven untuk kita... so boleh laa kita tercari resepi...insyallah terbuat nanti kan?
apa pun, resepi kena ada... bila nak buat? blakang kira :)
biskut cara kak Azie:
2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
kali ni muncul nak share resepi biskut famous amos versi akak Azie ....pasai pa tetiba nak share resepi biskut? sebab tetiba laki kita terbaik hati, terbeli oven untuk kita... so boleh laa kita tercari resepi...insyallah terbuat nanti kan?
apa pun, resepi kena ada... bila nak buat? blakang kira :)
biskut cara kak Azie:
Bahan A
- 1/4 cawan gula kaster
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega (~+75 gm)
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 biji telur gred B
- 1/4 sk garam
- 1/2 sb susu segar @ susu tepung
- 1/2 sk vanilla extract
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum (di ayak)
- 1 sb serbuk koko (di ayak)
- 1 sb tepung jagung (di ayak)
- 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
- 1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
- Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
- Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
JOM CUBA!
Friday, October 23, 2015
Greenaard - Testing
As salam...
Hokeyyy... sekarang saya sedang mencuba produk GreenAard untuk percubaan menurunkan berat badan saya ke berat ideal. please check your weight using BMI standard to get your ideal weight..
Huishhhhhhhhhhh.....banyak niiiii..... nak kena turun..semata-mata nak dapat berat ideal.
Reason saya try produk ni... ialah untuk mendapatkan berat ideal saya... tak kurus dan tak juga chubby.. just for my own health...
so, ini merupakan hari ke-2 mencuba produk ni... so tak ble komen banyak... so mari tunggu entry berikutnya.. apa yang berlaku... berkesan ke tak? ok !!
bertemu lagik !!!
Monday, October 19, 2015
Resepi Mee Kari
As salam, weekend lepas (semalam) try buat mee kari sebabbbbb...teringin sangat nak buat sendiri...so gigihlah ke pasar pagi Jumaat sebelum masuk opis... grab ini, grab itu... zasss... balik opis... dengan angan-angan, esok boleh makan mee kari...
so kita google resepi kak Ita, akak yang mencurahkan ilmu dan respi yang sedap-sedap. Insyallah, kalau ikut betul-betul memang sedap...
so ini yang saya cuba. tp memang konfem resepi dan bahan saya ada yang murtad sikit.. hihihi... but still sedap.
meh cuba resepi ni: -
Ini hasil air tangan saya time breakfast. sebab kuah dah buat malam sebelumnya! |
STOCK AYAM
2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa
Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.
Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti
CHILI OIL / SAMBAL
15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan
Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee
KUAH MEE
2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
Bahan Lain
10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna
10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna
Nota kak Ita:"Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar"
Nota saya: saya hanya makan dengan mee saja.
Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur
jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power!
haaa...macam tu lah caranya... tapi memang sedap walau makan dengan mee saja pun.. janji kuah mee kari memang marveles!!
Cuba tau !!!
thanks to Kak Ita sebab share resepi yang sangatttttt sedap!!
Friday, October 16, 2015
Laksa Penang versi Rizalman Pereka Fesyen....
Assalam....arini jengoi sebab nak share resepi laksa versi Rizalman.. pun amik dari FB tuan Rizalman ni...
nak try buat pesyen ni sebab dengaq kabaq...sedapp baghang!!!
jom tengok apa dia boh dalam laksa dia..
tp sebelom tu, Rizalman pesan :" Sebelom masak tanamkan niat untuk jamu oghang makan, baca alam nasyroh dan selawat banyak2 bagi jadi apa yang nak buat. "
bahan-bahan: -
- bawang merah, bawang putih, bawang besaq
- cabai kering di mesin (pakai ikut nak pedaih tara mana laa..)
- belacan dibakar, cabai melaka bg pedaih lagi klu nak
- ikan temenung fresh (nak pekat byk ler ikan)
- 1 tin kecik ikan sardin
- asam gelugoq ( 5 6 keping)
- 1/2 biji nenas
- gula melaka
- daum kesom/cenohom (bagi naik bau)
- bunga kantan
caranya: -
- sughoh maid kupaih bawang, sebab benda paling segan nak buat. Mishin cabai kering, belacan,cabai melaka dan semua bawang2( tak tepi dulu). cheq tak dak maid..so buat sendiri laa semua :d
- Sebelum tu, rebuih ikan temenung, untuk sukatan ni dalam 30 ekoq. Rebuih sekali dengan asam gelugoq dalam lima nam kepin. Sejat naik ikan dan seghedak dia. Ayaq rebuih TOLONG jangan lempaq buang!. Sughuh maid lagi sekali perisi ikan tu( pun segan nak buat part tu).
- Asingkan isi dan tulang2 semua ( letak tepi dulu). Hang bagi didih balik ayaq rebuih ikan tadi dan bubuh bahan2 yang di mishin tadi semua sekali ghumm dalam pegheyok.
- Isi ikan dimishin bagi haluih dan bubuh satu tin sardin juga dimishin. Tulang2 ikan juga dimishin haluih dan ditapeh ayaq dia sebelum masuk pegheyok.
- Nangnaih juga dimishin bersama asam gelugoq yang dah kembang masa rebuih dgn ikan tadi( resepi laksa banyak pakai blender sunguh).Batang nangnaih pun hang buh skali.
- Bubuh pulak lagi ayaq asam jawa dan ayaq gula melaka pekat.
- Keghat bunga kantan belah dua dan lempaq masuk dengan daun cenohom sekali. Kacau dan ghasa. Kalau ada apa koghang hang tambah la sendighi.. Laksa sedap kalau kuah dia kita biaq semalaman.
terima kasih tuan rizalman !!!!! semoga terus murah rezeki tuan...
Monday, September 28, 2015
Yeay! Congo Bar
Assalamualaikumm.....macam mana sambutan Raya Qurban korang?
Haku... macam biasa aja...takde preparation apa-apa pun since this year tak sempat nak niat & budget untuk buat qurban...hehehehhehheee...so kita masak apa yang ada aja..
Tapi kali ni.... haku berkesempatan raya kat kampung terchinta aku!!! weehhh.... jauh ok, kampung aku... Alor Staq nun!!!! 12 jam perjalanan dari Pulau Pinang! hahahhahaa ..phuiiii !!!! balik pulak naik ETS !! ngko hado????
Disebabkan sambutan memang paling sederhana(memang raya Qurban kat umah aku takde sambutan pun..just masak yang special skit je... but no kuih2 raya ketupat bagai!) so bila dah ada masa terluang, tetiba TERrajin nak buat Congo Bar. Sebab terasa macam berada betul-betul tepi mulut..kalah orang ngidam! So..menggoogle lah kita... dan 'rumah' yang kita tujui tentulah 'rumah' kak ita.. 'Rumah' Kak Ita ni salah satu rumah yang wajib dikunjungi kalau nak dapat resepi-resepi yang sedap. Olahan resepi kak Ita ni pun syiok ja untuk diikuti. Tetapi skali-skala murtad resepi tu..biasa la kan... yang pastinya, resepi kak Ita semua sedap & mudah.
So haku pun memulakan tugas menyalin bahan yang perlu dibeli dan ke 'Giant'lah kita mencari bahan. Kedai bahan kuih kat AlorStaq ni tutup so kita sapu apa yang ada je la... Haku pun 1st time cuba resepi ni & Alhamdulillah...mendapat sambutan yang menggalakkan dari seisi rumah aku.... hahahhahahaa berjaya !!!! Ops, warga umah aku ni bukan penggemar kek, so bila congo bar ni abis dimakan dan mendapat pujian, kira berjaya la... siap anak buah aku minta resepi... padahal aku pun br try buat... berjaya laa kan??? TQ kak Ita!!!
mai kita tgk resepi asal dari kak Ita!
CONGO BAR
- 315 gm tepung gandum
- 2 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 150 gm butter (guna butter yg sedap mcm Achor butter)
- 320 gm gula perang - boleh kurangkan sebab sukatan ni agak manis bagi org yg ada penyakit diabetes
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250 gm chocolate chips
- 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
- Kepingan badam untuk taburan - optional (bab kacang ni aku memang boh byk pun sedap..pastu tabur lagi badam slice kot atas with choc chip...walauweiiii...sodappp!!)
Cara-cara: -
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
- Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
- Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
so macam ni laa bentuknya... ok ni gambaq kak Ita. Gambaq aku... nnt aku UP.. rasa macam ada amik.... tp rasa memang sedap!
Selamat Mencuba!
Thursday, September 24, 2015
BLACKPEPPER LAMB CHOP
Salam semua... tetiba Cik Tora menjelma lagi...Lepas lama menghilang kita update resepi pulak....buat pedoman masa depan...
kali ni kita cuba Resepi Blackpepper Lamb Chop dari K.Nor http://www.secubitgaramnor67.com/
BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun
Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.
SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)
Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.
GARLIC MASHED POTATO
resipi : Mommamia@MyResipi
sumber : HanaMemories & K.Nor
Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper
Bahan-bahan untuk gravy : ~ k.nor skip gravy ni
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
Untuk Gravy :
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..
CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam
Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.
Monday, June 29, 2015
Resepi Parpu Teloq
haa... kali ni 'parking' dulu resepi ni...
aku pun tak penah buat. tp dengaq orang penang kata sedap.
apa pun.. kita salin dulu.. nnt kita buat..
ni copy en. Rizalman punya resepi. pak hincik tu masak macam sedap ja... tangan menjadi nih!!
aku pun tak penah buat. tp dengaq orang penang kata sedap.
apa pun.. kita salin dulu.. nnt kita buat..
ni copy en. Rizalman punya resepi. pak hincik tu masak macam sedap ja... tangan menjadi nih!!
Resipi Parpu Teloq Tomeh Daghat
Saya masak main agak2 ja, kuantiti lebih koghang jugak. Cara dia macam ni naaa
Rebuih parpu 5 genggam sampai setengah empuk,bila nak empuk bubuh pulak ubi mengala dalam 5 bijik jugak dan keghat dua atau empat bergantung kepada besaqnya mulut hangpa semua. Lepaih dah nak empuk ubi tu...
Bubuh pulak bawang merah dgn bwg putih,jintan putih dan maneh dan sedikit halia dlm besaq ibu jari yang dah ditumbuk ke dalam pegheyok. Masukkan seghebok kunyit dan kacau bagi depa raksi. Masuk pulak santan..
Dan peselow api, lepaih masuk teloq dalam 8 bijik, kalau hanpa hantu teloq, buh banyak sikit( jgn pi kentot dalam masjid sudah). Bagi dia mendidih dengan api yang det det det( nanti teloq pecah.. Kuah jadi likat).
Dalam kuali asing goreng bawah merah, biji sawi, daun karapole dgn minyak banyak sampai nak2 garing tu...
Terap ataih kuah parpu tadi, tutup api dan tutup tudong pegheyok dan jangan lupa pakai#naelofarhijab untuk tudung kepala anda dari minyak yang meghecik masa tomeh darat.
Bila dengaq oghang bang maghrib, hanpa pun bolehlah mentekedaghah#daridapurrizalman
Wednesday, April 22, 2015
Resepi Ayam Harum Thai
simpan dulu...buat kemudian... bahan tak cukup tak sedap... betoi dak!!!!!
tp menggiurkan betoi... cepat laaa pegi beli bahan masak!!!
Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai) ambe pun
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah) - ambe guna hijau je
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus
Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Sumber : Resepi Orang Kampung
Subscribe to:
Posts (Atom)