Wednesday, August 1, 2012

Puding Roti

meh den share resepi puding roti yang best penah den buat..betoiii...1st time cuba mmg tertarik kebaboommm...resepi dari sapa lagi...mesti laa model cantik 80an - kak nanirostam tp mang sedappp...sila cuba...pasti nak cuba lagi. ni resepi dia

  • Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
  • Susu full cream 2 cawan
  • whipping cream 2 cawan
  • gula 1 cawan
  • telur 6 biji
  • esen vanila 1tsb
  • butter 4 tsb
  • kismis-agak2
  • serbuk kayu manis.1tsb
Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan

No comments:

Post a Comment