Monday, February 23, 2015

Guard jaga Kereta..Kau mampu??

huahahahaa....



kau mampu? kereta buruk pun boleh pakai guard kereta? tak yah pakai alpard @ range rover etc etc kete mahal... kereta buruk aku pun pakai guard, hokey!!

siap melepak tidur lagi.. nak kene buang keje tul guard nih! tak ble harap.. kan dah kantoi ngan aku!!! POTONG GAJI!!!!

huahahahhaa....

Vitamin E

assalammm...

monday blues? nope..but monthly blues kot...

hahaha..bukan apa...2 minggu lepas anak sulung kena campak... dah selesai parut 1 badan....merebak pulak p ke si bapak...

arghh... ini lagi haru... si anak kalau sakit, boleh pakai lagi.. si bapak nya kalau sakit...ibarat jaga anak kecik pun tak sesusah cara si bapak sakit... dia punya merap.... hoi laaa !!!!!

so ni dah almost 1 week campak. dah makin surut. dah kalut nak cucuk bagai nak hilangkan parut. mana laa aku tau bab cucuk-cucuk nak cantik ni... macamkan aku tiap2 bulan p amik suntikan kecantikan cara bertanya tuh!!

so alternative nyer.. kita try ja laa vitamin E ni. byk orang cakap makan pure vit e, mempercepatkan proses hilang parut. so mari kita cuba...

nnt kita tgk bagaiman hasilnya.
yang pil bagi si bapaknya.. yang oil bagi si anak..



ni ada lagi sorg anak blom kena... harap jangan laa kena...


Saturday, February 21, 2015

Mini Gathering

as saalam...

sempena CNY lepas, kita org set untuk adakan mini gathering geng (eh! geng ka?) IPMAS a.k.a Akademi Infotech MARA Alor Setar. gathering kali ni kecik ja so kita pilih tempat yang anak-anak buleh melepak skali..

rancang nya dalam 20 orang.. tp end-up jadi 5 ketoi ja yang hadir. ada yang last minutes tukar plan... tapi boleh laa jugak nyembang skit sebanyak. tapi yag kalutnya anak-anak laa nak berendam di kolam. so mak-maknya bersembang laa skit.. lain-lain layan anak-anak ja...

apa pun dapat laa jugak berjumpa lepas bertahun tak jumpa. ni je pic kenangan yang elok untuk simpanan.

semoga bertemu lagi!


Wednesday, February 18, 2015

Resepi Meatballs with Gravy

hokalohh...tetiba mai resepi trus... tp gambaq tak dak..google sendiri lah yea!

Assalamualaikum... mcm biasa..nama pun blog ada diary..so tulis n ikut suka hati jantung berlubang lah..

YES! i nak share resepi sebab senang next time nak buat... i masuk sini aja...

kali ni nak masukkan resepi meatball pulak.. byk kali juga buat dan setiap kali jugak medti kene google resepi.. dah menyusahkan.. so kali ni.. masukkan trus la.. pas ni nak rujuk pun sonang..tak gitu cik Kiah!!

tapi chef dirumah macam aku ni...ada je bahan tak lengkap.. tp tetap habis.. pendek kata memasak dengan hati ikhlas... huhuhuhuuu

jom guna resepi ni
credit to: http://herneenazir.com/2014/09/17/ddhn-resepi-homemade-meatball-ala-ikea/

Caranya:
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya **bread crumb MIA :p
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe ** saya letak all spice
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.
Untuk Gravynya :
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* – saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * – ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa
 Cara-caranya: 
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot **carrot biasa jek.. baby2 tak de..
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..

cuba jom cuba!