Saturday, January 24, 2015

Resepi Meatball II

as salam..

baru ni cuba resepi Meatball ni.. kan tengah 'trend' sekarang ni... ambo pun mau jugak cuba.. best ke idok.. tp suku-sakat umah ambo ni tak brape 'IN' dengan western food.. almaklum org kg.com !! tapi ambo nak cubo jugok...

jom jengah resepi dari ni: http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/01/resepi-meatballs-ikea-homemade-gravy.html

Caranye:

meatball - saya beli instant je. goreng tak pe minyak bagi garing skit
fries - goreng kan je
sayuran - celur . ini semua untuk menaikkkan seri hidangan kita..

Bahan Gravy: 

2 sudu mentega
1 1/2 tepung gandum
1 labu bawang besar potong dadu
2 biji tomata potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk (**)
100ml susu segar (**)
3  sudu makan sos tiram & sos tomato (**)
2 sudu kicap manis (**)
1 sudu sos lada hitam (**)
1 sudu lada hitam (**)
1 kiub pati ayam & daging (**)
1 sudu gula (**)
(sila adjust bahan ikut kesesuaian tekak anda)


Cara:
 cair mentega dalam pan dan goreng bawang hingga layu
masukkan tepung gandum & kacau sampai coklat skit. dan terus masukkan tomato. biarkan hingga layu.
masukkan bahan lain (bertanda **) kacau rata dan biarkan mendidih.
kacau sebati, sejukkan skit. dan kisar dengan pengisar. bila dah pekat sebati, cantik.. boleh la di makan. hidangkan  dengan segala penaik seri pinggan tadi yea..

tadaaa... teatime menu dah siap!!!!



Tuesday, January 6, 2015

Stew Daging Slow Cooker

As saalamm...kembali bersiaran...buat seketika..
just nak share 1 resepi ni sebab tgh dalam proses penyediaan, so nak bagi tak lupa resepi, moh ler kita catit siap2.. next time tak de kalut nak cari..

malam ni ambo try buat stew daging guna slow cooker. slow cooker pun lama tak guna.. so gunalah balik...lagi pun stew ni nak kena rebus lama... pakai slow cooker ni.. boleh laa kita buat kerja lain skali...

resepi pun hasil jengok dapur kawan-kawan blogger yang otai..so kita celok skit sebanyak. tapi macam biasa..hasil masakan pun mungkin kurang disebabkan bahan masakan yang terhad. but still sedap oihhh....

kali ni ambo celok dari resepi kak Azie .. rasa memang kompen kebabomm sebab kak Azie pun amik resepi dari air tangan Tengku Puan Pahang... dah jom tgk mcm mana nak buat.. kalau nak tgk gambar, boleh masuk blog kak Azie nih!!

Bahan-Bahan:

  1. 500gm daging - potong kiub (saya pakai tak sampai 500gm kot..)
  2. 1 tsp olive oil - (saya pakai minyak biasa)
  3. 1 bawang besar - potong dadu
  4. 2 bawang putih cincang halus
  5. 2 batang karot - (saya pakai skit sebab byk tu yg ado!)
  6. 2 biji kentang - (saya pakai sebiji)
  7. 3 batang celery - (saya tak masukkan sebab takde)
  8. 1 tsp kicap - (saya pakai ABC)
  9. 1 cawan beef broth - (saya pakai stok daging & kiub)
  10. 1 fresh dried thyme - (saya tak masukkan)
  11. 1 tsp Oregano
  12. 2 bay leaves - (saya tak masukkan)
  13. 2 tsp tepung jagung/ tepung gandum
  14. 2 tbsp air utk bancuh tepung
  15. garam
  16. lada hitam
CARA MASAK:
  1. potong daging dan semua sayuran dalam bentuk kiub
  2. masukkan olive oil dan goreng daging hingga perang, masukkan lada hitam, gaul & angkat dan ketepikan
  3. goreng layu bawang dan segala sayuran
  4. siap masukkan daging & sayuran ke dalam slow cooker
  5. taburkan thyme, oregano, bay leaves & lada hitam
  6. masukkan sedikit kicap & beef stok.
  7. renihkan beberapa jam
  8. akhir sekali masukkan bancuhan tepung, perasakan. jika pekat, tambah air..
  9. sedia utk mkn...

senang kan???

apa lg...jom cuba! harum wehh time tgk renih stew ni... huhuhuhuuu...

Saturday, January 3, 2015

Resepi Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim by Chef Izyan masterchef!!

holaa..... jom lai kita cuba resepi...
senang mak nak rujuk nanti...

kali ni kita try ni pulak :

Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim by Chef Izyan masterchef

Bahan-bahan

1/2 bungkus spaghetti (boleh di gantikan dengan pasta lain)
Sedikit isi ayam atau daging ( guna yang kisar punya)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.


Cara-cara

macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak .
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

(kuah dia kalau xnak buat boleh guna 1 tin sos carbonara Prego) CHICKEN MUSHROOM SOUP


Bahan-bahan

 1/2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
750ml air atau lebih.
1/2 mangkuk isi ayam potong dadu secukupnye
1-2 ketul kiub pati ayam
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
2 sudu besar butter
1-2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada itam
1 sudu teh daun parsley kering
sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
garam sedikit
perisa
parmesan cheese atau sliced cheese-optional


Cara-cara

Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi ayam. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama garlic bread,pasta atau lain2 pilihan

Thursday, January 1, 2015

Tahun Baru 2015



Selamat Tahun Baru 2015..

wish utk 2015? ermmm... jap nak pikir..
tapi paling utama, doakan permulaan perniagaan saya berjalan lancar..sebagai persediaan kalau-kalau office nak buat pengurangan tenaga kerja.. boleh juga  perniagaan kecilan ini menjadi backup pada saya.

tekadkan hati.. 

MARILAH KITA BERDOA AGAR TAHUN 2015 MEMBAWA LEBIH REZEKI KEPADA KITA SEMUA.!

AMEEN!