Saturday, January 24, 2015

Resepi Meatball II

as salam..

baru ni cuba resepi Meatball ni.. kan tengah 'trend' sekarang ni... ambo pun mau jugak cuba.. best ke idok.. tp suku-sakat umah ambo ni tak brape 'IN' dengan western food.. almaklum org kg.com !! tapi ambo nak cubo jugok...

jom jengah resepi dari ni: http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/01/resepi-meatballs-ikea-homemade-gravy.html

Caranye:

meatball - saya beli instant je. goreng tak pe minyak bagi garing skit
fries - goreng kan je
sayuran - celur . ini semua untuk menaikkkan seri hidangan kita..

Bahan Gravy: 

2 sudu mentega
1 1/2 tepung gandum
1 labu bawang besar potong dadu
2 biji tomata potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk (**)
100ml susu segar (**)
3  sudu makan sos tiram & sos tomato (**)
2 sudu kicap manis (**)
1 sudu sos lada hitam (**)
1 sudu lada hitam (**)
1 kiub pati ayam & daging (**)
1 sudu gula (**)
(sila adjust bahan ikut kesesuaian tekak anda)


Cara:
 cair mentega dalam pan dan goreng bawang hingga layu
masukkan tepung gandum & kacau sampai coklat skit. dan terus masukkan tomato. biarkan hingga layu.
masukkan bahan lain (bertanda **) kacau rata dan biarkan mendidih.
kacau sebati, sejukkan skit. dan kisar dengan pengisar. bila dah pekat sebati, cantik.. boleh la di makan. hidangkan  dengan segala penaik seri pinggan tadi yea..

tadaaa... teatime menu dah siap!!!!



No comments:

Post a Comment