Wednesday, September 26, 2012

Hangin....

oweehhhh...serius haku hangin ari ni....walau hujan ribut kat luar tu tambah ngan ekon sejuk gedik pun....wehhhh..hangin nih...tahan je ni...tunggu masa sapa yang nak kene bambu ngan aku...eh..dah bambu pun skit td..kt orang indah water..what the f***..aku minta statement ckp x ble bg tapi push aku bayar..tak kejadah...bg laa statement..bodoh tul...last-last aku letak je tepon...sempat sound...sy nak bayar...bg la statement...mangkok tul...ko byk songeh sgt kan...dgr je laa aku hemtak phone tu mcm nk meletop.....

hangin ni sbb aku tensi ngan system claim aku skali...pastu nk push anak2 buah antaq claim.. ni pun aku buat kejam..12:30 tak de atas meja...bye-bye..dengan ceo pun aku push kali ni....haishh laa....kang tak msuk claim korg...korg cari aku sampai tgh mlm...dateline dah lama aku kasi....panas...

paling aku panas ni...haa tuuu...en.laki aku tu...amboi..cuti tahunan bersama kawan-kawan terchenta ke solo....5 hari...aku budget hari last smp kl tu...(tgh  mlm) esok tu pagi-pagi boleh laa trus balik ke penang....idakkk panjang langkahhhh nihhh....nak pulak merendek di kl nun....wehhh...anak sulung aku tu sapa nak amik niii.....aku dah sah sah lewat sbb ujannn mau sampai umah dah 6:45pm..jenuh anak aku nak nanti aku dr kul 6 tu...adoiii laa.....tolong laaa mengertiii...aku ni dah tak ckp masa nak kejar ni...sah sah mmg confirm aaaa lewattttt....dengan sepanjang jln sikecik buka suara....tensi aku....kang ada jugak aku buat kuasa veto mcm orang lain ni....no outing next time.. haaaa br syiok kot...dok laa ko kat aku ni diam-diam...mau mcm tu? dah mcm kene cucuk hidung lak kot...cemne tu??

hangiiinnnn...

Tuesday, September 25, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

salam selasa...mari kita skit tips nak didik anak kita..untuk bekalan bersama jugak...aku pun anak 2 kene laaa cari cara nak didik anak-anak agar mengikut landasan yang betul mengikut Islam... jom kita tgk

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Tuesday, September 18, 2012

Addicted Adam & Hawa

ngeh ngeh ngeh... as salammm....

huhuhuhuuu...aku mmg dh addicted giler ngan citer Adam & Hawa ni... tp umah aku tak de astro..apa lagi astro beyond mustika segala bagai...tapiiiii aku tetapppppp nak tgk... so apa lagi....nasib ada abg unifi (kt umah) dan abg streamyx (kt opis) yang laju ni...dan juga abg ezany-kun.com dan juga perekacerita.com.. mereka lah yang merealisasikan impian aku..utk tidak ketinggalan mengadap citer ni setiap kali tiba time lunch... hua hua hua... siap donload ni.. kelasss...nnt nk ulang tayang senang...tak ketinggalan jugak abg dailymotion.com.. hahahhaaa...

best lah wehh....di nadiya nisaa' ni mmg best laaa.... review citer korg pakai abg google cari sendiri yea...skali search...mcm2 kuor... klu nk donload...tu pakai org2 kt atas tu... dpt jugak... tp mmg best citer ni... terbaik lah aisya sofea a.k.a novelis kesukaan saya... huhuhu
 

Thursday, September 13, 2012

Airis Zalikha vs Hanis Zalikha

wuahahahaha....entry tak tahan nak verses-verses...

sapa tengok MAD MARKETS semlm kat TV9?? pengacara nyer hanis zalikha  comel kan hanis tu...mmg laa comei...model kot...ko ader?? hahahah... den pun tengok semlm bkan apa..aku baca blog hanis baru tau die dpt pengacara rancangan ni..so semlm aku pun menunggu aaaaa kat tv walau kul 10:30mlm...sbb nak tgk cara die mengacara nyer pasal.. nasib anak-anak semua dah tido...dapat laaa tgk dengan aman dan damai... best jugak no dpt g shopping merata-rata ni kan....semlm nyer entry die g melaka...pas ni tak to g mana lak yea... so klu ada masa minggu depan kita tengok yea...

actually ada tanya aku..mcm ne aku ble bagi anak aku nama zalikha?? hahahahaa sebenarnyer mmg aku tiru nama si hanis pun... bukan nyer apa... si akak memang nama start A-Z so si adik pun nak lerrr bubuh nama yang sama.... time bersalin tak terpikir lagi nama nyer...bila dah keluar...gelabah pulakkk nama apa nak bubuh... hahahaha last skali... belasah je laa nama Zalikha...hope nanti anak aku secomel and se-cute 'hanis zalikha' dan juga se-pandai 'hanis zalikha' .... ~ameen~

hihihihihiiiiii

Wednesday, September 12, 2012

Istimewanya wanita


  as salam...den copy ni dr blog Moon ... so lelaki-lelaki sekalian alam...sila baca & amik iktibar... betoi ka dak semua ini??

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Saturday, September 1, 2012

Menu utk open house

apa menu sesuai utk open house? iye..aku nak buat open house thn ni...actually tak de laa open house sangat...tp aku buat sbb kawan2 aku dh bertanya di mana kan rumah aku...hahahahahaa...dh laaa kenduri naik umah pun tak buat lagi...tunggu Jan thn depan laa...cukup sethn aku dok sini...boleh laa buat kot...
tp aku buntu...apa patut aku masak utk open house ni? aku kan terrer masak (mampos kene panah) so kene laa try masak sendiri... apa yek???

plan ajak kengkawan opis ja n kwn2 laki aku kot...almaklum...rumah bak istana...so kene laa budget....