Sunday, July 14, 2013

DAY 5 Puasa

salam ramadhan...blom lambat utk wish diri sendiri..hihihii...
aku ni hari 1st ja puasa...lain sume tak puasa... kuasa Allah... selamat mengganti laa..
kali ni anak aku...berjaya juga puasa...hari 1st kantoi..sebab minum air kr skolah tp tak makan.. so selamatlah 1 hari di situ... tp selepas itu sampai hari ni.. Alhamdulillah.. masih bertahan. imaginasi aku.. ingatkan dia akan merenggek lapaq..hampa sama skali... lepak je dia depan tv umpama ulaq sawa kekenyangan... so aku biar je janji tak buka puasa..boleh cemtu?
dah 5 hari puasa ni..5 hari juga dalam di lema nak masak time berbuka.. adoi laa...seriyes tak tau nak masak apa...dah bape hari sambal & masak kicap.. nak menggulai macam tak lalu pulak.. nak masak apa eh??

aku pulak mg ni agak rajin membawa pulang keje opis ke rumah...rajin? tak de makna..sebab byer isnin ni ada pelancaran kempen 5S..so terpaksa aku korbankan juga laa...tp Ya Allah...malas ya ampun... mcm mana ni?

help me !!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 4, 2013

Kew Tow Thng

Hamboi...dh 2 hari asyik post psl resipi... so hadappp ja la....
semlm anakanda request buat kew tow sup... so maknyer...godeklah resipi kew tow sup tp tetiba rs...kita cari kew tow thng lak laa....teringat makan kt Tanjong Tokong (sifoo Omar) tu...sodappp !!!

hope mak buat pun ble sedap mcm sifoo omar lah...

Bahan-bahan Untuk sup :
Ayam (kalau aku, aku akan guna yg bahagian isi jer iaitu bahagian dada)Kaki ayam ( if suka makan kalau tak suka makan it just good for the sup taste. Boleh juga ditukar dengan tulang2 ayam yg boleh dibeli di pasar malam)Air (suka hati banyak mana untuk buat sup)
Halia sedikit mengikut ukuran air.. ala mcm kita buat sup ayam biasa tu
Ubi sengkuang sebiji dipotong besar
Gula batu (secukup rasa)
Sos ikan
Lada sulah (satu sudu besar but secukup rasa)
Kiub ayam (satu)
Garam secukup rasa
Bahan sampingan :
1 labu bawang putih ditumbuk halus
Minyak untuk menumis bawang putih (i used minyak sayur)
Serbuk cili Alagapa's or Baba's
Fish cake
Bebola kesukaan( ayam / udang / sotong)
Daun bawang dihiris
Taugeh dicelur
Cilipadi digunting kecil, dicampur dengan kicap

Untuk sup

Rebuskan ayam, kaki ayam, halia dan juga sengkuang dan juga garam secukup rasa.
Bila isi ayam dah masak keluarkan dan disiat kecil. Lepas siat masukan tulang ayam ke dalam sup balik. just to make sure sup tu akan lebih sebati ngan rasa ayam.
Masukan gula batu, kiub ayam, lada sulah dan sos ikan(secukup rasa)

* Sos ikan bersifat masin so agak2 sukatanya biar rasa bersesuaian dgn garam tadi. 
Bila dah menidih and nampak sengkuang dah masak boleh tutup api dah. kalau boleh biar menidih lama sikit supaya air sengkuang betul2 sebati ngan kuah sup. And kalau nampak air kurang boleh tambah air lagi.

* tujuan sengkuang untuk menyedapkan sup tp kalau suka boleh ja kalau nak makan sengkuang tu. Kalau saya, saya akan makan kuahnya jer.

* sup ni memang rasanya manis sikit.. Itulah tujuan kegunaan gula batu. Tp pandai-pandai la kita agak. Jgn buat manis sgt.
Untuk bahan sampingan :

Minyak Bawang putih :  
Tumiskan bawang putih dgn minyak yg sudah dipanaskan.Perlahan api dan kacau2 sampai la bawang jadi kekuningan.
Bawang putih anda akan jadi mcm ini


Sambal :
Masukan sedikit minyak. Bila minyak panas masukan air sikit dan kemudian masukan serbuk cili.
Kacau hingga sebati and dia akan jadi mcm ni. Ingat api kena slow ye.
Rebus and potong bebola and fish cake mengikut saiz yang anda suka.


Celur Keow Teow / mee / bihun
Celur Taugeh
Hiris daun bawang
Potong cilipadi and dicampurkan dengan kicap

Tuesday, July 2, 2013

Resipi Meatball ala Ikea

Bahan Meatballs - Credit to: www.facebook.com/bukuresepi

Meatball ( sy guna jenama Ramly )
2 Sudu Butter
Sedikit Minyak Masak

Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (saya guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. ( jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)

Bahan Sos
1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
1/2 batang saderi - potong dadu
2 cawan air
1/4 sudu tin susu cair
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung jagung - bancuh air sedikit
1 ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara-cara

Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi.

Masukkan semua bahan lain kecuali tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sos pekat. Letakkan sedikit gula secukup rasa (garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.

Bahan sampingan

Lobak Merah ( rebus seketika )
Brokoli ( rebus seketika )
Potato Wadges