Sunday, December 22, 2013

Last Trip on 2013 - Zoo Taiping !!!!! yeay !!!

yey! destinasi terakhir bagi tahun 2013 ialah...
ZOO TAIPING !!!!

sebagai memenuhi permintaan anak aku yang memang gedik nak ke zoo. konfius aku..apa ada kt zoo tu sampai gedik sangat nak p! so mari kita layan kan sahaja. biaq puas hati and hope next year masuk skolah adaaaa laa bende dia nak tulis dalam buku yea!

mcm biasa just bertolak pagi sabtu aroun 9:00am and direct breakfast cum lunch kat hentian Juru. (sorry mak mls nak masak kalau nak p berjalan) then terus perjalanan ke taiping. dalam kul 11:15am dah sampai...as usual orang ramai sebab parking full berdekatan zoo. dan agak menapak sedikit dari parking ke zoo. aku dpt parking kt parking lot Sek Sains. just nice to walk but better skit sebab anak kecik ku dah mau duduk dlm stroller bila berjalan. kan senang mak jemah nak jln vouge tanpa kene dukung makcik kenit ni... hahahhaa

tp masa aku p ni..zoo in under construction lah! kandang gajah tgh di renovate dan ada penambah-baikan di situ. tp agak kurang seronok laa... paling kecian aku tgn si camel tu.. maybe sebab hujan, mulut camel mcm bernanah jek. sian dia.. lain-lain mcm biasa je..zoo kot?? ko nak ada apa kat zoo. untuk budak2 seronok laa...

tp satu paling aku nak kompplen is the toilet kat dalam zoo tu.. please laa.... dah tau public holiday, u should have somebody to take care of it, kot! tak yah citer lah! tak lalu makan aku!
hope next time p, ada banyak perubahan lagi la...

sampai sini...tadaaaaa....
gambaq? nak kene boh ke? zoo kot???

bye!

Thursday, December 12, 2013

Trip to Satun-Songkla-Hatyai 2013

meh..meh... aku nak kene gak update entry ni utk kegunaan di masa depan.. kenangan tu.. bukan senang dan belum tentu aku kembali ke sini...ini pun sebab parents ajak... kalau tak memang tak merasa laa percutian 'close-to-nature' aku...

travel tahun 2013 ni...aku plan join parents aku ke Satun, Thailand.  hujung Nov lepas (21-23 Nov). travel pakai van yg mai pickup kat rumah parents aku kat Alor Star terus ke Satun melalui pintu Wang Kelian. masa lebih kurang 2 jam jugak perjalanan dari AS-Satun. actually sebab musabab kami ikut pintu Wang Kelian ialah sebab tak ramai orang lalu sini. lagi pun selain dari hari Ahad, Wang Kelian adalah sangat sunyi, wokeh..tapi kalau ko pegi Wang Kelian di hari Ahad, sila laa hadap orang ramai yang bershopping .sebab hari Ahad, akan ada pasar pagi yang amat panjang yang bersambung dari sempadan Malaysia-sempadan Thailand. time ni pun pintu sempadan ni memang dibuka tanpa sempadan. kiranya ko masuk 40 kali pun, imigresen tak heran, sebab pasar ni... tapi kalau hari lain.. kene laa ngadap imigresen thailand, yea!

macam aku pagi tu, queue tak brapa panjang tp disebabkan aku sampai sama time dengan satu couple dari rusia yg jenis ada trak padang pasir tu.. so masa yang diambil sangat lama dalam 15minit jugak laa beratur.. lepas tu semuanya berjalan smooth saja. kena pulak van yang dinaiki selesa (12 seater) so tak de hal lah..kena pulak anak tak buat perangai.. so just nice saja perjalanan untuk kali ni..

perjalanan dari Wang Kelian ke Satun, kalau tak salah amik masa 3 jam macam tu hingga kami ke check-point pertama iaitu ke Pak Bara. kat Pak Bara kami menyeberangi sungai ke sebuah pulau yang dihuni oleh penduduk Islam. eh! tapi Satun penduduknya adalah Islam ok! Pulau ni aku memang tak igt nama apa... tetapi perjalanan dari jeti Pak Bara ke sini dalam lebih kurang 20minit menaiki bot. hihihiii...tu..macam kat bawah tu...sampai ke ke Pulau tersebut memanglah bermula pengalaman kembali ke zaman silam, ok!! Close-to-Nature beb! pic nyer maca kat bawah. suasana memang amatlah aman damai tak dengar apa... gila sunyi..siap kul 9 dah tidoq!!! nasib semua anak-anak pun senang tidoq due to letih... hahahaha...toilet?? hahahahaa.. nature kot!!! dah macam zaman 40-an di Malaysia dulu... hahahhaa... ni sebahagian gambar nyer..


bot yang membawa kami ke pulau tersebut..

balik kampung mak!!!

inilah teksi yang bawak kami ke chalet tersebut..ko penah naik kat M'sia??? hahahaha..

Kak Yati... orang kampung yg kelolakan pelancong yang melawat ke pulau tersebut. masakan mmg sedap!!

sedikit pemandangan chalet!

suasana sekeliling.. tenang sebab time ni 'air mati'