Monday, May 20, 2013

Muka dah tembam, dagu dah berlapis...apa nak buat !!!!!!!

wuakakkakaa...monday morning...selamat bekerja...wah...ko..dh tengahari br nak bermorning bagai...sorry ai is busy... so mari kita bayangkan sekarang ialah pagi..walau matahari dah terpacak atas kepala..

tgk ayat di hari senin ni..tetiba nak cantik pulak...biasa laa...tetiba rs muka dh serupa pinggan tambah...bulat aja..(tp bukan dr dulu bulat ka? so marilah kita cari sedikit tips nak tirus kan muka...terutama 'double chin' yg tak ble blah ni...


kredit to:http://penmerah.com/tips-kecilkan-muka/


  • Chewing Gum
Chewing Gum antara makanan yang wajib dijadikan amalan kerana boleh membentuk otot di atas pipi. Setiap hari kunyahlah selama 20 minit sehingga takde rasa lagi.
  • Senyuman
Senyuman sebenarnya membantu mengerakkan sebahagian besar otot di pipi.  Amalkan setiap hari.
  •  Senaman Pipi
Letakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari.
  • Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi  biar rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat dan  lepas.
  • Senaman Mulut
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seperti nak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Lakukan 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
  • Kembong
Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi korang. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.

yang lainnya
dan

Senaman muka untuk hilangkan dagu berlapis / berlipat (double chin):  
  • Duduk dalam keadaan menegak, angkatkan kepala dan lihat ke bahagian atas atau ceiling. Muncungkan bibir anda seakan-akan anda ingin mencium bahagian ceiling. Biarkan diri anda selama 10 saat sebegitu dan kembali semula dalam keadaan asal. Lakukan perkara yang sama sebanyak 10 kali.
  • Berdiri tegak dalam kedudukan yang selesa. Bukakan mulut anda seluas yang mungkin dan keluarkan lidah anda sejauh yang mungkin. Bertahan untuk 10 saat dan berehat. Ulang sebanyak 5 kali.
  • Gerakkan secara perlahan-lahan muka / kepala anda mengikut arah jam sebanyak 5 kali. Dan ulangkan perkara yang sama sebanyak 5 kali mengikut arah berlawanan jam pula. Lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dan anda akan dapat merasakan regangan pada otot leher.
 so....jom aaaa kita try....jgn org kata aku mereng suda....sebab tetiba dok buat mulut itik dalam opis...wuahahahaa....

 


No comments:

Post a Comment