Tuesday, October 15, 2013

Nasi Minyak & Gulai Daging ala Terengganu

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
 Macam biasa lah.. tahun ni still raya kat Penang! hihihi mcm biasa jugak, en husband ada meeting di hari raya... huhuhuuhuuu dan macam biasa jugaklah... menu di hari raya, sendiri masakkkk!!

so kali raya... menu ialah paling simple iaitu NASI MINYAK & GULAI DAGING ALA TERENGGANU.
tapi rate masakan kali ni average ja la... 1st time masak..so gulai itu agak kurang ummphh!! jom kita terjah menu...credit to dapur-digital.blogspot.com 

Nasi Minyak:
Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi tp aku pakai beras biasa..
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:


1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Gulai Daging Bawang Goreng

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu tp kali ni aku tukar ke ayam
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg tp MIL dah bawak stok aritu.
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato
3 ketul ubi kentang - ptong 4
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan



aku jugak buat bread pudding sebab nak 'balas bekas' yang diberikan oleh pengasuh anak aku... paling senang.bread pudding laa kot sebab roti butterscotch ada... resipi bley tgk dari entry sebelum nya...

so jom makan !! 

No comments:

Post a Comment