Wednesday, March 6, 2013

Resipi Nasi Ayam Hainan

sobonarnya, den teringin nak makan nasi ayam hainan...selalu makan kat TCRS ja.. tak penah buat sendiri... tp kali ni rasa mcm nak buat sendiri... moh leeerrr kita google cari resipi...

so resipi yang aku dah cuba... 
kredit to: http://www.jintanmanis.com

kerana resipi nya.... jom usha bahan-bahan: 
 Bahan-bahanya
Bahan A
1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup

hidangan sampingan
salad
timun
tomato


Caranya ( untuk ayam)
1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3.  Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam
dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,  masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment