Monday, March 18, 2013

Resipi Puding Keremel

hihihiii...actually saya sgt teringin nak buat puding..tp sure kt rumah tak ramai yang makan. sebab org kt rumah saya...klu bab kuih ni.. mmg laa kureng..ko buat laa tiru resipi sapa pun.. mesti mkn 2-3 mulut pastu yg balance nya....akuuuu jugakkk kene habiskan. 

tp takpe laa...aku tepek aaa jugak resipi senang ni...aku amik & cuba resepi dari aunty nani . memang senang sbb dh byk kali buat...tp sebab tak mau bagi lupa..jom tgk resipi nya... anak laki aunty nani pun boleh buat tau...so nmpk sgt keMUDAHan nya di situ:

Langkah 1...
  • Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.
Langkah 2
  • 2 sudu makan gula
  • Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.

Langkah 3
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)

Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).

Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.

Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

p/s: actually susu pekat tu tak de laa manis pun..tp klu nak kurangkan ble ja...tp aku guna ok ja...

so jom cuba..

No comments:

Post a Comment